MAYAT PENJENAYAH... Anggota polis membawa keluar salah satu daripada lima mayat penjenayah yang ditembak mati oleh anggota polis di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di George Town awal pagi Isnin. Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartment di Sungai Nibong dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.
Syabas PDRM..JAngan nanti plak ada yang backup penjenayah?

Daripada: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
Kepada: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Dihantar: Rabu, 14 Ogos, 2013 pada 1:08:08
Perkara: RG2011... Fw: rompakan disiang hari di Johor
rompakan disiang hari di Johor tersebar!! Saksikan!.. err.. Zahid Hamidi nak salahkan Pakatan juga ke?
telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Sebelum korang saksikan video ropakan disiang hari ditepi jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang ini, baca dulu apa kata Zahid Hamidi mengenai jenayah yang jelas meningkat kebelakangan ini..
Seperti kebanyakkan pencacai-pencacai UMNO yang mempersalahkan Pakatan Rakyat berikutan dengan kes tembak yang berleluasa kini, Zahid Hamidi juga bertindak demikian.
Menurutnya kini terdapat kira-kira kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 hasil desakan Pakatan Rakyat..
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.
"Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?
"Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.
"Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri," katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini.
Dalam hal pemansuhan Akta Ordinan Darurat biarpun ianya menurut Zahid adalah hasil desakan Pakatan Rakyat, namun apa yang kita perlu tahu bahawa Najib telah menafikan pemansuhan akta ini diciplaknya dari agenda Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat.
Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."
"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka." Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu.
Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.
Malah, kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri ~ Malaysiakini
Kini apabila jenayah berleluasa Zahid Hamidi tiba-tiba meletakkan puncanya kepada Pakatan Rakyat pula, sedangkan Najib telah bermati-matian mendakwa itu adalah idea beliau bukannya idea Pakatan Rakyat..
Siapa agaknya yang menasihatkan Zahid untuk menyalahkan Pakatan Rakyat pula dalam hal ini.. Bangang sungguh dia..
Berikut adalah video yang memaparkan rompakan yang berlaku disiang hari ditepi sebuah jalan yang sibuk dikatakan telah berlaku di Johor..
Jenayah Berleluasa, Bukti Tranformasi Najib Gagal
telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot
Parti DAP menyifatkan kadar jenayah yang berleluasa merupakan bukti kegagalan kerajaan walaupun ianya didakwa menjadi keutamaan dalam program Tranformasi seperti dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago menegaskan kerajaan sudah tidak punya masa lagi untuk berdolak dalik, sebaliknya melakukan segera langkah penyelesaian dan memandang serius kejadian demi kejadian yang tidak berkesudahan ini.
Katanya, kerajaan harus segera menggerakkan lebih ramai anggota polis di jalanan yang mana kini hanya terdapat 9 peratus daripada 112,583 atau 10,150 pegawai beruniform di Malaysia dibawah Jabatan Siasatan Jenayah.
"Lebih dari 20 orang telah terbunuh dalam peristiwa tembakan sejak April lalu termasuk yang berlaku kepada Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi sehari selepas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak.
"Rakyat ditembak di persimpangan jalan raya yang sibuk, dilampu isyarat dan restoran oleh lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga dua dozen dimana-mana sahaja, disiang hari.
"Sebuah laman sesawang juga menyatakan bahawa Kuala Lumpur kini merupakan bandar keenam paling berbahaya di Asia Tenggara dan kenyataan Najib tahun lalu yang menyatakan Malaysia adalah negara paling selamat di rantau ini, jelas tidak ada kebenarannya," katanya dalam kenyataan, semalam.
Statistik polis yang dikeluarkan oleh agensi pembaharuan ekonomi negara, PEMANDU, menunjukkan bahawa terdapat 15,098 kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ianya meningkat dari 14,811 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pembunuhan juga meningkat kepada 322 dalam tempoh enam bulan berbanding dengan 291 pada 2011.
Beliau turut mempersoal dari mana datangnya senjata yang digunakan penjenayah yang seolah-olah begitu mudah diperoleh walhal Malaysia mempunyai undang-undang pemilikan senjata yang ketat.
"Terdapat sekurang-kurangnya 370,000 senapang yang dimiliki di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 28 juta.Jepun mempunyai penduduk seramai 127 juta dan 710,000 senapang. Malaysia mempunyai nisbah satu senjata untuk setiap 78 orang, lebih tinggi dari Vietnam yang mempunyai nisbah 80:1.
"Tapi yang anehnya negara kita mempunyai undang-undang pemilikan senjata api yang ketat. Hanya mereka yang mempunyai lesen saja dibenarkan untuk mempunyai senjata sendiri, sesiapa yang ditangkap memiliki senjata tanpa lesen boleh menghadapi hukuman sehingga 14 tahun penjara dan hukuman mati sekiranya mempunyai peluru hidup. Jadi, dari manakah senjata yang digunakan dalam kejadian tembak-menembak baru-baru ini datang?," soalnya.
Santiago turut menyelar tindakan kerajaan yang hanya pandai membuat undang-undang tanpa mempraktikkan langkah-langkah pengekangnya terutama berkaitan kawalan keselamatan di sempadan yang longar sehingga menyebabkan kemasukan senjata api berlaku dengan sewenang-wenangnya.
"Jelas undang-undang yang ketat tanpa penguatkuasaan tidak mencukupi untuk mengekang episod tembak menembak yang melanda negara. Dalam erti kata lain, mengawal selia lesen senjata tidak mencukupi. Kerajaan juga mesti serius dalam mencegah penyeludupan merentas sempadan.
"Undang-undang ini mesti dilengkapkan dengan kehendak kerajaan untuk menangani budaya rasuah dan sewenang-wenangnya dalam pasukan polis, Imigresen dan Kastam," tegasnya.
Beliau juga mendesak Najib agar segera menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membasmi salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pasukan keselamatan negara.
"Najib perlu mengarahkan agensi anti rasuah untuk melancarkan siasatan terhadap bukan saja polis tapi pegawai-pegawai Imigresen dan Kastam yang terlibat dalam jenayah merentasi sempadan, termasuk penyeludupan senjata.
"Kerajaan perlu menerima pendekatan holistik untuk mencegah jenayah kerana ia berkait rapat dengan kekurangan pendidikan, peluang pekerjaan dan persekitaran yang kondusif untuk kumpulan terpinggir," ujarnya. – Roketkini.

No comments:
Post a Comment