BUKIT JENUN – Mai pakat tolong keluarga nie sat... YB, Pej. Zakat & JKM pun jika sudi boleh juga..!!!
Suami rayu bantuan kewangan
Md Nayan (kiri) menunjukkan bil hospital yang perlu diserahkan ketika membuat bayaran. Nor Hamiza pula menunjukkan keadaan ibu angkatnya yang perlu diberi rawatan dialisis tiga kali seminggu.
BUKIT JENUN – 'Saya tak mampu bayar bil hospital,' begitulah luahan seorang suami yang gagal menjelaskan bil rawatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang akibat kesempitan hidup.
Md Nayan Said, 63, berkata, sebelum ini dia pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun gagal mendapat maklum balas.
Menurutnya, isterinya, Sharifah Long, 61, mula sakit sejak November tahun lalu dan perlu berulang alik tiga kali seminggu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk melakukan dialisis.
"Kesempitan hidup menyebabkan bil yang dikenakan sepanjang tiga minggu mendapatkan rawatan di wad gagal dijelaskan.

"Kerana saya memaklumkan kepada pihak hospital bahawa saya tidak mampu nak bayar walaupun dengan harga murah, saya diberi tempoh seminggu bagi menjelaskan semua bayaran itu," katanya yang tinggal di Kampung Kilang Kecik di sini.
Md Nayan berkata, dia juga tidak mampu menyara keperluan keluarga.
Dia hanya mengambil upah menoreh getah bersama anak sulungnya dengan memperoleh sumber pendapatan tiga hari sebanyak RM20 setelah dibahagi sama banyak.
"Kadang-kala saya tidak boleh bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.
"Pernah juga bekalan elektrik dan air dipotong kerana bil tertunggak," katanya.
Dia berkata, pendapatan yang diperoleh digunakan untuk membayar kos pengangkutan membawa isterinya ke HSB sebanyak RM20 setiap kali pergi.
"Saya mempunyai dua anak lelaki namun masing-masing bekerja di kilang dan menjadi penoreh sahaja dengan pendapatan rendah.
"Ia cukup untuk menampung keperluan anak dan keluarga mereka sahaja," katanya.
Sementara itu, anak angkatnya, Nor Hamiza Che Ahmad, 21, berkata, dia telah membuat permohonan kepada JKM dan pejabat zakat.
"JKM tiada maklum balas manakala pihak zakat pula memaklumkan bahawa borang permohonan tiada dalam rekod.
"Saya telah menghantar permohonan bersama laporan kesihatan ibu yang diambil di HSP dengan bayaran sebanyak RM40.
"Saya tiada wang nak beli semula laporan kesihatan itu memandangkan terpaksa mengambil masa dua bulan untuk disiapkan," katanya.
Nor Hamiza berkata, masalah itu turut dirujuk kepada wakil rakyat kawasan beberapa hari lepas namun masih tiada apa-apa maklum balas.
"Saya sendiri tidak boleh membantu dalam sumber kewangan kerana tidak bekerja dan mengalami kecacatan fizikal (OKU).
"Saya berhenti kerja kerana kecacatan pada bahagian kaki, saya tidak dapat berdiri lama dan kerap jatuh di tempat kerja.
Katanya, dia tidak dapat membantu keluarga dari segi kewangan namun hanya mampu membantu menjaga mereka di rumah tetapi tidak boleh membuat kerja-kerja berat dan lasak.
Dalam pada itu, Sinar Harian turut menghubungi JKM Pendang namun gagal mendapat maklum balas berikutan dimaklumkan bahawa pegawai terbabit tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment