Wednesday, February 19, 2014

Re: RG2011... Fw: Halangan Di Parkir – P dan Brek Tangan

 


Tapi harus ingat juga ada kereta auto yang tak boleh diletakkan pada kedudukan P or N gearnya kerana jika diletakkan pada kedudukan tersebut kunci kereta tidak boleh dicabut daripada tempatnya.

--------------------------------------------
On Mon, 17/2/14, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

Subject: RG2011... Fw: Halangan Di Parkir – P dan Brek Tangan
To: respeks_group@yahoogroups.com
Received: Monday, 17 February, 2014, 7:09 AM
















 














Halangan Di Parkir – P dan Brek
Tangan
http://ondscene.my
Written by ondscene


 



Kawasan Tempat Letak Kereta
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu
1 Februari 2014
 
PAKING JAGAN
LETOK P. 
SUSOH ORG
RAMA
FAHAM
Itu nota yang ditemui
ditinggalkan pada cermin
hadapan sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta.

Senario sebegini ada di mana-mana terutama di kawasan
tempat letak kereta
seperti kawasan tempat letak kereta Projek Perumahan Rakyat
PPR.
Kemudahan tempat letak kereta yang tidak
mencukupi/kenderaan penduduk
melebihi dari had ditetapkan menjadikan 'parking
berlapis' adalah perkara
biasa.
Biasanya, waktu pagi, banyaklah upacara menolak kereta
berlaku dan
masing-masing faham kenapa ia berlaku.

Begitu juga senario terutama di kawasan tempat letak
kereta awam seperti di
Hospital dan pejabat kerajaan.
Bagaimanapun, masih ada yang tidak memahami atau terlupa
akan cara memakir
kenderaan dalam situasi begini supaya tidak mendatangkan
kesusahan pada pihak
lain.
Tidak kurang, ada cermin kenderaan terpaksa dipecahkan
kerana usaha
menolaknya gagal sedangkan kenderaan perlu keluar dari
'terkepung' setelah
pemiliknya gagal untuk keluar dari tempat letak kereta.

Untuk kenderaan manual, gear mestilah dalam kedudukan
'free' dan brek tangan
jangan ditarik.
Untuk kenderaan auto – jangan letak tombol gear pada
kedudukan P (Parking)
tetapi pada kedudukan N (Neutral) dan brek tangan juga
jangan ditarik.
Apa yang berlaku, ada yang meletakkan pada kedudukan N,
tetapi brek tangan
ditarik, dan ada juga pada kedudukan P tetapi brek tangan
dilepaskan.
Lebih parah, kedua-duanya diaktifkan.
Kepada yang hilang sabar, anda tidak boleh menyalahkan
'mangsa' jika
kenderaan anda dirosakkan.



Comments


Budak Nissan
menulis:

Assalamualaikum
Wbt…,
ini jenis orang yang pentingkan
diri sendiri aje&
tak reti nak fikir pasal orang lain…. tau lepas diri
sendiri aje… kalu dah
kene pecah cermin, untuk orang turunkan brek tangan &
tolak kereta tu,
baru diorang ini ada kesedaran…. adat orang sekarang,
TAK KENA LAGI, TAK APA
LAH… DAH KENA, BARU NAK SEDAR…


Mohd
Azuwan menulis:

Pemandangan biasa di perumahan yg
parkingnya sesak,mcm
PPR or rumah kos rendah  .. kdg2 sampai jadi drama
bertikam lidah di
pagi2 hari..jalan yg baik adalah tinggalkan no. telefon di
dashboard,supaya
org mudah hubungi kita sekiranya ada masalah double park
(kdg2 tertarik brek
tangan,gear auto P dsbgnya).Tp jadi parah jugak la kalau
call pun masih tak
dapat dihubungi huhu,mmg akan ada yg pasang cermin
barulah,tak pun tuka lock
set baru..mcm sesetengah situasi kalau gear free tp brek
tangan aktif,kereta
masih boleh digerakkan,cuma kena guna kederat 3-4 org utk
angkat dan henjut ke
atas bhgn blkg kereta sambil tolak ke depan,insyaAllah
kereta boleh bergerak
sedikit demi sedikit…kesimpulannya kena sentiasa
beringat ttg double park ni
walau di mana anda berada huhu


bibikbiru
menulis:

Biasa la kes-kes gini di KL.
Sebenarnya, tempat parking
kenderaan memang ada, cuma tuan punye kenderaan malas nak
parking jauh-jauh,
Malas nak jalan kot. (Mungkin selepas 20 langkah dari
kenderaan mereka, tuan
punye kenderaan terus mati kot??) So double parking dan
block kenderaan
lain.
Semua nie pasal pentingkan diri
sendiri dan tak guna
kepala otak.


jusoh
menulis:

Di tahung 2014 ni ade lg org
separuh bute huruf. Tokgi
skoloh ke?


sudahlahlabu
menulis:

letak no fon dkat dashboard pun
tak guna kalau dah
tahap bodoh sakai, bila call tak bangun. kalau tahu nak
double park, bangunlah
awal… jgn jadi
bangang























__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment