Wednesday, August 21, 2013

RG2011... Kosmo Harian di TH 220813

 



37 maut terhumban dalam gaung

Oleh KHAIRIYAH HANAFI, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, NOR IDAYU BOSRO, ZULHILMI JALIL dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kemalangan di Genting Highlands semalam.


 

GENTING HIGHLANDS - Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 yang lain cedera parah apabila sebuah bas henti-henti terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands di sini semalam.

Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ceaCKBmh
Hakcipta terpelihara

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas henti-henti yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands dekat sini semalam.

Perdana Menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi penyelamat terlibat.

Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam tadi.

Sehingga pukul 9 malam, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2ceaKY0XA
Hakcipta terpelihara

Nahas bas terburuk dalam sejarah

DUA kren digunakan untuk menyelamatkan mangsa nahas di Jalan Genting Highlands semalam.



KUALA LUMPUR - Nahas bas henti-henti yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer (KM) 3.5 Genting Highlands semalam adalah yang paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dan dalam sejarah negara.

Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku pukul 2.24 petang itu.

Bas dipercayai membawa seorang pemandu dan 52 penumpang itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling di ibu negara.



Kemalangan buruk lain di kawasan itu ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara asing seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2ceaxDQzq
Hakcipta terpelihara

Pelajar Malaysia dibawa pulang

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menempah lebih 200 tiket penerbangan melalui tiga buah pesawat komersial iaitu Emirates, Etihad dan Singapore Airlines bagi membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia yang berada di Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah meminta MKN meningkatkan sebanyak mungkin jumlah tempahan tiket pada setiap hari supaya kesemua pelajar yang ingin pulang ke Malaysia dapat berbuat demikian.

"Hari ini (semalam) saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab bahawa seramai 35 pelajar telah dibawa keluar dari Mesir melalui penerbangan komersial Etihad pada pukul 5 petang (11 malam tadi waktu Malaysia)," katanya selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2cebE8oAR
Hakcipta terpelihara

Tangguh senarai nama dalam CCRIS

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menangguhkan cadangan menyenaraikan 420,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ujarnya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan tindakan selanjutnya akan ditentukan selepas menerima pandangan pelbagai pihak.

"Kementerian perlu mencari punca kenapa para peminjam gagal membayar pinjaman kerana kerajaan bukannya hendak memufliskan para peminjam yang bermasalah. Kementerian sentiasa fleksibel dan terbuka dalam menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang akhbar semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2cebN9mHc
Hakcipta terpelihara

Bunuh isteri curang

Oleh ROSMAWATI SALIHIN
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis melihat mayat Suria yang mati disyaki ditikam suami sendiri di Ganang, Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam.



KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.

Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.

Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.

Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2cebifQkO
Hakcipta terpelihara

Padah enggan bayar saman

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen memandu 1.7 juta pengguna jalan raya di seluruh negara selepas mereka didapati enggan melunaskan saman walaupun nama masing-masing sudah disenaraihitamkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ekoran sikap pemandu yang enggan melunaskan saman atas kesalahan trafik yang dilakukan.

Katanya, tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersial yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Ops Selamat 3 sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang degil untuk membayar saman tertunggak. Jangan salahkan kami jika lesen sudah ditarik semula.

"Mereka yang bakal berdepan dengan tindakan itu adalah pemandu yang pernah disaman secara fizikal," katanya yang akan mencadangkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2cebvxVIP
Hakcipta terpelihara

Johor kawal pemilikan hartanah

NUSAJAYA - Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor semalam diberitahu, hanya 9,826 warga Singapura diberi kelulusan memiliki hartanah berbentuk kediaman dan rumah kedai di Johor bagi tempoh 10 tahun sehingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, jumlah pemilikan hartanah oleh warganegara asing di negeri itu sentiasa dikawal mengikut peruntukan Bahagian 33 (A) Kanun Tanah Negara 1965.

"Melalui peruntukan Seksyen 433B undang-undang tersebut, warganegara asing hanya boleh memiliki hartanah selepas permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan negeri," katanya ketika menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) pada sesi soal jawab lisan di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm#ixzz2cec7YVJb
Hakcipta terpelihara

Lebih 60,000 banjiri Stadium Negara saksikan konsert Metallica

21/08/2013 11:02pm

 

KUALA LUMPUR - Kunjungan kumpulan legenda Metallica untuk mengadakan konsert buat julung-julung kalinya di Malaysia disambut lebih 60,000 peminat setia mereka di Stadium Negara di sini malam tadi.

Metallica yang cukup terkenal dengan lagu Nothing Else Matters kini dalam rangka konsert jelajah Asia singgah di Malaysia sebelum ke Singapura pada 24 Ogos ini. - KOSMO!



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2cecHrbrQ
Hakcipta terpelihara

KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir

21/08/2013 8:05pm

 

PUTRAJAYA - Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menubuhkan pasukan penyelamat untuk menyediakan kemudahan logistik bagi membantu proses pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak.

Pengerusi KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KULN yang mempunyai cawangan di lima bandar utama di Mesir iaitu Tanta, Damanhur, Mansurah, Kaherah dan Iskandariah akan menyediakan pengangkutan untuk

membawa pelajar dari kediaman ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke tanah air.

"Selain kemudahan logistik, rescue team juga akan menyediakan keperluan-keperluan lain untuk memastikan proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz2cecTkk2J
Hakcipta terpelihara

Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh

21/08/2013 8:03pm

 

JOHOR BAHRU - Seorang pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kawasan taman perumahan di Permas Jaya, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata mangsa yang dikenali sebagai, Abdurrahim, 35, ditemui mati di dalam parit dengan beberapa kesan tikaman di badan.

Abdul Samad berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang semalam.

"Motif kejadian masih disiasat dan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 hingga 12.30 tengah hari semalam.

"Abdurrahim yang berasal dari Tanjung Luar, Indonesia, mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dia juga mempunyai permit kerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2ceciDPlD
Hakcipta terpelihara

Penyenaraian hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS ditangguhkan

21/08/2013 6:53pm

 

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menangguhkan cadangan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dalam

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan tindakan selanjutnya atau tindakan lain akan ditentukan selepas menerima pandangan semua pihak kelak.

"Kementerian perlu mencari punca kenapa para peminjam gagal membayar

pinjaman kerana kerajaan bukannya hendak memufliskan para peminjam yang bermasalah kerana kementerian sentiasa fleksibel dan terbuka dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah

terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan di sini hari ini. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2cedc6q5w
Hakcipta terpelihara

Polis Johor tumpaskan geng curi kenderaan

21/08/2013 6:50pm

 

JOHOR BAHRU - Polis negeri ini berjaya menumpaskan geng curi kenderaan yang aktif di bandaraya ini selepas tertangkapnya dua lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sinaran Baru, Kempas, Skudai Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pukul 12.15 tengahari itu, pihak polis telah menahan dua lelaki berusia 25 dan 26 yang mana salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau melakukan jenayah samun kenderaan sebelum ini.

"Kita juga merampas empat buah kereta jenis Toyota Hilux, sebuah kereta jenis Proton Perdana dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai disamun.

"Dengan penahanan kedua-dua suspek itu, pihak polis berjaya menyelesaikan lima kes curi kenderaan di kawasan pentadbiran Seri Alam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak tujuh tahun serta boleh dikenakan denda. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2ceeQaqL2
Hakcipta terpelihara

Isteri maut kejar peragut

21/08/2013 6:07pm

 

KLANG - Cubaan seorang lelaki yang bertindak nekad mengejar penjenayah yang meragut rantai lehernya berakhir dengan tragedi apabila isterinya yang membonceng motosikal bersamanya maut selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Meru di sini semalam.

Dalam kejadian malang kira-kira pukul 11 malam itu, isterinya, M. Veny berusia 42 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan kepala manakala mangsa, M. Pannirselvam berusia 47 tahun hanya mengalami retak tulang kaki kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berlaku apabila pasangan suami isteri tersebut yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Klang Utama dari Pekan Klang. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2cefNm9Ku
Hakcipta terpelihara

Air Pahang disalur menerusi 5,000 kilometer paip uzur

21/08/2013 6:03pm

 

KUANTAN - Bekalan air terawat di Pahang disalurkan melalui 5,000 kilometer paip air yang uzur dan tamat tempoh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Mohd. Zahari Md Isa.

Beliau berkata, kebanyakan paip berkenaan telah mencapai tempoh penggunaan lebih 30 tahun.

"Paip uzur tersebut adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kehilangan air tidak berhasil di Pahang sehingga mencecah 52 peratus,," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAIP di sini hari ini.

Katanya, Pahang mempunyai 12,000 paip dengan kebanyakan keadaanya sudah uzur dan banyak mengalami kebocoran.

"Namun PAIP telah menukar 7,000 kilometer saluran paip yang uzur berkenaan manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada peruntukan," katanya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2cefyV5co
Hakcipta terpelihara

Cegah perbuatan pengunjung khurafat, sembilan kubur palsu di Pulau Besar dihapus.

21/08/2013 5:02pm

 

MELAKA - Usaha mencegah perbuatan khurafat di Pulau Besar sentiasa diperhebat apabila dalam operasi terbaru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak 'mem bersihkan' sembilan kubur palsu di sebuah kawasan tapak perkhemahan di pulau itu di sini semalam.

Dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Syariah ber mula kira-kira pukul 9 pagi itu, batu nisan yang ditemui pada satu daripada kubur terbabit turut dirampas untuk tindakan lanjut namun tiada sebarang penahanan dibuat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, operasi itu dilakukan selepas pihaknya memperoleh maklumat mengenai kewujudan sembilan kubur palsu berkenaan daripada pengunjung pulau yang mencurigai kewujudannya pada minggu lalu.

"Kita percaya aktiviti pemujaan berunsur khurafat dan menjurus kepada syirik itu sudah dilakukan individu tertentu di kubur terbabit sejak awal Aidilfitri lalu.

"Bertindak atas maklumat itu, JAIM kemudian telah menjalankan siasatan dan pemantauan berterusan di lokasi berkenaan sebelum menjalankan operasi menghapuskan semua kubur terbabit semalam," katanya ketika ditemui di pejabatnya di JAIM di sini hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2cegLYkms
Hakcipta terpelihara

Jangan terpedaya sindiket jual nombor ramalan palsu

21/08/2013 4:35pm

 

ALOR GAJAH - Orang ramai terutamanya golongan wanita dinasihatkan agar tidak terpedaya jika didatangi individu yang menawarkan nombor ramalan yang me menangi hadiah wang lumayan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pada tahun ini sahaja, sejumlah lima kes dilaporkan berlaku di daerah ini yang menjadikan wanita berusia 40 tahun ke atas sebagai sasaran mereka.

"Mangsa yang kebanyakannya baru keluar dari bank akan didatangi oleh seorang wanita warga Indonesia dalam keadaan menangis dan memberitahu memerlukan wang untuk pembedahan ahli keluarga terdekatnya.

"Wanita ini kemudian memberitahu telah memenangi wang dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah puluhan ribu ringgit setelah nombor ramalan yang dibelinya menang.

"Dia bagaimanapun memberitahu tidak dapat menunaikan hadiah tersebut kerana tidak mempunyai kad pengenalan dan ingin menjual nombor ramalan tersebut bagi membiayai pembedahan tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2cegbG1G0
Hakcipta terpelihara

Wakil rakyat terima ugutan bunuh

21/08/2013 4:08pm

 

GEORGE TOWN - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima dari DAP, RSN Rayer menerima lima butir peluru yang dihantar pihak tidak dikenali di rumahnya dekat Island Park Green Lane di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, anak saudara wakil rakyat terbabit menjumpai sebungkus plastik lutsinar di hadapan rumah sebelum menyerahkan kepada datuknya.

Bagaimanapun keadaan menjadi cemas seketika sebaik J.Rajaji, 77, melihat peluru di dalam bungkusan yang dibawa cucunya itu.

Menurut Rajaji, beliau terus memanggil anaknya, Rayes yang sedang tidur ketika itu.

"Selalunya anak perempuan saya akan hantar cucu ke sini. Tetapi sebaik cucu saya masuk ke rumah dia bawa sekali bungkusan plastik yang ditemui di hadapan rumah.

"Saya ambil bungkusan itu tengok ianya berisi peluru. Saya tak mahu sentuh bimbang terkena jari sehingga polis tiba, "katanya.

Rayes yang juga seorang peguam turut menerima satu sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan bunuh yang dikirim melalui telefon bimbitnya. - KOSMO!



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2cegrslLB
Hakcipta terpelihara

Guru rugi RM3,500 akibat terpedaya dengan tawaran hadiah

21/08/2013 3:11pm

 

TAWAU - Seorang guru wanita di sini kerugian RM3,500

apabila terpedaya dengan tawaran hadiah yang kononnya ditawarkan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, guru tersebut mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menggunakan nombor persendirian yang memaklumkan bahawa beliau memenangi hadiah peraduan anjuran 'Celcom' bernilai RM5,000.

Tetapi mangsa diminta memasukan wang sebanyak RM3,000 ke dalam akaun suspek sebagai syarat untuk menuntut hadiah itu dan pada masa yang sama suspek turut meminta mangsa memasukan kad prabayar Hotlink Maxis bernilai RM500 yang dipatuhinya.

Awang Besar berkata, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan memintanya memasukan kad prabayar Maxis namun guru berkenaan enggan berbuat demikian sebaliknya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu selepas merasa dirinya tertipu. - Bernama



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2ceh5EsZy
Hakcipta terpelihara

Pensyarah UTM raih Anugerah Inovasi dan Perkomersilan Produk 2012

21/08/2013 2:49pm

 

JOHOR BAHRU - Pensyarah yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Membran

Termaju (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ahmad Fauzi

Ismail mengharumkan nama universiti itu apabila menggondol Anugerah

Inovasi dan Pengkomersialan Produk (2012) yang merupakan anugerah

tertinggi dalam bidang akademik.

Dengan kemenangan itu, Ahmad Fauzi yang menghasilkan penyelidikan bertajuk Sistem Teknologi Pemisah Membran atau Membrane Technology for Separation Process (MTSP) meraih wang tunai RM50,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam Majlis Anugerah Akademik Negara 2012 yang diadakan di Putrajaya malam tadi.

Sebelum ini, penyelidikan yang sama berjaya memenangi Seoul International Invention Fair (2011), Anugerah Inovasi Negara (2011), International Invention of the Year for Potential for Commercialization, British Invention Show (2012) dan terbaru, Anugerah Harta Intelek Negara (2013).

Menghuraikan lebih lanjut tentang inovasinya, Ahmad Fauzi berkata, MTSP yang menggunakan bahan berasaskan polimer dan bahan komposit antara lain boleh digunakan secara efektif untuk rawatan air dan air sisa, pembuangan gas karbon dioksida dan penapisan asid lemak bebas daripada minyak kelapa sawit.

MTSP juga telah menghasilkan membran berprestasi tinggi yang boleh digunakan dalam pelbagai industri seperti bioteknologi, petrokimia, farmaseutikal serta industri yang berkaitan dengan makanan dan minuman serta alam sekitar.

Ahmad Fauzi berkata, hasil reka ciptanya juga sesuai untuk kegunaan domestik seperti melakukan proses penulenan air minuman, penghasilan air minuman daripada air laut dan rawatan air serta air sisa, pembuangan gas berasid seperti gas karbon dioksida termasuk penapisan minyak kelapa sawit dalam industri tempatan. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2cehJ6kxF
Hakcipta terpelihara

Gambir Sarawak antara tarikan Festival Makanan dan Kebudayaan

21/08/2013 1:20pm

 

KUCHING - Gambir Sarawak yang terkenal dengan khasiat seksnya merupakan antara produk eksotik yang akan dipamer dan dijual semasa Festival Makanan dan Kebudayaan pada 6 hingga 8 September depan.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, selain itu, pelbagai jenis makanan signatur negeri ini juga turut dipamer untuk menarik kehadiran pengunjung.

"Kita yakin 300, 000 pengunjung akan datang membanjiri perkarangan Tebingan Sungai Sarawak bagi mencuba makanan kegemaran masing-masing, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2cehUjVsO
Hakcipta terpelihara

Jangan cuba menyokong ahli kongsi gelap

21/08/2013 12:29pm

 

GEORGE TOWN - Polis memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak mempertikaikan tindakan pasukan itu dalam membanteras kegiatan jenayah berat di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pihak cuba mengapi-apikan tindakan polis menembak mati lima ahli kongsi gelap geng 04 di sebuah pangsapuri mewah di Jalan Pantai Jerejak dekat sini, Isnin lalu.

Rahim memberitahu, pihaknya telah mengenalpasti beberapa identiti yang bertindak mencabar pihak polis dengan mempamerkan kain rentang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengebumian lima suspek terbabit kelmarin.

"Kita memperolehi maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video semasa perarakan pengebumian itu.

"Selain itu, kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengetuai Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini awal pagi tadi. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2cehkWpqb
Hakcipta terpelihara

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi memegang sepanduk pemimpin berkenaan semasa satu tunjuk perasaan di Maadi, Kaherah pada Isnin lalu.- AP


 

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ikhwanul Muslimin.

Terbaharu, pihak berkuasa menahan dua lagi pemimpin pergerakan berkenaan, Saf- wat Hegazy dan Mourad Ali semasa mereka cuba melarikan diri ke Libya dan Itali.

Safwat merupakan seorang ulama konservatif manakala Mourad pula bertindak sebagai jurucakap sebuah parti politik naungan Ikhwanul Muslimin.

Mereka ditahan atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mencetuskan kegana- san.

Penahanan tersebut merupakan tindakan keras terbaharu pemerintah Mesir yang disokong tentera terhadap Ikhwanul Musli- min.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Abdel-Fattah Othman berkata, Saf- wat ditangkap pagi semalam di bandar Mersa Matruh di sempadan Libya dan dibawa ke sini untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, seorang pegawai kese- lamatan lain memberitahu, Mourad pula ditahan di lapangan terbang Kaherah semasa dia cuba menaiki sebuah pesawat ke Itali.

Penahanan Safwat dan Mourad dibuat sehari selepas polis menangkap pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie.

Ratusan lagi pemimpin Ikhwanul Musli- min ditahan sejak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Berikutan penangkapan Mohammed, Ikhwanul Muslimin menamakan timbalan ketuanya, Mahmoud Ezzat sebagai pemimpin sementara pergerakan itu.

Mohammed, Safwat dan Mourad dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Ahad ini atas tuduhan menghasut keganasan di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan seawal hari ini susulan keputusan mahkamah yang dilihat akan menyebabkan krisis politik di negara berkenaan menjadi bertambah buruk.

Keputusan mahkamah Mesir itu dibuat tujuh minggu selepas pihak tentera menggulingkan Morsi.

Bersidang semalam di sebuah penjara tempat Mubarak ditahan di sini, mahkamah itu mengarahkan pembebasan diktator berkenaan yang memerintah Mesir selama 30 tahun.

Mubarak digulingkan semasa kebangkitan rakyat Mesir yang turut melanda dunia Arab pada 2011.

Pembebasan pemimpin 'kuku besi' itu dijangka mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Kerajaan sedar jika Mubarak dibebaskan, orang ramai akan marah tetapi kita perlu menghormati keputusan mahkamah," kata seorang pemimpin kerajaan, Mohamed Abolghar.

Mubarak, 85, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah mene- rima rayuan mengadakan perbicaraan semula kes berkenaan pada awal tahun ini.

Angka korban akibat pergolakan politik di Mesir sejak beberapa hari lalu kini menghampiri 1,000 orang. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ceifLS2H
Hakcipta terpelihara

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j

BARISAN bot nelayan berlabuh di sebuah pelabuhan menjelang ketibaan Ribut Tropika Trami di bandar Nanfangao di daerah Ilan, Taiwan semalam.- REUTERS



TAIPEI - Sejumlah pejabat dan sekolah ditutup manakala banyak penerbangan dibatalkan semalam apabila Ribut Tropika Trami melanda Taiwan.

Biro Kaji Cuaca menggesa orang awam agar berwaspada ketika ribut itu berada pada jarak 100 kilometer (km) di pesisir pantai timur laut bandar raya ini pada pukul 5.30 petang semalam (waktu tempatan).

Ribut tropika itu membawa angin berkelajuan mencecah 137km sejam (km/j).

Beberapa pegawai di biro berkenaan memberitahu, kesan ribut Trami boleh dirasai hingga pagi ini.

Terdahulu, lebih 200 milimeter hujan turun di beberapa bahagian di utara pulau ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat.

Menurut biro kaji cuaca, jumlah hujan itu dijangka meningkat kepada satu meter dengan ketibaan Trami.

Dalam pada itu, bursa dan pasaran kewangan di pulau ini ditutup, begitu juga pejabat dan sekolah di utara Taiwan yang dijangka berada di laluan ribut berkenaan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut mengarahkan semua penerbangan dan perkhidma- tan feri antara pulau di Taiwan dibatalkan.

Pemerintah pula mengerahkan sekitar 2,000 anggota tentera ke bebe- rapa kawasan yang diramal dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Setakat ini, tanah runtuh ekoran hujan lebat telah menyebabkan jalan raya ke kawasan pedalaman di dae- rah Hsinchu tidak boleh dilalui.

Sebanyak 70 penduduk kampung terperangkap dalam bencana tersebut tetapi pihak berkuasa menyatakan mereka tidak berada dalam bahaya.

Tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di utara bandar raya ini dan tengah Taipei.

Agensi Bomba Kebangsaan melaporkan, hanya seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan akibat Ribut Tropika Trami setakat ini.

Mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal ekoran cuaca buruk di daerah Neihu di sini.

Setakat ini, pihak tentera memindahkan lebih 1,000 penduduk dari sebuah pulau terpencil yang diancam ribut berkenaan serta 200 penduduk di sebuah kawasan pergunu- ngan.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou turut memendekkan lawatan ke Carib- bean dan pulang ke Taiwan ekoran perkembangan yang membimbangkan itu.

Pada Julai lalu, Taufan Soulik membadai Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 100 orang cedera. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ceirHMWn
Hakcipta terpelihara

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz pada 22 Julai lalu.- AP



LA PAZ - Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.

Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.

Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.

Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.

Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.

Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno. - AP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2cej41vMv
Hakcipta terpelihara

Lagi bunga bangkai mekar

ORANG ramai mengabadikan detik Titan Arum atau bunga bangkai mekar kelmarin.- AP



PITTSBURGH - Sosej peram, lampin kotor, sampah, sayuran reput dan daging mereput.

Itu antara perbandingan yang dibuat oleh beratus-ratus pelawat tentang bau bunga bangkai yang mekar malam kelmarin di Balai Cerap dan Taman Botani Phipps di sini dalam negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat.

"Bunga ini juga berbau seperti seekor rusa yang sudah mati selama 10 hari," kata seorang pengunjung lelaki berusia 30 tahun, Vincent Salvino.

Selain bunga bangkai, tumbuhan itu juga dikenali sebagai Titan Arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus titanum.

Bunga gergasi itu hanya mekar sekali selama 48 jam dalam tempoh 10 tahun.

Apabila ia mekar sepenuhnya, spesies tumbuhan yang berasal dari Indonesia itu menarik kehadiran lalat dan pelbagai jenis kumbang untuk membantu proses pendebungaan.

"Kami pernah menghubungi taman botani lain. Bunga ini bukan sahaja dikerumuni lalat, malah ramai pengunjung hadir untuk menyaksikan ia mekar," kata pengarah bahagian pemasaran dan komunikasi taman berkenaan, Liz Fetchin.

Menurutnya, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melihat bunga gergasi setinggi sekitar dua meter itu tetapi tempat adalah terhad.

Sebelum ini, sepasang bunga bangkai mekar setiap satu di Taman Botani Amerika Syarikat di Washington dan Brussels pada 20 Julai serta 7 Julai lalu. - Agensi



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2cejbxj8E
Hakcipta terpelihara

21 maut banjir kilat di China

GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan kawasan penempatan yang ditenggelami air di Shantou, dalam wilayah Guangdong di selatan China semalam.- AFP



BEIJING - Banjir kilat yang melanda sebuah tapak pembinaan di wilayah Qinghai, barat laut China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 pekerja, lapor media negara itu semalam.

Tiga lagi pekerja di lokasi tersebut masih belum ditemui.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pasukan penyela- mat masih mencari mangsa akibat bencana tersebut di bandar Haixi, dalam daerah Wulan kelmarin.

Seramai tujuh orang yang cedera masih dirawat di hospital.

Wilayah pedalaman itu terletak di kawasan pergunungan sekitar 2,500 kilometer dari sini.

Lokasi berkenaan kerap dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian berasingan, banjir besar di selatan dan timur laut China termasuk wilayah Guangdong menyebabkan lebih 200 orang terkorban atau hilang sejak beberapa hari lalu.

Banjir dan tanah runtuh di selatan China kebanyakan berpunca daripada hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Utor pada minggu lalu.

Satu lagi ribut menuju ke arah Taiwan dan dijangka melanda China pada hari ini. - AP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2cekPtDIF
Hakcipta terpelihara

Britain tolak permohonan visa Salman

SALMAN KHAN



MUMBAI - Hasrat hero Bollywood, Salman Khan untuk menyertai penggambaran filem baharunya di kota metropolitan London dilaporkan terbantut.

Menurut portal hiburan Bollywood.com, ia ekoran kerajaan Britain enggan meluluskan permohonan visa pelakon kacak tersebut.

Salman sepatutnya berkunjung ke London untuk penggambaran filem Kick arahan Sajid Nadiadwala.

Laporan berkenaan menyatakan, penolakan tersebut disebabkan oleh pembabitan Salman dalam satu kes langgar lari beberapa tahun lalu.

Namun, laporan sama ditolak oleh bapanya, Salim Khan.

"Visa anak saya ditolak kerana isu teknikal. Salman mempunyai visa pelancong yang masih sah. Namun, beberapa isu timbul ketika kami cuba mendapatkan permit untuk kerjanya," kata Salim.

"Mereka memerlukan dokumen tambahan yang mana kami akan serahkan kepada mereka (pihak berkuasa Britain)," tambahnya.

Salman, 47, dibicarakan di sebuah mahkamah di sini pada 26 Jun lalu atas dakwaan cubaan membunuh selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya 10 tahun lalu.

Dia berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara jika didapati bersalah. - Agensi



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2cekhxecQ
Hakcipta terpelihara

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment