Jangan cuba menyokong ahli kongsi gelap
21/08/2013 12:29pm
GEORGE TOWN - Polis memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak mempertikaikan tindakan pasukan itu dalam membanteras kegiatan jenayah berat di negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pihak cuba mengapi-apikan tindakan polis menembak mati lima ahli kongsi gelap geng 04 di sebuah pangsapuri mewah di Jalan Pantai Jerejak dekat sini, Isnin lalu.
Rahim memberitahu, pihaknya telah mengenalpasti beberapa identiti yang bertindak mencabar pihak polis dengan mempamerkan kain rentang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengebumian
"Kita memperolehi maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video semasa perarakan pengebumian itu.
"Selain itu, kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengetuai Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini awal pagi tadi. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2cZn9xqvt
Hakcipta terpelihara
Seorang maut, lima cedera bas rempuh lori tangki
21/08/2013 12:24pm
KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang maut sementara lima termasuk seorang wanita mengandung cedera apabila bas yang dinaiki bersama sekumpulan pekerja kilang merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki yang berhenti di bahu jalan di KM 34.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pukul 7 pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Zakiah Buing, 36.
Kesemua mangsa kini dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan susulan.-KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2cZnMEQgV
Hakcipta terpelihara
Dapur meletup: 5 pelajar tingkatan 4 SMK Puteri cedera
21/08/2013 11:56am
SEREMBAN - Kegembiraan kira-kira 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri di sini menyambut Hari Kantin Sekolah bertukar tragedi apabila lima pelajar perempuan tingkatan empat cedera di pergelangan tangan apabila gas dapur mudah alih yang digunakan untuk program memasak meletup.
Dalam kejadian pukul 9.55 pagi tadi kesemua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar selepas mengalami kecederaan akibat disambar api. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2cZnV00BS
Hakcipta terpelihara
Pensyarah dipenjara 6 bulan kerana rasuah
21/08/2013 12:03pm
JOHOR BAHRU - Seorang pensyarah yang juga ketua jabatan institusi perguruan dihukum penjara 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor berjumlah RM37,069.40, tiga tahun lalu.
Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmi Hassan, 50, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Bagaimanapun, peguam bela T.Vijayan Sandran memohon agar perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Permohonan itu dibenarkan oleh Hakim Mohd. Haldar di sini sebentar tadi.
Azmi Hassan yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sains dan Pegawai Pembangunan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) di sini didakwa menerima sekeping cek Malayan Banking Bhd. (Maybank) bernombor 025330 daripada Sulaiman Adom, 42.
Lelaki tersebut mendapat kontrak untuk melakukan kerja naik taraf sistem kumbahan di flat pekerja bernilai RM198,927 dan kerja ubah suai flat pekerja kepada kediaman di kampus berkenaan yang bernilai RM198,999.
Setelah cek itu ditunaikan, Azmi telah menggunakan wang itu untuk bayaran deposit pembelian kereta jenis Toyota Mark-X.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No. 02-04, Larkin Indah, di sini pada pukul 11 pagi, 24 Ogos 2009 - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2cZnkyuVF
Hakcipta terpelihara
Ops Cantas: 16 ditahan di Pulau Pinang
21/08/2013 10:59am
GEORGE TOWN - Seramai 16 orang telah ditahan polis Pulau Pinang kerana disyaki terbabit dengan pelbagai jenayah sejak Ops Cantas Khas Sabtu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata,
kesemuanya telah ditahan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah.
"Penahanan ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan sebelum melakukan pendakwaan di mahkamah," ujarnya.
Jelasnya, polis juga akan menahan suspek yang dikehendaki termasuk individu yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat sebagai tindakan pencegahan. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2cZnsz83r
Hakcipta terpelihara
Agenda perpaduan mesti diutamakan dan diteruskan, kata Mohamad
21/08/2013 10:41am
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak masyarakat mengutamakan dan meneruskan agenda perpaduan di negara ini demi memastikan kelangsungan keamanan dan kemajuan yang dikecapi.
Katanya sebagai generasi yang mengisi era kemerdekaan, masyarakat sekarang tidak boleh memandang ringan isu perpaduan kerana aspek itu adalah rahsia kepada
segala nikmat yang dinikmati hari ini.
"Mari kita berganding bahu kerana hanya perpaduan dan juga penyatuan sahajalah yang akan dapat menjamin kita membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum," katanya ketika melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang
peringkat negeri, di sini malam tadi.
Katanya keamanan yang dinikmati sekarang hadir menerusi pengorbanan besar pejuang bangsa termasuk pasukan keselamatan.
"...oleh itu marilah kita bersama-sama berterima kasih kepada pejuang yang telah berjaya memerdekakan negara ini. Ini kerana dengan pengorbanan mereka sahajalah kita dapat merasai erti nikmat kemerdekaan dan sebagai sebuah rakyat yang merdeka daripada cengkaman penjajah. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2cZo8c6Qb
Hakcipta terpelihara
Rakyat takut kes jenayah meningkat
| |
JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan, polis komited memelihara keamanan melalui penubuhan dua skuad khas di Bukit Aman bagi memerangi jenayah termasuk kegiatan pengedaran dadah.
Kedua-dua skuad khas itu, katanya, akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasaran tanpa melalui saluran birokrasi biasa kepolisan.
Mengenai kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Ahmad Zahid berkata, mereka ada asas untuk berasa sedemikian.
"Mereka mempunyai asas untuk berasa bimbang kerana kejadian tembak dan pembunuhan berlaku hampir setiap minggu.
"Saya mempunyai bukti peningkatan dari segi statistik jenayah indeks terutamanya di kawasan-kawasan 'red spots'," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Khas Mengenai Pergerakan Manusia Secara Tidak Sah di sini semalam.
Beliau berkata, pelaksanaan Ops Cantas Khas sejak Ahad lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bukti komitmen berterusan pasukan itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dihapuskan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cZsktRvl
Hakcipta terpelihara
Rakyat takut kes jenayah meningkat
| |
JAKARTA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan, polis komited memelihara keamanan melalui penubuhan dua skuad khas di Bukit Aman bagi memerangi jenayah termasuk kegiatan pengedaran dadah.
Kedua-dua skuad khas itu, katanya, akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasaran tanpa melalui saluran birokrasi biasa kepolisan.
Mengenai kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Ahmad Zahid berkata, mereka ada asas untuk berasa sedemikian.
"Mereka mempunyai asas untuk berasa bimbang kerana kejadian tembak dan pembunuhan berlaku hampir setiap minggu.
"Saya mempunyai bukti peningkatan dari segi statistik jenayah indeks terutamanya di kawasan-kawasan 'red spots'," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Khas Mengenai Pergerakan Manusia Secara Tidak Sah di sini semalam.
Beliau berkata, pelaksanaan Ops Cantas Khas sejak Ahad lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bukti komitmen berterusan pasukan itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat selepas Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dihapuskan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cZsktRvl
Hakcipta terpelihara
Dituduh curi barang kemas ibu
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
| |
Terdahulu, Khairul Ihsan Mohamed Razman, 34, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut disyaratkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad supaya dijamin oleh salah seorang penjaga sama ada ibu atau bapanya sahaja.
Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah semalam.
Khairul Ihsan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mencuri sebuah beg biru gelap mengandungi pelbagai barangan kemas bernilai RM45,000 di rumahnya di Kampung Wakaf Stan pada pukul 1.30 petang, 8 Ogos lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2cZt7kYDt
Hakcipta terpelihara
1,000 pengikut Syiah di Johor
NUSAJAYA - Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Bahru dan Kluang.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.
"Di Johor Bahru, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini semalam.
Abd. Mutalip berkata, markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2cZtLNLn7
Hakcipta terpelihara
Masjid Cina Ipoh catat sejarah
Oleh ZULHAFIZAH AHMAD ZAKI
| |
KETIKA umat Islam masih meraikan sambutan Aidilfitri, Masjid Muhammadiah turut melakar satu peristiwa bersejarah.
Ini dapat dilihat apabila bukan sahaja masyarakat Islam setempat malahan masyarakat Cina yang beragama Islam dari seluruh negara berkunjung ke sini.
Masjid Muhammadiah yang terletak di Taman Tasek Jaya,
Masjid yang mengambil nama sempena masjid lamanya, berasal daripada Madrasah Muhammadiah yang didirikan oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd. Kassim bersama tujuh rakannya pada tahun 1973.
Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Ipoh, Hafiz Ng Abdullah dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, masjid itu kini diurus tadbir oleh gabungan dua buah jawatankuasa iaitu jawatankuasa Masjid Muhammadiah yang lama dan Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh.
Konsep pembinaan masjid ini mengambil sepenuhnya idea seni bina tradisional dan budaya Cina. Ia kemudian diterjemahkan di keseluruhan bangunan termasuk bumbung, pagar, dinding serta dewan solat menerusi prinsip simetri.
Binaan lantai yang lebih tinggi daripada paras tanah, tiang-tiang besar berwarna merah dan sebuah menara berbumbung yang dihiasi motif hiasan Cina berwarna hijau, menambah keunikan masjid ini.
Pintu masuk utama yang berwarna merah dihiasi tulisan Cina di bahagian kanan dan kiri manakala perkataan Masjid Muhammadiah dalam tulisan rumi di bahagian atas seolah-olah mencerminkan perjalanan sejarahnya yang tersendiri.
RUANG solat utama boleh menampung jemaah seramai 800 orang.
Perbezaan
"Bagaimanapun jika diteliti, sebenarnya kita telah ubah seni hiasan bumbung kerana di
Beliau berkata, warna cat yang dipilih bagi menghiasi keseluruhan bangunan masjid juga adalah berdasarkan warna utama dalam budaya masyarakat Cina iaitu merah, hijau dan putih.
Ruang solat terbuka masjid berkenaan dihias dengan taman-taman kecil yang dipisahkan oleh laluan ke dewan solat dan ruang aktiviti di bahagian dalam masjid.
Ketika ditanya mengenai perbezaan Masjid Muhammadiah dengan masjid Cina yang ada di negeri lain, Hafiz Ng berkata, perbezaan itu dapat dilihat dengan jelas seperti masjid di Rantau Panjang, Kelantan, yang seni binanya sedikit bercampur dengan budaya masyarakat Thailand.
Hafiz Ng, yang juga timbalan pengerusi masjid berkenaan berkata, ruang aktiviti dengan konsep terbuka masjid itu membolehkan umat Islam mengadakan majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya yang menepati syariat Islam.
Masjid Muhammadiah yang menempatkan dewan solat dan ruang aktiviti itu adalah fasa pertama daripada keseluruhan kompleks dengan keluasan 0.4 hektar yang turut terdiri pusat dakwah serta rumah perlindungan.
"Rumah perlindungan itu bertujuan memberi tempat tinggal sementara terutama kepada saudara baru yang mungkin disisih oleh keluarga," katanya.
Selain itu, dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 ahli jemaah manakala ruang solat bawah mampu memuatkan 800 orang.
Pendakwah aktif itu berkata, kos bagi fasa pertama iaitu pembinaan bangunan masjid bernilai RM4 juta manakala fasa kedua merangkumi pembinaan pusat dakwah serta rumah perlindungan memerlukan kos sebanyak RM2.8 juta.
Pada 8 Oktober 2009, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), berkenan menyampaikan geran pelancaran bernilai RM2 juta bagi tujuan membina masjid berkenaan di samping memberi perkenan terhadap pelan dan seni rekanya.
Kutipan derma
TIANG bulat berwarna merah sangat sinonim dengan seni bina di negara
"Bagi tujuan pembinaan fasa kedua, kutipan derma dan sumbangan oleh mana-mana pihak masih berjalan. Alhamdulillah, semasa kutipan untuk pembinaan masjid semua pihak memberi sokongan yang kuat untuk merealisasinya, begitu juga bagi fasa kedua," katanya.
Beliau turut menjelaskan, cadangan pembinaan Masjid Muhammadiah ini dibincangkan oleh kedua-dua jawatankuasa pada November 2008 dan dimulakan pembinaannya pada Disember 2011.
"InsyaAllah fasa pertama ini akan sempurna dalam tempoh sebulan lagi. Sekarang kita sedang melaksanakan kerja-kerja bagi perincian terakhir," katanya.
Beliau berkata, tujuan pembinaan masjid baharu ini adalah bagi menampung kapasiti umat Islam yang semakin bertambah di kawasan sekitar khususnya bagi keperluan solat Jumaat.
"Ia juga bagi menghimpunkan saudara seagama daripada masyarakat Cina yang segan dan malu untuk pergi ke masjid biasa. Masjid Muhammadiah ini juga membuka peluang kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan maklumat mengenai Islam," katanya.
Hafiz Ng berkata, sesiapa sahaja boleh datang ke masjid ini untuk merujuk atau bertanya mengenai agama Islam tanpa sebarang halangan dan ia adalah satu tarikan kepada orang bukan Islam untuk lebih mengenali Islam.
"Kita juga mahu menjadikan masjid ini sebagai satu tarikan pelancongan di Perak. Ramai saudara baru Islam dan bukan Islam dari Pulau Pinang, Melaka dan
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2cZoRMd9V
Hakcipta terpelihara
Seni jujur kanak-kanak
KIRI: Nadia merakam foto sekeping lukisan yang menarik perhatiannya.
KARYA-KARYA yang digantung pada dinding di ruang pameran Annexe Gallery,
Sejujur usia para pelukis aneka lukisan tersebut iaitu antara tiga hingga 16 tahun, tema yang dibawa
Terdapat lebih 20 keping lukisan yang rata-rata berkaitan alam tabii seperti gunung-ganang, pokok-pokok, bunga-bungaan segar dan sungai yang mengalir.
Isu berkaitan alam sekitar seperti pencemaran dan kemungkinan jika dunia ini tidak dijaga turut dipaparkan oleh mereka menggunakan garisan-garisan berus lukisan dan warna yang terbit daripada rasa hati para pelukis.
Kanak-kanak yang terlibat kebanyakan dari Malaysia, tetapi hasil karya kanak-kanak dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, China, Singapura, Hong Kong dan Australia turut dipamerkan.
Pameran yang dianjurkan oleh Esse Organic Skincare itu merupakan satu kempen memberi semula kepada mereka yang memerlukan.
Setiap hasil lukisan kanak-kanak mangsa itu yang berharga antara RM800 hingga RM1,000 disalurkan terus kepada Shelter Home for Children di Malaysia.
Shelter Home for Children merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan sejak tahun 1981 bagi membantu kanak-kanak penderaan, terbiar, terabai atau berisiko.
Pihak itu menyediakan penjagaan dan pendidikan kepada golongan tersebut selain meningkatkan kesedaran awam berkenaan penderaan serta perlindungan kanak-kanak.
Terdapat sekeping lukisan yang menggunakan warna akrilik di atas kanvas bertajuk, Little Red Riding Hood and the Wolf on a Happy Outings.
Catan itu dilukis oleh seorang kanak-kanak berusia
Umum mengetahui bahawa watak Red Riding Hood bermusuhan dengan karakter musang kerana kejahatan haiwan itu.
Namun, pelukis memberikan pandangan bahawa kedua-dua karakter tersebut bersahabat baik, malah bersiar-siar bersama pada waktu petang.
LUKISAN bertajuk Little Red Riding Hood and the Wolf on Happy Outings ini dihasilkan oleh Hang.
Menjaga kelestarian bumi
Begitulah yang mahu ditonjolkan dan seharusnya dilakukan oleh setiap individu iaitu menjaga serta menyayangi flora serta fauna demi kelestarian bumi.
Jika diperhatikan pada penggunaan warna dan lengkok berus, setiap warna serta campuran digunakan sesuai untuk karakter dalam karya masing-masing.
Lengkok berus juga sangat praktikal serta berfungsi. Boleh dikatakan ia merupakan lukisan yang terperinci kerana pemerhati dapat melihat corak kain, sisiran rambut, lentikan bulu mata dan skaf.
Warna latar belakang pula berwarna biru cerah dengan gumpalan awan menandakan cuaca yang baik, manakala rimbunan semak berwarna hijau pelbagai tona menunjukkan kawasan hutan masih tebal di dalam lukisan itu.
"Pameran ini memberikan persepsi berbeza dengan mengajar mereka cara untuk menghargai alam sekitar," kata tetamu istimewa pada petang itu, Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/2011, Nadia Patullo Heng.
Tema alam sekitar amat bertepatan dengan Esse yang sentiasa mempromosi alam sekitar yang mapan selain mengamalkan cara perdagangan yang adil dan beretika.
Menurut pengasasnya, Trevor Steyn, bahan-bahan asas pembuatan produk Esse berasal dari pedalaman Afrika yang hasilnya dikutip oleh penduduk asli tempatan.
Setiap kampung mempunyai kutipan hasil tumbuh-tumbuhan tersendiri yang didapati daripada pokok berusia beratus-ratus tahun seperti boabab, mamala dan rooibos.
Semua bahan dikumpulkan di kilang Esse untuk diproses menjadi produk. Di negara-negara lain, kempen memberi semula kepada komuniti agak berlainan seperti di sini. - ADLAN JAAFAR
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz2cZr1I2kM
Hakcipta terpelihara
Jus durian Aroma King tarikan Melaka
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
| |
MELAKA cukup sinonim dengan asam pedas, gula Melaka, cencalok dan pelbagai menu yang menjadi identiti negeri bersejarah ini.
Begitu juga dengan minuman coconut shake yang menjadi kegemaran orang ramai yang melalui jalan dari Pantai Klebang hingga ke Pantai Puteri.
Selepas sambutan hangat yang diberikan terhadap produk tersebut, orang ramai termasuk pelancong bakal menikmati satu lagi menu istimewa iaitu jus durian asli selaku daya tarikan terbaharu negeri itu.
Diberi nama Aroma King, jus tersebut merupakan minuman berperisa durian asli yang dijual oleh pengusaha dari Bukit Rambai, Norfaisal Omar.
Dia menjalankan perniagaan itu bersama isteri, Noraini Abd. Wahab, 39, dan seorang rakan, Norfadilah Mohamad, 34.
"Saya tertarik untuk mengetengahkan minuman itu sebagai satu kelainan. Produk ini masih di peringkat promosi dan kami merancang untuk membuka sebuah gerai jualan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jus Durian Aroma King di Dataran 1Malaysia Klebang baru-baru ini.
Menurut Norfaisal, 42, jus durian yang menggunakan buah segar itu mempunyai rasa manis asli tanpa campuran gula.
Durian terbaik
Katanya, pati jus itu pula bukan sekadar jus yang boleh diminum begitu sahaja malah mampu dipelbagaikan seperti ais kisar dan perisa kek, roti dan kuih.
Dia yang enggan mendedahkan resipi jus tersebut menjelaskan, minuman itu dapat bertahan sehingga enam bulan jika dibekukan.
Dengan tempoh yang panjang itu, jus tersebut boleh dinikmati sepanjang tahun.
"Pati jus dihasilkan menggunakan buah durian terbaik," katanya.
Noraini pula berkata, sebanyak 10 biji durian akan menghasilkan sebungkus beg plastik pati jus seberat 6.5 kilogram.
NORFADILAH (kanan) melayan orang ramai menikmati jus durian Aroma King.
Menurutnya, pati durian yang telah diinovasikan mampu bertahan antara enam bulan ke setahun.
Ujarnya, jus durian Aroma King merupakan yang pertama di negeri itu.
"Dengan modal serendah RM2,000, saya yakin sesiapa juga mampu menjalankan bisnes ini tetapi perlu mengambil pati durian daripada kami," katanya.
Noraini berkata, dia dan suaminya akan mengkaji pasaran jus terlebih dahulu selain mahu membuat kajian untuk menghasilkan durian shake .
Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohd. Diah berkata, jus durian berkenaan berjaya dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga bulan dengan kerjasama kementerian terbabit.
Kata beliau, pada masa yang sama pihaknya kini masih mengkaji kesesuaian buah tempatan itu dijadikan minuman shake yang boleh dijual pada harga yang lebih murah berbanding jus durian.
Menurut Ahli Parlimen Tangga Batu itu, produk yang telah diinovasikan itu tidak memberi kesan sampingan kepada tubuh.
"Produk ini sebenarnya telah dikaji selama tiga bulan sebelum diperkenalkan dan saya yakin ia mampu menjadi minuman yang popular sama ada kepada penduduk mahupun pelancong di Melaka," katanya yang turut hadir pada pelancaran jus durian Aroma King itu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2cZrkGc4G
Hakcipta terpelihara
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.











No comments:
Post a Comment