Maklumat lanjut & Gambar: Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com
Assalamualaikum
Alhamdulillah Misi Sinar Harapan Ziarah&Sedekah sempena Maulidurrasul pada 5&6Feb telah dapat dilaksanakan. Jutaan terima kasih pada sahabat yg membantu menjejaki saudara kita yg memerlukan perhatian kita demi membantu sesama Islam..
Kampung2 yg kami ziarah: Sekitar Kg Bemban,Kelar, P.Mas & Pantai Mek Mas- Kg Siti Manis (Kedai Buluh, KB) & Kuala Besar, KB.
Terima kasih kepada Puan Suzana&En Mazli serta Pn Rohaya (Pasir Mas) dan Ust Fathan, En Mohamad b Sulaiman serta penghulu En Ab. Rahman & isteri (Kota Bharu). Jua terima kasih tk terhingga buat ahli keluarga yg tak pernah berhenti memberikan sokongan, bonda Hjh Jamaliah Noraini, adik2-Noranita&Hafiz, suami dan anak2...semoga Allah terima usaha kita ini sebagai bekal di akhirat nanti.
Jutaan terima kasih juga pada pemberi zakat & penderma yg baik hati. Sumbangan kalian sudah selamat kami agih2kan pada mereka yg berhak. Semoga Allah memberkati & menggandakan rezeki sahabat2..
Berbekalkan sumbangan zakat&sedekah sahabat2 sebanyak RM2190 kami belikan/sediakan 7 kampit beras Siam, 20 paket gula, 20 paket tepung gandum, 4 set KFC (family), 9 set hamper(milo, 2 tin susu pekat, 1 tin aneka biskut, biocafe, teh, jeli, sejadah) dan wang tunai RM100 utk 9 keluarga & RM250 utk seorang pelajar&keluarganya.
Kami juga tersentuh melihat anak2 nelayan yang rajin ke sekolah wpun ada antaranya terpaksa berjalan kaki hampir 3km merentasi persisiran pantai yg panas menuju ke pengkalan & perlu menaiki bot tambang pula utk ke seberang Sg Kelantan (kawasan muara).
Semasa mendekati anak2 ini utk dihulurkan buah tangan yg kami bawa, mereka tampak keletihan teramat sangat menahan panas&lelah..baru berusia 9 tahun, tp tetap cekal. Malangnya, akibat tergamam kami lupa mengambil gambar mereka..cuma sempat mengambil gambar pengkalan tempat mereka menaiki bot tambang utk pulang ke rumah..
insya-Allah kami bertekad untuk ke sana lagi..kali ini kami akan berusaha mendapatkan bantuan basikal utk mereka. Insya-Allah 17 Mac 2012, cuti sekolah nanti kami akan ke sana lagi. Pada sahabat yg ingin turut serta sama ada bersama2 turun padang @ memberi sumbangan amat dialu2kan.
Semoga Allah permudahkan usaha kita..paling kurang basikal utk 10 pelajar & bantuan makanan utk 10 keluarga.. dapat kita sampaikan pd mereka nanti.
Usaha ini tk akan berjaya tanpa bantuan sahabat2 & pertolongan Allah swt...Semoga ada rezeki utk mereka..amin..
Elly 012-3614014
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment