Thursday, March 8, 2012

Re: RG2011... Mat Sabu punca krisis PAS Kedah??

 

masa pak mat komen tak pa pulak???? sama2lah kita taubat pakmat hehehehe

On Thu, Mar 8, 2012 at 10:00 AM, Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com> wrote:
 

Haaaaaa ni yang pak mat kat Sr Rizz  ni mangkok hayunnnn dah la  dari parti mangkok pecah ............ kata lebih-lebih kang menangis pulak puak-puak ni ..dak pun merabannn  !!!! Hang tau ka sapa mat sabu dan hang tau ka sapa Ust Azizan , hang tau ka macam mana akrabnya depa ..... tu baru mat sabu , hang tak kenai lagi mat tempee  bukan pak mat tempee , mat tempee masa muda tapi pak mat tempee tak la tua sangat ....... manis tu ada lagi .........
Balik hang mau bertaubat banyak-banyak Rizz kang mati tak sempat nak minta maaf kat mat sabu .....saman menyaman hanya di  dunia tapi mohon maaf menyelamat manusia dari azab di akhirat ...!!!!
pak mat ulangi sudah-sudahlah memfitnah ...... tak ada untungnyaaaa !!!
 
pak mat tempee  

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 7, 2012 3:19 PM
Subject: RG2011... Mat Sabu punca krisis PAS Kedah??

 
Mat Sabu punca krisis PAS Kedah???

Jawatankuasa Pemandu mungkin boleh berperanan tumbangkan Azizan

ALOR SETAR: Krisis dalaman pentadbiran PAS di Kedah dikatakan berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang sebelum ini tiada dalam percaturan politik Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Minat mendalam Mohamad atau Mat Sabu yang dikatakan rapat dengan kumpulan Anwarinas dalam PAS terhadap kerusi Parlimen Pendang sejak lebih setahun lalu, dikatakan punca utama kemelut itu, di samping percanggahan pendapat antara Azizan dengan beberapa EXCO kerajaan negeri.
Ia juga berkait rapat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang mungkin akan memainkan peranan utama selepas gagal menumbangkan Azizan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sumber dalaman PAS memberitahu Berita Harian, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk memantau perjalanan pentadbiran Azizan pada peringkat negeri, sebaliknya lebih kepada isu parti PAS yang memerintah negeri.

Berikutan itu, Jawatankuasa Pemandu melalui proses dalaman boleh membantu menempatkan Mat Sabu di Kedah walaupun Azizan tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Beliau berkata, hubungan baik PAS Kawasan Kuala Kedah dengan Mat Sabu mungkin faktor utama membawa kepada usaha menjatuhkan Azizan dengan bersandarkan kepada percanggahan pendapat dalam soal pentadbiran sebagai isu utama.
"Mat Sabu sedang mencari-cari tempat untuk bertanding dan selepas dikatakan gagal mencari kerusi sesuai di negeri lain, termasuk di Terengganu beliau mula mencari tempat di Kedah.

"Bagaimanapun hajat Mat Sabu tidak mendapat sokongan Azizan selaku Pesuruhjaya PAS negeri, menyebabkan mula timbul percanggahan dalaman yang akhirnya berlaku pergeseran antara Datuk Phahrolrazi Zawawi yang bukan saja berpunca akibat soal pentadbiran tetapi percaturan politik.

"Jika faktor utamanya adalah pentadbiran, mereka boleh bersabar empat tahun. Tetapi dalam keadaan PRU dikatakan semakin hampir, tempat Mat Sabu perlu terjamin," katanya semalam.

Sumber itu berkata, Azizan enggan menerima Mat Sabu bertanding di Kedah selepas mendapati idea membawanya ke negeri ini tidak mendapat sokongan kuat pada peringkat akar umbi di Kedah.

"Bagaimanapun keputusan itu menyebabkan penyokong Mat Sabu kecewa dan mula menjalankan gerakan yang bakal merugikan PAS.

"Mereka mengatur pelbagai cara termasuk ketika Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Julai tahun lalu, namun tidak berjaya dan timbul cara lain hinggalah akhirnya Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan untuk memantau parti yang memerintah tetapi bukan kerajaan yang ditadbir Azizan," katanya.

 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment