Sunday, December 29, 2013

RG2011... Fw: Orang Miskin Malas? Tak Bersolat?

 



 

kedahlanie.info
FARUSH KHAN

 
Ada pula pembodek dan penjilat pemerintah yang mengeluarkan hujah-hujah untuk menghalalkan apa yang dilakukan pemerintah.. maka dibawa keluarlah pelbagai teori nas dan dalil untuk bagi rakyat menerima akan hujah mereka..

SEMAKIN hampir 2014, semakin kencang debaran jantung, bukan kerana gembira, tetapi akibat keresahan.

Harga petrol dan gula sudah naik dan reaksi rantaian daripada kesan domino sudah pun terasa; harga macam-macam barang dan kos perkhidmatan turut naik; yang disedari dan yang tidak disedari.

Tersingkapnya tabir tahun baru ini, kadar tarif elektrik dijadualkan naik. Turut membimbangkan ialah kenaikan kadar tol.

Apabila harga minyak, kadar tarif elektrik dan tol naik, kita tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk membuat jangkaan tentang tindakan pantulannya.

Rasanya, kalau kadar tarik elektrik naik, tentu sekali bayaran bekalan air pun akan turut naik kerana kawasan rawatan air dan sebagainya mengguna tenaga elektrik.

Sejak berakhirnya PRU13 Mei lalu, ramai pengguna, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah, sering meluahkan kebimbangan mereka mengenai keupayaan menangani nasib masa depan, berikutan kenaikan kos sara hidup.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) terbaharu dilaporkan mendapati pengundi bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga barang, harga minyak dan tarif elektrik.

Dalam tinjauan ke atas 1,676 responden, ia dapati 55 peratus daripada mereka tidak percaya bahawa Belanjawan 2014 mampu mengurangkan kos hidup.

Malah 52 peratus responden tidak yakin pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu mengurangkan kos sara hidup.

Kajian sama juga mendapati 61 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan mulai April 2015.

Ia juga mendapati kenyataan-kenyataan menteri seperti dakwaan bahawa harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan memburukkan lagi keadaan.

Kajian itu turut mendapati persepsi masyarakat sekarang ini lebih berpihak kepada pembangkang.

Kajian yang dinamakan Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu ke atas responden di Semenanjung Malaysia dijalankan dalam tempoh antara 6 dan 8 Disember lalu.

Memang diketahui ramai BR1M telah menjadi antara penyelamat BN dalam PRU13 kerana sistem bantuan itu menarik sokongan ramai pengundi, terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah.

Tetapi untuk PRU14, menurut kajian itu, BR1M belum tentu menjamin sokongan golongan yang sama kepada BN.

Bagi ketua-ketua keluarga, kalau kini perbelanjaan yang ada hanya sekadar mampu bertahan hingga hujung bulan, dengan kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan, perbelanjaan sara hidup dikhuatiri tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rumah bagi tempoh sebulan penuh.

Akibatnya, ramai yang terpaksa berhutang, satu unsur yang sangat tidak baik dalam kehidupan individu, keluarga dan negara.

Di peringkat individu, berhutang atau memberi hutang tidak patut dijadikan amalan kerana bukan sahaja ia boleh membuat mereka yang terlibat hilang kawan, malah boleh menempah musuh.

Tabiat belanja boros, apatah lagi melebihi daripada hasil pendapatan boleh mendorong seseorang individu dan ketua keluarga melakukan tindakan tidak diingini, termasuk menipu, menyeleweng, menyalah guna kuasa dan rasuah.

Di peringkat dunia, beberapa negara disenaraikan akhir tahun lalu, sebagai mempunyai hutang tinggi dan masalah kewangan, Satu daripada negara itu ialah Greece.

Di Greece, selama dua tahun, bermula 2012, berlaku bantahan di bandar-bandar besarnya. Puncanya ialah rancangan kabinet Perdana Menterinya, George Papandreou untuk mengurangkan gaji dan menaikkan cukai sebagai langkah penjimatan.

Kerajaannya perlu lakukan penjimatan drastik bagi menjamin pinjaman yang bernilai 110 bilion Euro (RM458 bilion) terbayar. Langkah penjimatannya ialah potongan bayaran pencen dan perkhidmatan awam serta bakal meningkatkan cukai pengguna.

Bagi Greece, hutang mesti distrukturkan semula atau negara itu akan jatuh muflis.

Di sesetengah negara, korupsi awam dikatakan mengganggu usaha memerangi pengedaran dadah, sementara rasuah secara kecil-kecilan tetapi berleluasa serta jenayah menjejaskan pembangunan ekonomi.

Kita bersyukur ekonomi negara kita masih lancar dan usaha perlu dibuat supaya kita tidak hadapi masalah kritikal dan muflis.

Apa pun, bagi ramai rakyat, tahun 2014 adalah tahun yang memeningkan.

"Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari" - Hadis riwayat Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment