Selangor bakal tubuh akademi badminton cungkil bakat baru
selangorku.com
Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 27 DIS : Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan akademi badminton Selangor bagi mencungkil bakat baru seterusnya melahirkan bintang ke peringkat antarabangsa dalam sukan itu.
Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peserta yang menyertai akademi itu akan diberi bimbingan jurulatih profesional dan dinilai secara merit.
Katanya, ia sebagai usaha mengembalikan semula kegemilangan Selangor dengan melahirkan jaguh badminton setaraf anak Datuk Sidek Abdullah Kamar.
"Kemungkinan di peringkat negeri kita akan adakan satu pasukan untuk dibimbing (small academy) jurulatih profesional kerana mahu jaguh seperti anak Sidek ini kembali.
"Kerajaan negeri mahu melahirkan bintang yang akan dipilih secara merit bagi mengikuti latihan kerana saya fikir sudah tiba masanya untuk kita bangunkan industri sukan ini di Selangor," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Badminton bawah 16, 14 dan 12 tahun di Kompleks Belia, di sini, hari ini.
Ahmad Yunus berkata, program julung kali yang dianjurkan kerajaan negeri bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) itu disifatkan sebagai satu ransangan kepada golongan belia untuk aktif bersukan.
Katanya, penyertaan daripada kira-kira 300 peserta seluruh negeri itu menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu beregu dan perseorangan.
Beliau berkata, kejohanan itu juga adalah satu persediaan bagi kerajaan negeri untuk menempatkan atlet dan bakat baru dalam Sukan Malaysia (SUKMA), mulai tahun depan.
"Kita cuba jadikan ia sebagai program tahunan dengan harapan mereka yang menyertainya berjaya mencapai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setakat ini kita fokus kepada sukan badminton dan bola sepak dulu, kemudian kita akan teruskan dengan sukan lain," katanya.
-NFN-
Selangor umum bonus setengah bulan gaji
Pemberian itu melibatkan 15,643 kakitangan kerajaan negeri dengan jumlah peruntukan RM14.82juta.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pemberian insentif bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awamnya dengan bayaran mulai Januari 2014.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu melibatkan 15,643 kakitangan kerajaan negeri dengan jumlah peruntukan RM14.82juta.
"Hasil negeri yang dikutip setakat 27 November 2013 berjumlah 1.89 bilion iaitu 16% melebihi anggaran hasil.
"Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang telah berusaha keras membantu kerajaan Selangor," katanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Pengumuman itu menjadikan kakitangan awam negeri mendapat jumlah bonus 1 1/2 bulan dalam tempoh tahun 2013 termasuk bonus Hari Raya Aidilifitri lalu.
"Saya harap pemberian ini akan digunakan secara cermat dan menjadi insentif untuk kita semua bekerja lebih kuat lagi untuk kemakmuran negeri dan rakyat.
"Saya ulangi apa yang saya katakan ketika membentangkan Belanjawan 2014 agar kakitangan kerajaan secara beransur-ansur dapat menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan potensi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias ketika ditemui diluar Dewan berkata, pihaknya menyambut baik pemberian bonus termasuk kenaikan gaji ahli Dewan yang disifatkannya wajar.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment