| ERTI KEHIDUPAN Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seseorang seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, Peringkat kehidupan terbahagi kepada lima iaitu:- * Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia. * Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan suami isteri sehinggalah berakhir dengan kematian. * Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian sementara sebelum dibangkitkan semula oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak. * Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi menerima pengadilan. * Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka. Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman. Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semasa di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan. Alangkah cantik dan indahnya jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insane mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi. Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6) "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."
|
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment