Thursday, August 22, 2013

RG2011... Kosmo Harian di TH 260813 / 16 Syawal 1434H

 



Pemandu ada 15 saman bawa laju

Oleh NUR AISHAH AMIN, NASRUL FAIZ ABU AZAL, FARHANA HANIM MOHD. MYDIN,
LILY YEAN, NOR IDAYU BOSRO dan MOHD. HAFIZI AHMAD.

SEPASUKAN anggota bomba meninjau semula lokasi nahas untuk mencari saki-baki mangsa dan barangan berharga di Genting Highlands semalam.



KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.

Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ckR6ki3P
Hakcipta terpelihara

Merangkak atas timbunan mayat

SARIMAH MOKHTAR menemani anaknya, Saidah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas bas dinaikinya terlibat nahas di Genting Highlands kelmarin.



GOMBAK – Merangkak di atas timbunan mayat dalam keadaan menahan sakit menjadi sebahagian detik hitam yang tidak dapat dilupakan buat seorang penumpang sebuah bas henti-henti yang terselamat dalam nahas hingga mengorbankan 37 jiwa di Genting Highlands kelmarin.

Selepas terselamat dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands itu, Nurul Quraitul Aini Md. Jali, 19, tidak dapat lagi tidur lena apabila sering diganggu oleh bayangan mangsa-mangsa yang terkorban.

Nurul Quraitul menceritakan semua pengalaman itu kepada kakaknya, Nor Ain, (gambar kecil) 21. Gadis terbabit merupakan antara 16 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.

Menurut Nor Ain, adiknya memberitahu, kejadian pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika dia bersama rakannya, Saidah Misbun, 20-an, dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing setelah kontrak mereka bekerja di bankuet Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting tamat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2ckSA6aol
Hakcipta terpelihara

Kapal dredger terbesar dilancar

NAJIB bersama Rosmah melihat kapal dredger Inai Kenanga bergerak ke laut selepas merasmikan dan melancarkan kapal tersebut di Pulau Indah, Pelabuhan Klang semalam.



PELABUHAN KLANG – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran kapal dredger Inai Kenanga, kapal dredger terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, bakal memberi impak besar kepada ekonomi khususnya dalam usaha mentransformasi negara menjadi negara maju.

Perdana Menteri berkata, inisiatif yang boleh dikategorikan sebagai projek berimpak tinggi itu juga selaras dengan pelan transformasi ekonomi negara.

Beliau berkata, sektor maritim khususnya yang melibatkan kerja pembinaan kapal dan penyelenggaraan kapal merupakan satu daripada industri yang diutamakan oleh kerajaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2ckUH6SK4
Hakcipta terpelihara

Kad khas untuk pekerja Bangladesh

AHMAD ZAHID (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Khandaker semasa kunjungan hormatnya di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat-peringkat ke negara ini menjelang awal tahun depan bakal mempunyai kad pengenalan khas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch 'n Go).

"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh, Khandker Mosharraf Hossain di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ckUvi3u0
Hakcipta terpelihara

Rayuan Gereja Katolik ditolak

ANGGOTA Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengadakan perhimpunan aman di hadapan Istana Keadilan di Putrajaya yang mendengar rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah semalam.



PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald perlu diselesaikan.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas mereka sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2ckVxj0yc
Hakcipta terpelihara

Seludup dadah RM3.9j guna bas

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my

ABD. AZIZ (dua kiri) menunjukkan 20 ketulan syabu mampat yang disembunyikan di dalam beg beroda di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Cubaan seorang penganggur untuk menyeludup 20 ketulan syabu mampat bernilai RM3.9 juta yang disembunyikan di dalam bagasi dibawanya gagal apabila ia dikesan anggota kastam ketika pemeriksaan di Terminal Bas Shahab Perdana di sini Selasa lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas pada pukul 10.30 pagi sebaik sahaja dia tiba dari Thailand dengan membawa tiga buah beg yang mana salah satu daripadanya mengandungi syabu seberat 20.497 kilogram.

Difahamkan, ketulan syabu mampat itu dibalut dengan pita pelekat berwarna coklat.

Rampasan tersebut merupakan yang terbesar pada tahun ini oleh pihak kastam.

Pengarah Kastam Negeri Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, dadah itu dianggarkan bernilai RM3,894,430 mengikut harga pasaran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ckXaeFCA
Hakcipta terpelihara

Saksi lelaki ditembak di kepala

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my

SEPANG – Seorang pelajar Malaysia yang baru tiba dari Mesir menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila menyaksikan pergelutan dan kejadian seorang lelaki ditembak di depan matanya.

Azka Rafi'uddin Ramli, 20, memberitahu, kejadian itu berlaku dekat dengan bas yang dinaikinya di sebuah kawasan berhampiran masjid di Zagaziq.

"Saya pergi ke Zagazig untuk menghantar kawan. Pada waktu itu, bas yang saya naiki terkandas dengan kesesakan orang ramai yang sedang mengadakan demonstrasi.

"Tiba-tiba seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditembak di kepala dan terus rebah. Ia berlaku hanya kira-kira beberapa meter di hadapan saya. Saat itu cukup mengerikan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ckXtOmzw
Hakcipta terpelihara

 

GRO 'sardin' berpeluh menyorok dalam bilik rahsia

MELAKA – Cubaan 15 pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga asing bersembunyi di dalam bilik rahsia bagi mengelak daripada diberkas pihak berkuasa gagal apabila tembelang mereka berjaya dihidu sepasukan anggota imigresen yang menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini kelmarin.

Kesemua GRO berusia 17 hingga 20-an itu diberkas pada pukul 9.45 malam bersama dua lelaki tempatan yang turut bersembunyi di dalam bilik berukuran 1.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar selama 30 minit.

Kesemua 12 GRO warga Vietnam dan tiga warga China bersama-sama dua lelaki warga tempatan itu didapati berhimpit-himpit seperti sardin di bilik berkenaan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, semasa serbuan, pintu masuk ke premis berkenaan ditutup setelah pekerja di pusat hiburan itu menghidu kehadiran pihak berkuasa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ckYmRmE8
Hakcipta terpelihara

Budak cedera diserang beruk

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

SPESIES beruk yang menyerang Mohamad Hairul Hafizi.



NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak cedera di bahagian perut dan tangan akibat digigit seekor beruk jantan yang menyerangnya kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Mohamad Hairul Hafizi Mohamad Dahalan, 10, dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Relau ke rumahnya di Kampung Tengah Relau Atas B di sini.

Menurut ibu mangsa, Zuraidah Ghazali, 34, anak kedua dari tiga beradik itu sedang menaiki basikal namun telah diterkam oleh haiwan yang dikatakan bersaiz sebesar tubuh anaknya itu.

MOHAMAD HAIRUL HAFIZI yang cedera selepas diserang seekor beruk dirawat di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.



"Anak saya terjatuh dari basikal lalu digigit oleh beruk itu. Mujurlah ketika itu ada penduduk kampung melalui kawasan berkenaan dan menghalau haiwan itu serta membantu anak saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Zuraidah, anaknya yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan perut dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan kecemasan.

Dakwanya, haiwan berkenaan yang dipercayai dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu terlepas daripada ikatan sebelum megigit anaknya.

Menurut Zuraidah, dia kesal dengan kelalaian pemilik haiwan tersebut dan telah membuat laporan di Balai Polis Serdang, Kedah.

Katanya, kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menangkap beruk tersebut ekoran bertindak ganas dan menyerang anaknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2ckZGhWTS
Hakcipta terpelihara

Tidak sempat jual pasport

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

KAMALUDDIN menunjukkan pasport milik seorang lelaki tempatan yang cuba dijual kepada warga Sri Lanka di Melaka semalam.



MELAKA – Cubaan seorang lelaki warga tempatan memperbaharui pasport miliknya dengan menggunakan gambar warga Sri Lanka gagal apabila dia dicekup di bahagian Pasport, Jabatan Imigresen negeri di sini kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana mahu menjual pasport miliknya itu kepada warga asing tersebut pada harga RM2,000.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, lelaki berkenaan hadir ke bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi bagi memperbaharui pasport miliknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ckZp0FYM
Hakcipta terpelihara

 

 

 

 

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment