Kami ajak rakyat ke Dataran Merdeka, UMNO BN kami ajak PR pun kami ajak..!!!
kedahlanie.info 'Kami bukan penganjur, tapi pengajak demo'
Himpunan protes kenaikan harga barang pada malam tahun baru di Dataran Merdeka tidak akan meminta permit polis, kata pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar.
Beliau berkata himpunan itu tidak dianjur oleh NGO sebaliknya oleh rakyat dan NGO seperti TURUN serta "Gerakan 31 Disember" hanya 'mengajak' rakyat berkumpul.
Bagaimanapun beliau berkata pihak NGO sanggup berbincang dengan polis jika ada perkara berbangkit.
"Kita hanya mengajak, bukan menganjur. Penganjurnya ialah rakyat.
"Bagi kita, Perkara 10 Perlembagaan (Persekutuan) sudah jelas hak untuk berhimpun tapi kita harap polis dapat beri kerjasama," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
Rakyat bukan penyamun
Azan berkata, sebagai NGO 'mengajak' dan bertanggungjawab, mereka bagaimanapun menyediakan kawalan keselamatan dan pasukan perubatan bagi menjamin perjalanan acara dengan baik.
Beliau berharap polis dapat memberi kerjasama baik sepertimana Himpunan Kebangkitan Rakyat Januari lalu.
"Rekod perhimpunan lalu telah membuktikan tiada provokasi berlaku dan keadaan aman bila semua termasuk polis bekerjasama. Yang datang tu rakyat, bukan penyamun, penyangak semua," kata beliau.
Beliau turut menafikan dakwaan himpunan itu didalangi pembangkang dan mempunyai motif politik untuk parti pembangkang.
"Tiada pimpinan pembangkang yang cuba ketuai himpunan ini. Kita ajak semua parti politik untuk bersama.
"Umno juga boleh ikut serta, mereka juga rakyat.
"Objektifnya adalah untuk mendesak agar kos kehidupan turun. Kalau dikatakan mereka yang menentang sesuatu yang dibuat kerajaan semua pembangkang, susah. Pemikiran itu dah ketinggalan zaman," kata beliau.
'Kami bukan penganjur, tapi pengajak demo'
Himpunan protes kenaikan harga barang pada malam tahun baru di Dataran Merdeka tidak akan meminta permit polis, kata pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar.Beliau berkata himpunan itu tidak dianjur oleh NGO sebaliknya oleh rakyat dan NGO seperti TURUN serta "Gerakan 31 Disember" hanya 'mengajak' rakyat berkumpul.
Bagaimanapun beliau berkata pihak NGO sanggup berbincang dengan polis jika ada perkara berbangkit.
"Kita hanya mengajak, bukan menganjur. Penganjurnya ialah rakyat.
"Bagi kita, Perkara 10 Perlembagaan (Persekutuan) sudah jelas hak untuk berhimpun tapi kita harap polis dapat beri kerjasama," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
Rakyat bukan penyamun
Azan berkata, sebagai NGO 'mengajak' dan bertanggungjawab, mereka bagaimanapun menyediakan kawalan keselamatan dan pasukan perubatan bagi menjamin perjalanan acara dengan baik.
Beliau berharap polis dapat memberi kerjasama baik sepertimana Himpunan Kebangkitan Rakyat Januari lalu.
"Rekod perhimpunan lalu telah membuktikan tiada provokasi berlaku dan keadaan aman bila semua termasuk polis bekerjasama. Yang datang tu rakyat, bukan penyamun, penyangak semua," kata beliau.
Beliau turut menafikan dakwaan himpunan itu didalangi pembangkang dan mempunyai motif politik untuk parti pembangkang.
"Tiada pimpinan pembangkang yang cuba ketuai himpunan ini. Kita ajak semua parti politik untuk bersama.
"Umno juga boleh ikut serta, mereka juga rakyat.
"Objektifnya adalah untuk mendesak agar kos kehidupan turun. Kalau dikatakan mereka yang menentang sesuatu yang dibuat kerajaan semua pembangkang, susah. Pemikiran itu dah ketinggalan zaman," kata beliau.
Dengan tertangkapnya mamat nak GULING KERAJAAN,kini yang ada hanya demo TURUN...
kedahlanie.info
Akhirnya hanya satu demo 31 Dis di Dataran
Penganjur-penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya mencapai kata sepakat bergabung bersama-sama untuk demontrasi pada 31 Disember ini.
Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.
"Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru," menurut kenyataan itu.
Mereka juga sekali lagi menafikan terlibat dengan "Himpunan Guling Kerajaan" seperti diwar-warkan oleh media arus perdana dan menyifatkannya sebagai tohmahan tidak bertanggungjawab.
"Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut Perkara 10 Perlembagaan Malaysia," katanya merujuk kepada peruntukan kebebasan berhimpun.
Mereka memilih tiga tempat sebagai tempat berkumpul awal pada jam 9 malam, iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek dan Pasar seni.
Peserta kemudiannya akan berarak ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bergabung dengan kumpulan aktivis anak muda dan mahasiswa sebelum maju bersama-sama ke Dataran Merdeka.
Mereka akan memakai pakaian hitam sebagai lambang bantahan mereka dan digalakkan membawa bendera kebangsaan.
"Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj," menurut kenyataan itu lagi.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment