Wednesday, March 21, 2012

Re: RG2011... Ramai Gileanak muda yang join SMM nak gulingkan Kerajaan.

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya MAHASIWA/MAHASISWI yang LANTANG MENENTANG PEMERINTAH biasanya akan mendapat kedudukan tinggi dalam PEMERINTAHAN.

wasalam.


From: Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 21 March 2012, 17:04
Subject: Re: RG2011... Ramai Gileanak muda yang join SMM nak gulingkan Kerajaan.

 
Salam,

Heran bin ajaib ramai mahasiswa yg konon nak tunjuk dah pandai sangat dalam politik ni datangnye dari Universiti atau Institusi yang Kerajaan dirikan. Nampaklah tak sedar diri sangat bangat. Dahlah peluang luas telah diberi Kerajaan pada anak muda Melayu masuk IPTA, diberi bantuan kewangan dan bantuan subsidi yuran belajar lagi nak menggulingkan Kerajaan yang memberikan bantuan. Macam Allahyarham Muammar Gaddafi, punyalah baik orangnya semuanya free, dihina dan dibunuh dengan kejam.
Mahasiswa yg macam ni tak layak diberikan bantuan, tarik sahaja biasiswa atau pinjaman yang diberikan baru dia tahu tinggi rendahnye langit.
Sudah diberi peluang belajar, belajarlah dengan cemerlang, gunakanlah duit biasiswa atau pinjaman tu dengan baik supaya mak ayah kat rumah tak pening kepala sebab anak asyik  minta duit kononnya tak cukup duit belanja beli buku dan sebagainya.
Kalau nak berpolitik sangat tunggulah sampai dah dapat ijazah - masa tu barulah dah pandai sebab dah dapat ijazah kan.
Wassalam
Wallahua'lam
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 20, 2012 9:56 PM
Subject: Re: RG2011... Ramai Gileanak muda yang join SMM nak gulingkan Kerajaan.

 
Belajar lah dulu betul betul dapatkan segulung ijazah yang terbaik, dapatkan pekerjaan yang boleh membiayai diri sendiri dan keluarga lepas tu LANTAK KAU LA MACAM NAK GILA BERPOLITIK,,,,,,,,,jangan jadi bodoh diperalatkankan orang,,,, orang tetap kaya raya tapi awak akhirnya papa kedana...... lu pikirlah sendiri wahai pelajar yang tak sedar diri selidik la asal usul kamu darai mana,,, kalau asal orang kaya ok la tu,,,,,,,,, tapi rata rata pelajar melayu dari mana ye ????????

From: Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
To: respeks groups <respeks_group@yahoogroups.com>; "kelakar@yahoogroups.com" <kelakar@yahoogroups.com>; chainz <Chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 17 March 2012 2:26 AM
Subject: RG2011... Ramai Gileanak muda yang join SMM nak gulingkan Kerajaan.
 
 Ramai Gileanak muda yang join SMM nak gulingkan Kerajaan

SB tertarik dengan satu persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Tan Sri Dr. Nordin Kardi  di dinding Facebooknya yang berbunyi; "bagaimana kalau mahasiswa seluruh malaysia membuat resolusi meletakkan seorang calon di setiap 200an konstituensi parlimen pada pilihanraya ke-13 ini?'

Persoalan itu dibuka untuk perbincangan.

Apa yang menarik di sini ialah, soalan itu sebenarnya sindiran tajam kepada kumpulan mahasiswa konon-kiri yang sedang dipelopori oleh kumpulan pro-Anwar  melalui agenda Malaysia Bangkit yang dilancarkan pada minggu lepas di Dataran Maybank, Bukit Bintang. Klik SINI.

Lalu bagi mendapatkan jawapan, SB sekali lagi menghadirkan diri dalam program Pidato Mahasiswa Malaysia Bangkit yang diadakan di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada malam semalam. Sila klik SINI untuk liputan yang dibuat oleh sahabat SB, blogger Harapan Esok. 

Pidato ketiga oleh Pengerusi Malaysia Bangkit. Kehadiran?
Dalam poster yang diuar-uarkan, SB fikir ia tentulah satu program yang besar dan bakal menjadi hangat kerana menampilkan pimpinan mahasiswa kiri yang sedang meletup-letup ketika ini seperti Adam Adli, Shukri Razab, Safwan Anang, Fahmi Samsudin, Rohayu Rusli dan Mastura A. Bakar.
Adam Adli juga tak ketinggalan berucap. Isinya, kebebasan
bla bla bla bla...
Daripada pidato-pidato yang disampaikan, sememangnya hangat membara. Berapi-api dan berdegar-degar (salah satu ciri Khawarij ialah suka mengapi-apikan orang lain). Antara isi pidato yang disampaikan, macam biasa, kerajaan hari ini zalim dan perlu ditukar, negara kita tidak demokrasi kerana tiada kebebasan bersuara dan media dikawal. Justeru golongan muda khususnya mahasiswa perlu membuat perubahan dengan menolak kerajaan sekarang pada PRU 13 kelak.
Pengerusi SIGMA hanya menyeru hadirin supaya
bangkit ketika pidatonya disampaikan.
Alasan, sebab dia berdiri hahaha..
Malaysia Bangkit sebenarnya satu lagi projek yang dimoderator secara langsung oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegu Bard yang bertanggungjawab melancarkan kempen Asalkan Bukan UMNO (ABU) tidak lama dulu. Bezanya, Malaysia Bangkit ni sasarannya ialah golongan intelektual muda seperti mahasiswa. Kerana itulah aktivis-aktivis di bawah SMM seperti Adam Adli, Syukri Razab dan Safwan Anang diberikan tanggungjawab ini kerana mereka semua ialah kader-kader yang dididik secara langsung oleh SAMM melalui Anwar Ibrahim Club (AIC).
Jadi nampak tak permainannya? Atas apa nama sekali pun, pada akhirnya matlamat mereka ialah untuk menobatkan manusia anugerah Tuhan yang bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia pasca-Najib.Justeru persoalan yang dikemukakan oleh Pak Din itu amat-amat-amat mustahil disahut dan dijawab oleh kumpulan mahasiswa ini kerana mereka semua hanya bahan projek yang hanya menurut perintah Chegu Bard dan Anwar Ibrahim. Adalah mustahil untuk jentera pilihanraya PKR mahupun kompen Pakatan Rakyat yang lain mahu letak anak-anak muda begini sebagai calon mereka.
BEBAS?
Sejarah sudah membuktikan, dalam pilihanraya umum yang lalu, bagaimana gelombang kebangkitan mahasiswa konon-bebas ditolak oleh rakyat Malaysia apabila penyertaan Parti Mahasiswa Negara (PMN) langsung gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

Masyarakat kita sebenarnya lebih bijak menilai berbanding kumpulan anak muda ini yang hanya pandai bercakap dan berdemonstrasi siang dan malam. Malah SB yakin, sahabat-sahabat yang juga bergelar mahasiswa di luar sana majoritinya menolak perjuangan kumpulan sebegini.

Perjuangan membina sesebuah negara tidak memerlukan rakyatnya yang bijak berpidato, berapi-api di pentas ceramah dan cekap mencari salah orang lain siang dan malam. Lihat saja perbezaan antara Sukarno dan Tunku Abdul Rahman, antara kehebatan berpidato dan kebijaksanaan dalam mengurustadbir negara dan rakyatnya, siapakah yang lebih layak digelar pemimpin?

Jadi SB cabar kumpulan mahasiswa ini, jika anda benar-benar mahu mencetuskan tsunami politik dengan agenda kebebasan, jangan berdolak-dalih lagi, letakkanlah wakil anda di setiap kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU kelak. Kita tengok siapa yang betul dan siapa yang salah! Buktikan anda benar-benar bebas, baru cakap soal kebebasan! Ada telur tak?




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment