Oleh: Rossem
Muammar Gaddafi di penghujung hidupnya, sewaktu diberkas saat melarikan diri di perbatasan Libya-N
iger. Kepada penentangnya yang terdiri anak-anak muda, dengan suara tersekat-sekat, beliau merayu " Wahai anak-anakku berhentilah memukulku, beritahu padaku, berapa wang kamu mahu. Sebut saja jumlahnya akan ku berikan, kemudian biarkan aku melepasi perbatasan dengan selamat tanpa gangguan.".
iger. Kepada penentangnya yang terdiri anak-anak muda, dengan suara tersekat-sekat, beliau merayu " Wahai anak-anakku berhentilah memukulku, beritahu padaku, berapa wang kamu mahu. Sebut saja jumlahnya akan ku berikan, kemudian biarkan aku melepasi perbatasan dengan selamat tanpa gangguan.". Gaddafi menduga anak-anak muda itu akan menerima tawaran, sepertimana rakyat Libya sebelum ini menerima wang yang ditaburkan kepada mereka sepanjang pemerintahnya kurang lebih 40 tahun. Namun pada hari itu berlaku sebaliknya.
Rakyat Libya, khususnya anak-anak muda menolak dengan keras tawaran wang, walhal kalau mereka mahu, harga yang akan dibayar Gaddafi untuk menebus nyawanya dan menyambung kembali tali hayat pepemerintahannya adalah sangat tinggi, sebuat saja, 2 juta Dollar, 10 juta Dollar atau 100 juta Dollar, bahkan lebih dari itu, pasti ditunaikan.
Saat menawarkan itu, Gaddafi menjangka, rakyat Libya khususnya anak-anak muda yang menangkap beliau masih berfikiran seperti sebelumnya, akan menerima ganjaran yang ditawarkan. Kerana kaedah mengumpan wang sudah menjadi budaya negara dan sinonim dengan rakyat Libya, sejak mengambilalih pemerintahan dari Raja Sanusi.
Rupanya pada hari itu, disaat kekuasaannya diasak ke dinding, tika nyawanya diambang maut, Gaddafi baru tersedar dari mimpi yang panjang, bahawa wang sudah tidak berharga lagi. Wang tidak boleh menolong mempertahankan kekuasaan seseorang pemimpin, bahkan wang tak mampu lagi menyelamatkan nyawanya sendiri.
Hari itu, di tanah gersang berpasir di selatan Libya, Muammar Gaddafi menemui ajal di tangan anak-anak muda yang memburunya sekian lama.
Namun, atas nama persaudaraan Islam, kita bersimpati dengan apa yang terjadi, tapi realiti dan hakikat terbukti, bahawa wang tidak boleh mempertahankan kekuasaan seseorang.
Hari ini di Malaysia, seorang pemimpin negara membeli hati rakyat dengan wang ringgit. Bermula tiga bulan lalu sehingga sekarang masih belum selesai pembahagiannya kepada yang layak menerima.
Pemberian RM100, RM200, RM500 dan pelbagai lagi tawaran yang bernatijahkan wang. Tawaran itu meliputi seluruh lapisan masyarakat, seperti murid sekolah, isi rumah berpendapatan ke bawah RM3 sebulan, kakitangan kerajaan, pesara, golongan seniman dan lain-lain.
Kenapa sebelum ini tidak diagihkan pemberian seperti itu?. Tentu ada sebabnya. Seperti juga Muammar Gaddafi tidak akan menawarkan wang berbilion dollar kepada anak-anak muda yang memburu dan mahu membunuhnya sekiranya beliau merasakan nyawa dan kekuasaannya masih selamat. Sebaliknya beliau melakukan demikian setelah menyedari kekuasaannya dalam kritikal.
Apakah Presiden UMNO juga merasakan kekuasaan UMNO/BN kini dalam kritikal?
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment