Friday, December 27, 2013

RG2011... Fw: Jika tak bagi merungut kami nak kata apa

 



Kempen menaikkan BANNER sambut tahun BARU 2014

kedahlanie.info
 



hangpa rasa sesuai ka pakat buat banner taboq satu KEDAH supaya bagi semangat kat geng kita dapat pedejei puak UMNO BN yang dok sokong barang naik tuuu..

Ala buat simple2 sudah laa...cuba hangpa bagi IDEA nak tulis apa kat BANNER tuu... target kita biaq org UMNO BN pedih telinga kena perlinya....

 

Jika tak bagi merungut kami nak kata apa lagi wahai menteri, dah hangpa yang dok penaiknya..!!!

kedahlanie.info
 
Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri
 
OLEH YISWAREE PALANSAMY

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.

"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.

"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.

Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.

"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.

Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.

"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.

Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.

Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa. -

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment