APA KE ISTIMEWAAN nya org yg DAPAT guna duit KWSP tu...
DIA PENCARUM TERHEBAT ker......
ATAU KERAjaan dah takder duit... sebab ASYIK cerita SUBSIDI jer..
brp byk subsidi daaa...... ker GULA2 sj.
------- Original Message -------
Sender : Azman Amat<azmanamymcsb@gmail.com>
Date : Feb 17, 2012 09:12 (GMT+07:00)
Title : Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP
Saya tak kisah la berapa banyak keuntungan yang bank dan KWSP dapat... isunya sekarang ialah... orang dari negeri lain pun membuat caruman juga.. dan diorg SEMUA ADA HAK keatas duit yang dicarum... TETAPI kenapa hanya peluang pinjaman perumahan hanya di bagi untuk orang kat wilayah persekutuan je?? orag kat negeri lain pun ada juga yang tak mampu nak beli rumah.. takkan nak bagi cucu cicit yang ada kat wilayah persekutuan je yang ada harta dan sedangkan yang kat negeri lain tinggal kat rumah² usang dan dengan PAKSARELA membiarkan duit yang dicarum digunakan oleh cucu cicit kat wilayah persekutuan membeli harta yang tak pasti pinjaman tu nanti mampu dibayar balik atau tak...
2012/2/16 Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
Kena faham lah perbezaan diantara KWSP dengan Bank Komersil. Tujuan penubuhan mereka berbeza dan akta mereka pun berbeza, Dalam pada masa bank komersil bertujuan mengaut keuntungan semata-mata, KWSP lebih berperanan didalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Kemudahan diberikan untuk memberi peluang kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Dan kemungkinan kemudahan ini hanya diberikan kepada mereka di Lembah kelang adalah kerana nilai hartanah yang melambung disini.KWSP boleh menetapkan pulangan yang lebih dari 5.5% setahun tetapi ini bermakna beban tanggungan akan dikenakan keatas peminjam dan ini akan membebankan peminjam..KWSP memastikan yang dalam ia menjaga kepentingan pencarum, ia juga perlu dapat melaksanakan tanggungjawab sosial yang diamanahkan kepada mereka.Sekurang-kurangnya, mereka yang berpikir dengan menggunakan kepala lutut ni sedang memberi peluang kepada anak cucu tuan untuk memiliki hartanah dimasa akan datang. Dan tuan yang mengaku mempunyai otak yang besar dikepala tu lupa yang Pakatan pernah berusaha untuk meMANSUHkan kuota 30% hak bumiputera iaitu syarat yang dikenakan kerajaan keatas pemaju perumahan diatas pembelian rumah projek pemaju. Bermakna kita kena bersaing dengan bangsa cina sepenuhnya ketika hendak membeli rumah.Sekiranya kita semua bergantung kepada cara kira-kira dengan menggunakan otak yang besar dikepala tuan tu, alamatlah cucu cicit kita nanti akan tinggal dibawah jambatan lah satu hari nanti.Wallahualam...PS : Jangan pula ada diantara tuan-tuan ni membeli rumah melalui pinjaman kerajaan pulak... Kerajaan mana?? Kerajaan BARISAN NASIONAL..
From: ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
To: mdrozali.mohdnor@samsung.com
Cc: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 16 February 2012, 11:12
Subject: Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP
matematik kita salah la bebkita kira guna jari. diorg kira guna kepala lutut.tu sebab dpt jumlah x sama2012/2/16 MDROZALI MOHDNOR <mdrozali.mohdnor@samsung.com>
Kelakar.. kan.. Nik Faizal..akan berkata itu semua bukan fakta...sbb BETUL kwsp beri <5% sapa kata untung >20%Itu memang tahap kemampuan keuntungan yg kwsp dapatjadi jumlah yg dipulangkan kpd pencarum wajar dan betul...TAPI.... Bank Rakyat boleh untung banyak kenapa yer?Kooperasi tu bagi lebih dari % kwsp... apalah nasib..dapat masuk duit ke bank rakyat ciput yer..jika duit kwsp aku masuk ke bank rakyat...dah melampuh duit aku dia org niagakan...------- Original Message -------Sender : ayah3amirul<jsguyz.69@gmail.com>Date : Feb 11, 2012 07:53 (GMT+07:00)Title : Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSPkwsp dpt pulangan yg besar? 4.5% - 5.5% setahun tu besar sgt???salam cium tangannn.... terima kasih pemimpinpulangan yg kecil 10% - 20% tu diorg sapu.2012/2/9 Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSPBaru-baru ni Nurul Izzah & Tony Pua telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang memburuk-burukkan KWSP berhubung dengan Skim Pinjaman untuk pendudukProjek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).Semalam, Khairy Jamaluddin @ KJ telah mengeluarkan kenyataan yang berjaya membongkarkan niat buruk Nurul Izzah dan Tony Pua.Mari kita lihat apa ulasan KJ terhadap tuduhan Tony Pua & Nurul Izzah…Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.Jawapan KJ & KWSP:KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarangperuntukan Akta KWSP.Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.Jawapan KJ & KWSP:Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.1. Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.2. Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.3. DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.4. Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.5. DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.Tuduhan 3 Tony Pua & Nurul Izzah:Wang KWSP tidak patut digunakan untuk kepentingan politik.Jawapan KJ:Pakatan Rakyat memang HIPOKRIT. Dalam manifesto pilihanraya Buku Jingga yang jelas berunsur POLITIK, mereka menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol denganmengarahkan agensi kerajaan yang memegang saham dalam syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mengambil alih PLUS dan menghapuskan tol. KWSP adalahpemegang saham di dalam PLUS. Ini bermakna duit KWSP akan digunakan untuk membeli PLUS tanpa sebarang pulangan kerana tol akan dihapuskan.Harus diingat, KWSP melabur dalam PLUS kerana pulangannya yang tinggi. Keuntungan ini pergi ke siapa? Keuntungan pergi kepada kita, rakyat Malaysia, selaku pencarum KWSP!!Jadi bila PLUS untung besar, KWSP turut untung besar juga. Bila KWSP untung besar, simpanan KWSP kita turut meningkat TINGGI!! Alhamdulillah, bertambah simpanan untuk hari tuakita.Jadi, siapa yang hipokrit sebenarnya? Tony Pua & Nurul Izzah kata jangan guna duit KWSP untuk beri pinjaman kepada penduduk PPR & PA kerana kononnya ia boleh mengurangkansimpanan KWSP sedangkan skim ini menjamin pulangan sebanyak 5.5% setahun kepada KWSP! Bukannya KWSP bagi duit percuma kepada penghuni PPR!Bandingkan pula dengan manifesto pilihanraya mereka yang jauh lebih buruk kesannya. Bukan sahaja berbilion duit KWSP hangus kerana terpaksa beli PLUS tanpa pulangan, tapisimpanan hari tua kita juga akan terhakis teruk!!Aku tanya sekali lagi, siapa yang hipokrit sebenarnya?Kesimpulan : TONY PUA & NURUL IZZAH MEMANG HIPOKRIT!Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah & Tony Pua?
Mohd Rozali Mohd Nor( QUALITYCONTROL)easydail : 5222
Mohd Rozali Mohd Nor
( QUALITYCONTROL)
easydail : 5222
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment