salahudin bertanding di kawasan nusajaya yang majority orang melayu
manakala skudai memang majority cina.....
On 06/05/2013, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:
>
> SITI NOOR SEPEE
> 6 Mei 2013
> SKUDAI - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berjaya menewaskan bekas Menteri
> Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, yang mempertahankan kedudukannya selama 18
> tahun, dengan majoriti 14,762 undi.
>
> Komposi pengundi kaum Cina yang mengatasi kaum lain dengan 52.4 peratus,
> manakala pengundi Melayu 34.2 peratus, India 12.5 peratus manakala lain-lain
> kaum 0.8 peratus turut memberi kelebihan kepada veteran DAP itu untuk menang
> besar.
>
> Beliau bagaimanapun sebelum ini menjangka peluangnya untuk menang hanya
> 50-50 apabila mengetahui bakal ditentang calon Abdul Ghani pada Pilihanraya
> Umum Ke-13 (PRU13).
>
> Walaupun Abdul Ghani percaya tidak berlaku undian mengikut polarisasi kaum,
> namun keputusan undian mengikut berdasarkan jumlah pengundi seramai 106,864
> tidak menyebelahi BN.
>
> Dalam pertarungan tersebut, Kit Siang berjaya memperoleh 54,284 undi
> manakala Abdul Ghani 39,522.
>
> Jumlah yang keluar mengundi adalah seramai 93,806 manakala jumlah undi rosak
> adalah 1,059 undi.
>
> Sementera itu, bagi Dun Skudai, penyandangnya, Dr Boo Cheng Hau berjaya
> mempertahankan kerusi apabila menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Liang
> Ah Chy dengan majoriti 18,050 undi Dr Boo memperolehi undian sebanyak 33,692
> undi manakala Ah Chy memperolehi 15,642 undi.
>
> Bagaimanapun usaha Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub yang bertanding di Dun
> Nusajaya tidak berhasil apabila di tewas di tangan calon muka baru dari BN,
> Dr Zaini Abu Bakar dengan majoriti 2,201.
>
> Dr Zaini menerima 23,166 undi manakala Salahudin hanya memperolehi 20,965
> undi
>
>
> Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment