Saturday, August 4, 2012

RG2011... Malaysia & Olympics

 

Salam alaik,

Saya rasa ramai Muslim di Malaysia tahu asal-usul Olympic Games kan? 

Ia bermula sebagai upacara keagamaan kaum Greek yang menyembah "Tuhan" betina bernama Olympia dan kemudiannya sebagai upacara penyembahan "Tuhan" jantan mereka bernama Zeus. Kaum lelaki dan wanita yang sihat tubuh badan berlumba-lumba mempamerkan kehebatan di hadapan patung Zeus.  

Bak kata Nabi, orang kafir tidak akan berpuas hati sehinggalah semua Muslim mengikut mereka walaupun masuk ke lubang biawak. Tapi ada orang Islam sendiri suka nak masuk ke dalam lubang.

Baiklah. Dah masuk dah ke dalam lubang. Dalam pulak tu.

Oleh kerana kita dah pilih untuk masuk lubang biawak dan susah nak keluar, patutnya bersungguh-sungguh lah jugak. Maklumlah dah masuk. Sebaliknya atas tanahpun gagal, kat langitpun gagal juga, atas airpun kalah, dalam lubang tanah pun gagal jugak.

Saya rasa, oleh kerana Umat Malaysia masih sukar untuk bernafas dalam lubang Pak Zeus ni, patutnya fokus kepada sukan yang hanya  menggunakan kemahiran mata, kawalan alat dan keseimbangan anggota. Ini kerana sukan kemahiran mata dan balance tidak memerlukan tubuh badan yang besar, tak perlu stamina hebat dan tak perlu kegagahan. Contohnya ialah Pistol, Memanah, Senapang, Bowling dan sebagai.  Pistol, Senapang dan Memanah pun terkeluar dan kalah awal-awal lagi. Sebab apa ya? 

Setakat ini dari Medal Tally Olympic, Malaysia dapat MEDAL TELOR AYAM, yakni berada sama setahap dengan negara-negara "mundur" dan miskin seperti Bangladesh, Nepal, Afghanistan dan kebanyakan negara-negara Afrika.  

Agaknya kita tunggu satu-satu Medal dari Datuk Chong Wei. Sampai nak terpeleot kaki Datuk tu haritu sebab semua orang harap kat dia aje.

Untuk sukan-sukan akan datang, saya sarankan agar pasukan Malaysia fokus kepada sukan Pistol, Senapang, Memanah, Bowling, Terjun, Ping Pong dan  Gymnastik. Mungkin lebih mudah dapat pingat dari sukan-sukan jenis lain. 
 
----------------------------------------------------------------------------------

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }---------------------        
.--------------------- http://www.pengasih.org

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..------------ -....http://www.MalaysiaKu.com
-----------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment