Jgn jdi manusia yg selalu berburuk sangka...semua org buat tk betul...
Kerjaan UEA bg pada kerajaan..bukan pd individu..itu kena paham...
On Friday, 27 December 2013 12:57 PM, Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com> wrote:
Sepanjang hidup saya dah banyak kali berlaku " Programme kutipan Bantuan untuk berbagai mangsa musibah sampai ketangan yang tak berkenaan malah tak sedikit yang sampai ketangan Individu yang menguruskan"
Jadi kalau ada rezeki lebih dan ingin emmbantu pergilah lawat sendiri mangsa terlibat dan hlurkan bantuan. Hati pun puas, hajat pun sampai.
Wallahu a'lam.
Jadi kalau ada rezeki lebih dan ingin emmbantu pergilah lawat sendiri mangsa terlibat dan hlurkan bantuan. Hati pun puas, hajat pun sampai.
Wallahu a'lam.
On Wednesday, 25 December 2013 7:59 AM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
Benarkah UAE beri sumbangan RM33juta untuk mangsa banjir di Malaysia.. tapi dimana duit tersebut..??
kedahlanie.infoTapi kenapah perkara seperti dibawah ini terus berlaku... ??
KUANTAN - Kira-kira 100 keluarga yang terlibat banjir di Taman Pandan Damai 1 di sini masih menunggu bantuan daripada pihak bertanggungjawab bagi meringankan beban.
Mohd Dzulkifli Berahim, 32, berkata penduduk di kawasan taman perumahan itu belum menerima sebarang bantuan sejak hari pertama banjir awal bulan ini.
Beliau yang bekerja sebagai kakitangan am di sebuah syarikat perlombongan di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini, berharap pihak berkenaan segera memberi perhatian dan tidak hanya menyalurkan bantuan di kawasan tertentu saja.
"Kami sudah penat menanti bantuan sejak keadaan banjir kembali pulih sepenuhnya minggu lalu, namun sampai sekarang belum ada khabar mengenainya
"Boleh dikatakan setiap hari kami menunggu kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak turun ke taman perumahan ini menghulurkan bantuan, namun sampai ke hari ini (semalam), penantian itu seolah-olah sia-sia saja," katanya.
Mohd Dzulkifli turut mencadangkan proses pengagihan bantuan dilakukan dengan lebih cepat memandangkan sesi persekolahan juga tinggal dua minggu saja lagi.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fakhruddin Amiruddin, 29, meminta kerajaan negeri memantau proses pengagihan bantuan kepada mangsa banjir agar ia dapat dilakukan dengan telus.
Beliau yang bekerja sendiri itu berkata, kelemahan dalam proses pengagihan bantuan boleh mengakibatkan ada mangsa yang layak menerima bantuan tercicir dari senarai.
"Kita tidak mahu ada pihak menyalahgunakan kuasa hingga bantuan yang sepatutnya diagihkan tidak diterima mangsa. Kita ada juga bertanyakan pihak berkenaan mengenai status bantuan kepada penduduk di sini, mereka minta kita bersabar.
"Memang kita boleh bersabar, tapi bila tengok kawasan tertentu saja yang terus menerima bantuan dan taman perumahan ini seolah-olah tidak wujud, sampai bila mereka mahu kami bersabar. Kami juga mangsa (banjir). Rumah kami juga dinaiki air dan barangan kami juga rosak," katanya.
Sementara itu, Adun Panching, Datuk Mohd Zaili Besar berkata, keluhan penduduk itu sudah diambil perhatian pihaknya dan berjanji akan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
Beliau tidak menolak bahawa berlaku kekeliruan dalam proses pengagihan sebelum ini dan proses pengagihan bantuan akan diselaraskan dengan lebih sempurna selepas ini.
"Kita sedang berusaha untuk memastikan pengagihan bantuan ini dapat dilakukan seberapa segera yang boleh dan masalah pilih kasih tidak timbul kerana kita cuba untuk membantu semua mangsa dan meringankan bebanan ditanggung mereka.
"Banyak kawasan yang mengadu kepada saya mengenai kelewatan pengagihan bantuan dan ia sememangnya dalam perhatian pihak kami," katanya.


No comments:
Post a Comment