Kerajaan cadang hapuskan penswastaan AES
- SELASA, 20 OGOS 2013 19:06
- ADMINISTRATOR
![]()
![]()
Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd dalam masa terdekat.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,pihaknya sedang mempertimbangkan hasrat berkenaan dan akandikendalikan menerusi lantikan satu syarikat milik penuh kerajaan."Hasil daripada penilaian holisitik ini telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi memutuskan penyelesaian yang adil dan tepat berhubung pelaksanaan AES," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.Katanya, Jawatankuasa Kecil Kewangan yang diterajui Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab mengurus pengambilalihan saham dari syarikat konsesi berkenaan.Syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd sebelum ini terpalit dengan skandal kronisme apabila pemegang saham utama itu didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin Umno Johor dan menteri daripada MCA.Sekaligus menimbulkan persoalan penganugerahan kontrak AES kerajaan kepada syarikat terbabit.Kedua-dua syarikat terbabit bagaimanapun dilaporkan menghadapi masalah dengan pihak bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit.Memetik laporan The Edge pada Julai lalu, carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.Sementara itu, Hishamuddin turut mengumumkan operasi 14 kamera AES akan diteruskan, namun penambahan dan peluasan skop AES akan diperhalusi diperingkat Jawatankuasa Pemandu.Katanya, 14 kamera perintis AES mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus dari segi kesalahan memandu melebihi had laju (dari Januari hingga Jun 2013), malah tiada kes kemalangan dicatatkan sejak AES dipasang dikawasan terbabit."Penurunan kadar saman ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES memberi kesan terhadap cara pemanduan rakyat Malaysia," katanya.Ditanya sama ada pihaknya mahu meneruskan tunggakan prosedur kes mahkamah terhadap pesalah AES, beliau berkata itu terpulang kepada Jawatankuasa Kecil Perundangan yang dipengerusikan Peguam Negara untuk menentukannya."Hasil mesuarat EC turut memutuskan sistem AES akan diselaraskan dengan sistem merit Kejara yang membolehkan lesen memandu pesalah lalulintas digantung sekiranya pesalah gagal menjelaskan saman AES atau melakukan kesalahan berulang kali," katanya.-20/8/2013
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment