yang menuduh lah kena buktikan kesalahan......basic
undang2.......innocent until proven guilty....
kena dakwalah kat mahkamah dan buktikan kesalahan bukan terbalik, kena
buktikan tak bersalah pulak.....
bawaklah bahan bukti dan saksi2 ke mahkamah....kan senang......biar
hakim menentukan, kata mahkamah dah telus sekarang nie.....
On 04/06/2012, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:
> Penduduk Bukit Antarabangsa desak Azmin bersihkan nama isu skandal seks!
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5lOZ2Wus3idoNagb_ARes4JTvB2LSMxj_PjOSDEKmwUvCnib-L8aqZ8zNWOLzdgB2R0IkxXpNZJHsxa9njkwubTLISVTjJtuYLhQrQVUVddtaO6g5vPabb4QonmEjLjPt9KFueIcpSS3D/s1600/po_06_1.jpg>
>
> Shaharuddin Mohd. Yusof (berkopiah) bersama beberapa individu mewakili
> penduduk tampil membuat laporan polis terhadap Azmin Ali yang dikaitkan
> dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog,
> di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.
>
> Seramai 10 individu mewakili penduduk Bukit Antarabangsa hari ini menggesa
> Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Azmin Ali tampil membuktikan
> beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang
> wanita seperti disiarkan beberapa blog pada 30 Mac lalu.
>
> Gesaan itu dibuat penduduk yang diketuai Penolong Setiausaha Masjid Bukit
> Antarabangsa, Shaharuddin Mohd. Yusof selepas kumpulan itu membuat laporan
> di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang ini.
>
> Menurut Shaharuddin, gesaan itu dibuat kerana Azmin yang merupakan Timbalan
> Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membuat penafian di
> hadapan penduduk Bukit Antarabangsa mengenai skandal seks yang dihadapinya.
>
> Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar Azmin Ali tampil meyakinkan penduduk
> dan seluruh masyarakat bahawa beliau bukan individu terbabit.
>
> "Azmin perlu membuat laporan polis bagi menyiasat ketulenan dan kesahihan
> gambar yang dikatakan mirip beliau sedang melakukan aksi lucah dengan
> seorang wanita.
>
> "Kami juga meminta wakil rakyat kami ini supaya melakukan sumpah laknat di
> Masjid Bukit Antarabangsa untuk memberi keyakinan kepada kami bahawa dia
> tidak pernah terlibat dalam rakaman itu," katanya kepada pemberita selepas
> membuat laporan polis.
>
> Dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my pada penghujung April
> lalu mendedahkan skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua
> parti yang berbeza.
>
> Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar
> seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju
> seorang wanita di dalam sebuah tandas.
>
> Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki
> berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera
> tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
>
> Sementara itu, Pengerusi Tetap Kariah Bukit Antarabangsa, Safaridan Shaari
> berkata, Azmin juga perlu mengarahkan isterinya, Shamsidar Taharin supaya
> membuat kenyataan media dan tampil bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan
> Azizah Wan Ismail.
>
> "Mereka diminta supaya memberi penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat
> oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini mengenai video seks
> seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.
>
> "Penduduk juga menasihatkan Azmin supaya pulang ke rumah dengan segera dan
> menjenguk ibunya yang telah ditinggalkan serta berhenti menjadi anak yang
> derhaka," katanya.-*UMO*
>
> Wasabi Oyabun..
> Dicatat oleh oyabun <http://www.blogger.com/profile/02113168678310578441>
> di 8:28
> PG<http://oreoyabun.blogspot.com/2012/06/penduduk-bukit-antarabangsa-desak-azmin.html>
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment