Wednesday, August 21, 2013

RE: RG2011... Fw: CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini

 

hati2 dlm group ni ad sorang mostly email dia nak mengapi api rakyat malaysia hampir tiap hari ..yg pasti email domain from singapore. harap hanya kebetulan


CC: respeks_group@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com
To: respeks_group@yahoogroups.com
From: hairulndt@gmail.com
Date: Wed, 21 Aug 2013 15:38:13 +0800
Subject: Re: RG2011... Fw: CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini

 

Its a vicious cycle, kalau education free or affordable, maka tak akan ada loan, dan tak perlu pinjam....

On 21/08/2013, at 8:36 PG, <Aslizawati.Alias@brother.com.my> wrote:

 

Baguslah buat system nie......  Dah nama pun meminjam, kenalah bayar. Ini buat deq jer..

Semua nak percuma.  Macam tuh semangat jati diri pun akan kurang pada masa akan datang sebab semuanya kena suap!

Tak payah nak salahkan parti politik  mana pun sebab ini semua silap sendiri.

Ada duit hilang ingatan nak bayar....

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -:eSpAcE9808:-
Sent: Wednesday, 21 August, 2013 12:42 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini

 

 



 

 

[UNDI LAGI BN] PTPTN Laksana CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini

Posted by greenboc

 

<image001.jpg>


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.

ULASAN GB

Inilah satu satu "hadiah" UMNO BN setelah kembali berkuasa selepas pilihanraya.

Apakah rakyat tidak serik-serik dengan kezaliman dan penndasan mereka selama ini?

Sekalipun gagal menawan Putrajaya sekalipun telah menawarkan penghapusan PTPTN, Pakatan Rakyat perlu mempastikan tindakan kerajaan UMNO BN ini yang mahu menyeraikan Peminjam PTPTN ke CCRIS ditentang habis-habisan di dalam dan di luar parlimen.

 
comments:
Anonymous said...
org melayu bila jadi menteri tiba2 bodoh....

Anonymous said...

Kepada pemuda pemudi yang ada hutang dgn PTPTN dan galak sangat X BN, ambiklah hadiah yg dibagi oleh BN. Tak apa belum terlambat. X PR di PRU14.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment