Gadis Bawah Umur Antara Yang Di Tahan Oleh JAIP !!Thu Jan 2, 2014 20:22 from Pahang Daily Online by pahangdaily (noreply@blogger.com)
KUANTAN - Seorang gadis bawah umur antara 38 individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam operasi cegah jenayah sempena tahun baru 2014 di bandar ini, bermula malam kelmarin. Dalam operasi sama, anggota penguat kuasa Jaip turut menahan individu berusia 17 hingga 30 tahun yang disyaki berkhalwat dan berpakaian tidak senonoh di beberapa pusat peranginan di bandar ini. Jurucakap Jaip berkata, gadis bawah umur dari Terengganu itu ditahan bersama pasangannya di sebuah hotel bajet. "Hasil siasatan, gadis terbabit mengaku mengikut rakannya meraikan sambutan tahun baru di Kuantan dan terpaksa mendaftar di hotel itu selepas tiada kenderaan untuk pulang kerana sudah lewat malam," katanya. Jurucakap itu juga memberitahu, operasi yang bermula lewat malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 8 pagi semalam dilaksanakan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan remaja termasuk di Teluk Chempedak, Balok dan Taman Esplanade. Dalam operasi membabitkan 20 anggota penguat kuasa itu, seramai 19 perempuan dan 18 lelaki ditahan kerana disyaki berkhalwat manakala seorang perempuan ditahan kerana berpakaian tidak senonoh. Katanya, anggota penguat kuasa Jaip turut menahan individu yang berduaan bersama pasangan bukan Islam. "Lebih menyedihkan ada kes dua lelaki berada dalam satu bilik bersama seorang perempuan," katanya. Bagaimanapun, kesemua yang ditahan telah dijamin oleh keluarga masing-masing selepas disoal siasat. #sumber
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment