| ust ni jadi sasau bila cakap je pasal Pakatan Rakyat... sampaikan dia tak boleh nampak gambaran keseluruhannya. Biasalah dalam mana2 pengurusan atau perniagaan, ada sektor yg rugi sedikit ada yg untung tapi yg pentingnya KESELURUHAN HASIL ADALAH BAIK!!! kita tengok Laporan Ketua Audit 2010 yg keluar pd bulan Okt tahun lepas (yg umno kecut nak keluarkan sebelum pembahasan bajet & perkara tu relatifnya masih baru):
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor."Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan," lapor Ketua Audit Negara. Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.
Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009 sebanyak RM1,763.86 juta.
Perbelanjaan mengurus pulamenurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya. "Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri," laporan itu dipetik.
Namun, pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.89 juta (1.6%).
Manakalapencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu. Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.
Dalam rumusannya, Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut.
"Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat," Jadi kita nak tanya ust ni kutip info dpd mana, ya?...ikut suka ati... biasalah kan...Umno & penyokongnya dgn ISA. Cuba baca laporan audit tu ada sebut ke disebabkan kenaikan elaun, prestasi kewangan anak2 syarikat merudum. Kenaikan elaun biasalah dlm sesuatu korporat... lagipun bukan terhad pd orang Pakatan sj, orang Umno pun dapat... depa tak bising plak! Pengurangan pendapatan mungkin juga disebabkan pulangan rendah pelaburan jangka panjang spt yg disebut dlm laporan audit tu. Orang2 umno ni geram.... pasal tak dpt habuan lumyan spt dulu. Banyak syarikat k'jaan negeri Selangor, termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan PKNS dedahkan pekungnya selepas PR memerintah Selangor. Aktiviti pelaburan & pembangunan yg mengundang pertikaian, termasuk pembinaan banglo Exco yg menelan RM40 juta juga dibongkarkan. Plak tu, syarikat2 ni terlibat dlm peruntukan wang ke dlm akaun Badan Kebajikan Isteri2 wakil rakyat selangor (Balkis), yg kemudiannya dituduh telah disalahgunakan! Tambahan plak sekarang konco khir toyo, abd karim munisar dah tersisih dlm anak2 syarikat Selangor... tu yg panas hati tu!!! tak jalanlah propaganda murahan anda!!! Nak yakin dgn BN...??? Sorrylah... makin benci lagi ada... pasal tak sudah2 nak cari kesalahan orang tapi dosa & kesalahan sendiri yg JAUH lebih besar buat tak nampak! --- On Fri, 9/3/12, ust <ustmdcd@gmail.com> wrote: PR ? Kah ! kah ! Kah ! apa lah lu ...cuba baca laporan terkini di bawah ni...
Elaun YB Naik, Prestasi Kewangan Anak-Anak Syarikat Negeri Merudum… Sesungguhnya tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat Selangor, selain dari mengetahui bahawa saban hari negeri mereka telah dikucarkacirkan dengan urustadbir yang lemah, penyelewengan dan mengkronikan ekonomi negeri. Kepincangan ini giat dijalankan oleh Menteri Besar, sekalipun mempunyai Penasihat Ekonomi yang mendabik dada bahawasanya dia adalah bekas menteri kewangan Malaysia. Di saat rakyat tertekan dengan kos hidup yang sedang melambung, Khalid dan sekutunya bertindak tidak rasional apabila menaikkan elaun wakil rakyat. Ironinya, merekalah selalunya yang melaung-laungkan kononnya memperjuangkan nasib rakyat. Sungguhpun bermadah helah, dengan kenaikan elaun dinikmati juga oleh wakil rakyat BN, sehingga kini Khalid masih lagi membisu dan tidak mengeluarkan senarai siapakah yang mendapat kenaikan tersebut. Pastinya ia lebih dinikmati oleh wakil rakyat Pakatan berbanding wakil rakyat BN yang jauh lebih sedikit bilangannya. Belum pun isu itu terjawab, rakyat digemparkan dengan kerugian yang dialami oleh anak-anak syarikat negeri. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengalami kerugian sebelum cukai RM122.25 pada 2009 berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008. Ini menunjukkan setelah 1 tahun mengambilalih kerajaan semenjak 2008, ketidakupayaan mengurustadbir telah berlaku. Keadaan semakin serius apabila beberapa lagi anak syarikat negeri turut mengalami kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM99.90 juta. Ini ditambah pula dengan kerugian yang dialami oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM139.23 juta selepas cukai. Kerugian yang dialami oleh ketiga-tiga anak syarikat negeri ini sangat serius memandangkan tempoh waktu tidak sampai satu penggal rejim Khalid memerintah di Selangor. Kerajaan negeri disarankan supaya meluluskan atau mengikut Prosedur Kerja atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan aktiviti kewangan anak syarikat. Tidakkah kerajaan negeri mempunyai SOP terhadap urustadbir ini sehinggakan DISARANKAN oleh Audit Negara? Ia menggambarkan sesungguhnya berlaku salah urustadbir dan bertindak seolah-olah anak-anak syarikat ini dipunyai oleh individu-individu tertentu atau syarikat sendirian berhad, tanpa mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Pendedahan dari Audit Negara ini sangat mengejutkan kerana Menteri Besar Selangor sebelum ini dibangga-banggakan sebagai tokoh korporat, yang telah lama memegang jawatan-jawatan penting dari GLC. Promosi tentang dirinya cukup menggunung. Hebatnya apabila berbicara di depan Tuanku Sultan Selangor tentang janji kutipan pasir beratus juta rupanya indah khabar dari rupa. Rakyat tidak boleh lagi memperjudikan masa depan negeri terkaya dan termaju di Malaysia ini. Untung nasib 2008 telah rakyat Selangor tentukan, dan "habuan" tentang apa yang sedang berlaku kepada negeri ini adalah "hadiah" terbaik kepada rakyat dari pemerintah yang mereka pilih. Tempoh waktu yang ada, rakyat hanya mampu melihat, membaca dan mendengar akan kepincangan ciptaan si Khalid. Ambillah pedoman dari kesilapan lalu. Masa untuk berubah. Berani berubah. Sayangi Selangor, Yakini BN! 2012/3/7 Aziz <aziz@precico.com.my> Apa2 pun yang pasti Selangor lebih Maju di bawah PR berbanding BN. Ini sudah terbukti. UMNO/BN ja yang tak dapat menerima kenyataan ini. Lagi Pembaziran Wang Rakyat! PBT Selangor Belanja RM8 Juta Untuk PKR, Pas Dan DAP | | | Lagi pembaziran wang rakyat ! Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1 juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan | Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.
Menurut laporan Selangordaily, kiraan kasar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos "overhead" dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.
Sebelum ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.
MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan. Hampir 95 peratus ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut. Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.
Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.
Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.
Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis. Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.
Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.
Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?
Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.
Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.
Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT. | |
-----Original Message----- From: Mus Subject: BN - Bankrapkan Negara
BN - Bankrapkan Negara Written by Viktor Wong, Malaysia Chronicle
BN - Bankrapkan Negara
Keadaan di Malaysia jelas menunjukkan bahawa negara ini sedang menuju ke arah kebankrapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Ya, singkatan BN ini telahpun digelar Bankrapkan Negara dalam erti kata yang sebenarnya.
Jika sekiranya hutang negara yang kini berjumlah lebih RM456 billion ini ditambah pula dengan tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion lagi (belanjawan tak terkawal), negara ini akan menanggung hutang sejumlah RM553 billion, suatu jumlah yang telah melebihi 63% daripada keluaran dalan negara kasar (KDNK).
Menurut Akta Pinjaman 1959 dan Akta Peruntukan Kerajaan 1983, kadar hutang negara tidak sepatutnya melebihi 55% daripada KDNK.
Dan jika sekiranya tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion itu tidak dicampurkan bersama dengan beban hutang negara sebanyak RM456 billion, kadar tersebut tidak akan menjangkau lebih 63% daripada KDNK, tetapi hanya akan terletak pada kadar 53.5% daripada KDNK iaitu kurang sedikit daripada 55%. Penetapan kadar yang lebih rendah itu sudah pasti melegakan kebimbangan kerajaan persekutuan BN yang tidak akan menampakkan penyelewengan kewangan negara yang terlalu jelas.
Malah, ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad telah berkali-kali memberi amaran kepada perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak agar tidak membohongi rakyat kononnya defisit negara kita telah berkurangan. Dr Dzulkefly turut menambah kerajaan Greece telahpun menjadi bankrap akibat daripada lebihan belanjawan luar jangkaan yang terlalu tinggi.
Kerajaan persekutuan BN kini sedang berbelanja besar melalui pemberian peruntukan kepada kroni-kroninya yang begitu ramai dan jiga ianya berterusan, adalah dibimbangi negara ini akan menjadi bankrap sepenuhnya sebelum tahun 2019 menjelang.
Disebabkan itulah, kerajaan persekutuan BN beria-ria mahu melaksanakan skim GST (Cukai Perkhidmatan dan Barangan). Perbendaharaan negara kini hampir kering. Sehinggakini, boleh dikatakan kerajaan ini sekarang sedang diuruskan tanpa mempunyai aliran tunai yang kukuh.
Sebaik sahaja negara ini menunjukkan tanda-tanda akan tumbang, ia semestinya akan tumbang tidak lama lagi. Tumbangnya negara ini adalah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan kapitalisma kroni-kroni yang amat berleluasa.
Dan jika sekiranya BN berjaya memenangi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, kerajaan persekutuan BN akan mengambil langkah-langkah yang lebih drastik untuk mengisi semula perbendaharaan serta dana sampingannya dengan perlaksanaan pelbagai jenis percukaian baru yang bakal membebankan lagi rakyat jelata. Kerajaan ini tidak akan mengurangkan belanjawannya, tetapi akan terus bersikap boros seperti sekarang.
Subsidi-subsidi khususnya untuk keperluan harian akan ditarik balik satu demi satu dan penderitaan rakyat jelata akan juga bertambah. Seperti biasa, pelbagai bentuk pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat.
Tukar Lampin
BN dijangka akan dapat memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan bantuan lebih daripada 200,000 pengundi baru yang terdiri daripada para pendatang asing tanpa izin yang telah berjaya menyusup masuk ke dalam senarai daftar pemilih melalui saluran yang tidak sah.
Buktinya adalah terdapat 3 kawasan parlimen yang kini diwakili oleh Pakatan Rakyat telah mencatatkan peningkatan jumlah pengundi berdaftar di antara 25% hinggalah ke 35% iaitu rekod yang boleh dikatakan paling mendadak sekali. 3 kawasan tersebut adalah:
1)Kawasan parlimen Subang yang diwakili ahli PKR R.Sivarasa,
2)Kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili ahli PAS Dr Siti Mariah,
3)Kawasan parlimen Puchong yang diwakili ahli DAP Gobind Singh Deo.
Yang pasti, BN boleh memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan menggunakan pelbagai takti kotor dan apajua tipu helah. Dan sudah pasti banyak jenis cukai yang akan dikuatkuasakan kelak terhadap rakyat jelata yang akan mengakibatkan kalangan yang miskin dan berpendapatan sederhana terus menderita akibat terus diketepikan dengan begitu sahaja.
Seseorang yang cukup marah boleh mengakibatkan satu lagi tsunami politik yang lebih besar seperti apa yang telah berlaku di Tunisia di mana seorang peniaga kecil yang membakar dirinya telah menyemarakkan api kemarahan rakyat yang seterusnya bangkit beramai-ramai untuk menggulingkan kerajaan Tunisia. Sememangnya tidak dapat dijangka akan peranan Twitter, Facebook dan kamera telefon bimbit yang boleh menyebarkan maklumat tersebut dengan begitu cepat sekali.
Itulah sebab kenapa Najib sehingga kini masih tidak berani untuk membubarkan parlimen bagi memberikan laluan untuk pilihanraya baru diadakan. Beliau sedar bahawa kedudukannya masih goyah walaupun kerajaan pimpinan beliau telah menyumbangkan sejumlah besar wang kepada umum. Najib juga sedar, kalah atau menang, masalah-masalah akan juga tetapi menyusul. Rakyat jelata kini sedang mengharapkan lebih banyak hadiah tunai akan dikeluarkan dan jika Najib tidak menunaikan sumbangannya sekali lagi, rakyat akan bangkit.
Tibalah masa untuk menukar lampin bayi ini (Malaysia negara yang masih belum matang). Sudah lebih 54 tahun, bayi ini masih memakai lampin sama yang telah rosak dan menjadi busuk.
Angka-angka sering dimanupulasi
Bagi memelihara imej kerajaan dan negara ini di kaca mata dunia, Najib sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuannya, sampailah ke tahap mengupah dan membayar sebuah firma perhubungan awam FBC Media sebanyak RM80 juta.
Walaubagaimanapun, kerajaan pimpinan Najib tidak dapat menutup malu apabila Perbadanan Penyiaran British (BBC) memohon maaf kepada umum atas penyiarannya mengenai Malaysia dan program-program yang direkacipta oleh FBC Media. Beginilah wang rakyat sebanyak RM80 juta dihabiskan dengan begitu sahaja yang mana akhirnya negara kita yang mendapat malu akibat perbuatan Najib itu.
Media-media utama dalam negara yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan, syarikat milik kerajaan, Umno, MCA dan sebagainya tidak henti-henti dengan penyiaran berita-berita yang hanya mempromosikan Najib hampir pada setiap siaran pada setiap hari. Tidak pernah satu hari pun muka Najib tidak disiarkan.
Selain itu, rekod perangkaan dan statistik mengenai pencapaian sesuatu kegiatan atau perlaksanaan juga sering dimanupulasi atau diputarbelitkan bagi disesuaikan dengan kehendak dan halatuju kerajaan BN, Umno dan para pemimpinnya. Misalannya, didakwa kadar jenayah dan penggangguran telah menurun, akan tetapi apabila kita meninjau di sebuah pekan dan bercampur gaul dengan para penduduk khususnya di Jelebu, Negri Sembilan, kita akan dapati ramai warga pekan tersebut yang telah lama dan masih mengganggur.
Bagi kadar jenayah pula, kejadian pecah rumah, rompakan dan sebagainya masih berleluasa di Bandar Menjelana, Kepong, sebagai contoh. Persatuan-persatuan penduduk di kawasan perumahan mengambil inisiatif sendiri untuk membiayai usaha memagarkan kawasan tempat tinggal mereka dan mengupah pengawal keselamatan swasta untuk memastikan kawasan dan para penghuni bebas daripada ancaman jenayah.
Kes ragut turut berleluasa di Taman Sri Sinar Segambut sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak polis yang telah mempertingkatkan rondaan mereka di sekitar kawasan yang dikenal pasti mempnyai kadar penggangguran dan masalah sosial yang tinggi.
Menyedari bertapa pentingnya kemenangan BN pada pilihanraya umum yang akan datang, Najib kini sedang berusaha keras untuk memastikan imej politiknya terpelihara dan "jasanya" ditokok tambah dengan seberapa banyak yang boleh.
Akhirnya, kira-kira 200,000 atau lebih pengundi-pengundi baru yang terdiri daripada pendatang pasing tanpa izin ini akan menentukan nasib dan masa depan rakyat kita dan negara ini. Dan jika sekiranya ini benar-benar berlaku, rakyat jelata berkemungkinan akan beralih kepada cara Tunisia atau Greece bagi menghentikan ketidakseimbangan tersebut.
Apakah tindakan Najib seterusnya?
Note: To protect against computer viruses, e-mail programs may prevent sending or receiving certain types of file attachments. Check your e-mail security settings to determine how attachments are handled. This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this email and any attachments permanently from your system.
|
No comments:
Post a Comment