Oleh
Alicia Izharuddin | ||||
| ||||
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Dengan kurangnya pendidikan seks, golongan remaja akan terjebak dalam kancah kejahilan tentang tubuh dan naluri mereka dan kurang berasa tanggungjawab atas perbuatan mereka. Pendidikan seks yang baik bukan sahaja mengajar anak-anak tentang bagaimana hubungan seks berlaku, tetapi menyampaikan nilai-nilai seperti rasa tanggungjawab, kehormatan dan keyakinan diri kepada kaum muda. Tanpa mengajar nilai-nilai seperti ini, anak-anak mungkin akan mencuba apa yang telah dipelajari dalam kelas pendidikan seks tanpa rasa tanggungjawab pada diri, keluarga, dan pada pasangan mereka. Namun, saya rasa yakin pendidikan seks yang komprehensif bukannya menggalakkan remaja untuk "mencuba" tetapi akan menjadikan mereka lebih berhati-hati dan prihatin tentang implikasi hubungan seks di bawah dan sebelumnya berkahwin.
Pendidikan seks yang formal akan mendidik anak-anak remaja untuk menghormati pasangan mereka, membasmi deraan seksual, dan boleh mengurangkan kes-kes keganasan rogol dan sumbang mahram. Dengan melengkapkan anak-anak dan remaja dengan pengetahuan tentang tubuh badan mereka, tentang defininya cabul dan perkosaan (dengan cara dan bahasa yang sesuai), mereka akan lebih tegar memaklumkan ibu bapa mereka jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Antara faktor yang memberanikan perogol dan pencabul anak-anak adalah mangsa-mangsa yang mendiamkan diri, dimalukan, dan tidak boleh bersuara. Pendidikan seks yang formal boleh memberikan "suara" kepada anak-anak untuk melindungi diri mereka dan membawa pesalah seksual ke kebenaran.
Tetapi nampaknya kerajaan kita enggan berganjak ke arah masyarakat yang matang dan mandiri. Berita lama tentang pengharaman buku "Where Did I Come From?" (Dari Mana Saya Datang?) oleh Peter Mayle yang pertama kali diterbit pada tahun 1984 membuktikan sekali lagi keengganan kerajaan kita untuk membaca dan menilai sebuah buku untuk kanak-kanak dengan matang dan saksama. Buku karya Mayle yang berkisarkan sepasang suami isteri yang saling menyayangi, berhubungan intim lantas dikurniakan anak telah dicapkan "keterlaluan" di sebuah negara yang tidak segan bermain politik lucah dan menghalalkan pengedaran majalah Mastika, Pesona, dan seangkatan dengannya di perkarangan kaki lima.
No comments:
Post a Comment