Wednesday, August 21, 2013

RG2011... TERKINI OPS CANTAS - Lagi penjenayah diberkas polis Selangor

 

TIGA LELAKI DIBERKAS DALAM KEJADIAN KEJAR-MENGEJAR DENGAN POLIS MPV

1. Tiga suspek ditahan oleh Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas cubaan meloloskan diri daripada pemeriksaan anggota MPV yang sedang melakukan rondaan di Subang Jaya awal pagi tadi.

2. Dalam sidang media yang dijalankan, Pemangku Ketua Polis Selangor berkata pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis Smith dan Wilson daripada salah seorang suspek yang melepaskan tembakan kearah polis semasa kejadian kejar mengejar dengan suspek.

3. Difahamkan ketiga-tiga suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Produa Viva melalui Jalan Subang menuju ke Sungai Buloh dan episod kejar mengejar berakhir apabila kereta yang dinaiki suspek telah melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Taman Sentosa Klang.

4. Ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri namun dua daripada mereka berjaya ditahan di kawasan berasingan. Pada jam 9.15 pagi tadi pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek di kebun kelapa sawit di Bandar Puteri Klang. Kesemua suspek akan ditahan reman keesokan harinya.

5. 'Kesemua suspek dipercayai anggota ahli kumpulan 08 dan berumur lingkungan 26 tahun dan 27 tahun. Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah dan dadah. Siasatan awal mendapati pistol yang dirampas merupakan pistol yang dilaporkan hilang pada 13/8/2013 oleh seorang ahli perniagaan yang kerugian wang tunai RM3,250 dalam kejadian samun di Taman Eng Ann, Pekan Baru Klang dimana suspek telah menetak tangan mangsa semasa kejadian berlaku', katanya. 

6. 'Dalam usaha menahan suspek ini, MPV dari tiga daerah iaitu IPD Subang Jaya, Klang Selatan dan Shah Alam terlibat dan saya amat berbangga dengan mereka kerana berani dan berusaha keras untuk memastikan ke semua suspek berjaya ditahan', tambahnya lagi.

7. Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti samada ketiga-tiga supek terlibat dalam gangsterism dan jenayah lain. Siasatan dilakukan dibawah seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan seksyen 8 Akta Senjatapi 1971.

8. DCP Dato' A. Thaiveegan mengucapkan syabas kepada anggota MPV yang terlibat.
TIGA LELAKI DIBERKAS DALAM KEJADIAN KEJAR-MENGEJAR   DENGAN POLIS MPV    1.     Tiga suspek ditahan oleh Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas cubaan meloloskan diri daripada pemeriksaan anggota MPV yang sedang melakukan rondaan di Subang Jaya awal pagi tadi.    2.	Dalam sidang media yang dijalankan, Pemangku Ketua Polis Selangor berkata pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis Smith dan Wilson daripada salah seorang suspek yang melepaskan tembakan kearah polis semasa kejadian kejar mengejar dengan suspek.    3.	Difahamkan ketiga-tiga suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Produa Viva melalui Jalan Subang menuju ke Sungai Buloh dan episod kejar mengejar berakhir apabila kereta yang dinaiki suspek telah melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Taman Sentosa Klang.    4.	Ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri namun dua daripada mereka berjaya ditahan di kawasan berasingan. Pada jam 9.15 pagi tadi pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek di kebun kelapa sawit di Bandar Puteri Klang. Kesemua suspek akan ditahan reman keesokan harinya.    5.	'Kesemua suspek dipercayai anggota ahli kumpulan 08 dan berumur lingkungan 26 tahun dan 27 tahun. Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah dan dadah. Siasatan awal mendapati pistol yang dirampas merupakan pistol yang dilaporkan hilang pada 13/8/2013 oleh seorang ahli perniagaan yang kerugian wang tunai RM3,250  dalam kejadian samun di Taman Eng Ann, Pekan Baru Klang dimana suspek telah menetak tangan mangsa semasa kejadian berlaku', katanya.     6.	'Dalam usaha menahan suspek ini, MPV dari tiga daerah iaitu IPD Subang Jaya, Klang Selatan dan Shah Alam terlibat dan saya amat berbangga dengan mereka kerana berani dan berusaha keras untuk memastikan ke semua suspek berjaya ditahan', tambahnya lagi.    7.	Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti samada ketiga-tiga supek terlibat dalam gangsterism dan jenayah lain. Siasatan dilakukan dibawah seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan seksyen 8 Akta Senjatapi 1971.    8.	DCP Dato' A. Thaiveegan mengucapkan syabas kepada anggota MPV yang terlibat.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment