apa punya soalan lah....samada bodoh atau buat2 bodoh.....
yahudi adalah bangsa, zionis adalah fahaman.....
kalau tu pun tak faham......melayu adalah bangsa dan ada yang sokong
PAS ada yang sokong UMNO......sebab PAS dan UMNO tu adalah fahaman
bukan bangsa.....
On 23/03/2012, A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my> wrote:
> My question,,,,kalau kita g Negara Israel...macam mana nak bezakan antara
> ZIONIS dan YAHUDI?????ustaz2 yang dok belajor kat Mesir dan Jordan tolong
> ajarkan saya....
>
> From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
> On Behalf Of roslan mohd
> Sent: Wednesday, 21 March, 2012 10:12 AM
> Subject: RG2011... Islam dan Yahudi
>
>
> [http://media1-cdn.malaysiakini.com/395/2f9ca53140c1f34ccd30be532f359f1f.jpg]
>
> Dr Mohd Asri Zainul
> Abidin<http://www.malaysiakini.com/author?l=my&c=news&n=Dr%20Mohd%20Asri%20Zainul%20Abidin>
>
>
> Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak
> menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang
> menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.
>
> Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan
> Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan
> Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap
> Islam, bukan keturunan mereka.
>
> Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang
> Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.
>
> Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan 'Abdullah bin Salam, juga seorang
> Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang
> kepada Yahudi.
>
> Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.
>
> Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar
> persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan
> Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi
> dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.
>
> Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang
> tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.
>
> Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun
> agamanya.
>
> Firman Allah: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
> memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu
> kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;
> sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya
> Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang
> yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung
> halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan
> (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah
> orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahah, 8-9)
>
> Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.
>
> ________________________________
> Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya
> mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
>
> Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan
> bekas mufti Perlis.
>
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment