Friday, March 23, 2012

Re: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS dan ISRAEL pun tak reti...

 


Hehehe...

Explanation memang diberikan dgn jelas tp setiap org menpunyai kadar kefahaman yang berbeza, jgn jgn la jemu untuk memberikan penerangan ye...

Jgn la guna bahasa Ghana lak, langsung tak faham...


p/s: bkn senang nak bg anak murid faham apa yg diajar

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 23 Mar 2012 07:52:51 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS dan ISRAEL pun tak reti...

 

ok.. let me explain.. jgn confuse & jgn pening kepala..
yahudi itu adalah BANGSA.. manakala zionis tu plak adalah FAHAMAN..
Israel adalah sebuah negara bagi kaum yahudi dan diperintah oleh mereka yg berfahaman zionis!
mereka ni jahat & zalim.. 'mereka' yg wa maksudkan adalah yahudi warganegara Israel!
yahudi ni ada diseluruh dunia.. termasuk Malaysia.. percaya tak?
ok.. wa nk tanya korang.. if US nk berurusniaga dgn k'jaan Malaysia tetapi diwakili oleh bangsa yahudi, apakah malaysia batalkan urusniaga tu?? inilah yg TGNA  maksudkan perbezaan antara Yahudi dgn Zionis!! faham tak??
ok.. tentang ahli sukan yahudi yg dtg ke malaysia tu.. PAS tentang sbb yahudi tu dtg mewakili Israel!!
dlm rancangan Contender Muay-Thai yg disiarkn kat AXN Astro dulu, atlet yahudi tu dtg sbg wakil Israel!! dah faham kenapa PAS bantah kehadiran atlet tu?? Yahudi ni adalah dari Bani Israel. Ramai Rasul diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w
kalau x faham gak.. wa x tau nk explain mcm mana lagi.. mungkin lepas ni wa kena explain dlm bahasa ghana lak??
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 23, 2012 5:19 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...

 
Kdgs confuis di buat nya bila pehak pemerintah buat semua kata salah tapi bila pehak pembangkang buat ada lah fatwa mengatakan boleh confuis confuis sy ni....aduh aduh apa lah naik jadi dgn Msia sekarang...
 

From: hbk7879 <hbk7879@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 23, 2012 4:13 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...

 
kalau mcm tu, maknanya kerajaan malaysia bawak pemain israel dtg malaysia dulu tu takpelah..... sebab mereka ni yahudi, bukannya zionis.... tp apasal PAS duk bising2 dulu...?

On Fri, Mar 23, 2012 at 4:03 PM, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:
KALAU BAKAR JALAN2 KT MALAYSIA.. MCM MANA BAKAR BOLEH KENAL MELAYU TU ISLAM ATAU TIDAK.. SBB X SEMUA MELAYU TU ISLAM KAN? KALAU JUMPA CINA, INDIA.. MCM MANA NAK TAU DIORG TU ISLAM ATAU TAK?? SBB KALAU CINA ATAU INDIA MASUK ISLAM, DIORG X WAJIB PUN TUKAR NAMA MELAYU!
ADA TANDA KAT DAHI KE KAT TELINGA KE.. ATAU MCM MANA??
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 23, 2012 3:23 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...

 
Dari ulasan nik aziz ni...kalau kita jalan2 tepi jalan kat Israel macam mana boleh kenal ziionis atau yahudi...ada tanda kat dahi ke kat serban ke kat telinga ke...atau macama mana??
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Wednesday, 21 March, 2012 11:12 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...
 
 
----- Original Message -----
 

Nak Beza antara YAHUDI, ZIONIS & ISRAEL pun tak reti...Tak payah Dok Ulas laa...!!!!

Posted by KedahLaNie
 
Nik Aziz: Yahudi lain, Zionis lain
 
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai 'parti' dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

"Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

"Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment