OKU dan Kenderaan Rosak
Lebuhraya Damansara Puchong Sg Penchala, Petaling Jaya Selangor 12 Februari 2014 8.50 pagi Kisah ini berlaku semalam, 12 Februari.
Sebaik melepasi Plaza Tol Penchala arah Petaling Jaya, sepanjang kira-kira 3 kilometer, seperti biasa hari bekerja , adalah laluan sesak setiap pagi sehingga ke Taman Tun Dr Ismail.
Nasib baik saya melalui laluan paling kiri apabila di hadapan , selang kira-kira 5 kereta , saya terlihat sebuah Perodua Kenari berhenti dalam keadaan agak menyilang dan dipasang 'hazard-light'.
Pandangan pertama saya ialah pada stiker di belakang Perodua Kenari ini -
AWAS – Pemandu Cacat
Tanpa berfikir panjang, saya terus ke arah kenderaan ini dan meletakkan kereta di hadapannya dan memintanya menarik picu untuk saya buka bonet hadapan.
Seorang wanita – dalam keadaan gusar dan mungkin tidak tahu apa yang hendak dilakukan – duduk di dalam kereta – yang saya anggar mungkin antara 10 ke 15 minit dia telah berada di situ.
Saya bertanya akan masalah yang dihadapinya – dan menurutnya, keretanya 'over-heated' – "temperature naik tinggi" menurutnya.
Ok, masalah ini boleh diselesaikan dan sementara menunggu penutup radiator agak sejuk, saya sempat berbual dengan pemandu.
Menurutnya, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong untuk ke tempat kerja di Bandar Sunway dan tiba-tiba suhu kenderaannya naik mendadak dan bahagian enjin 'berasap'.
Saya rasa begitu terusik melihat , wanita ini adalah seorang OKU – dan sebatang tongkat OKU berada bersamanya – kaki kirinya lumpuh dan tiada siapa sekurang-kurangnya berhenti untuk bertanya masalahnya.
Saya nasihatkannya supaya duduk di dalam kereta dan tak perlu keluar, biar saya uruskan masalah dia hingga selesai sambil menerangkan mengapa kejadian itu berlaku dan fungsi radiator dan air kepada kereta.
Setelah kira-kira 15 minit, semuanya selesai dan menurutnya, dia perlu membawa ke bengkel di Taman Tun Dr Ismail dan saya menawarkan untuk mengiringi keretanya sehingga persimpangan Bandar Utama.
Dengan izinnya, saya rakamkan foto wanita ini , dan memberikan kad nama saya kepadanya , tetapi saya lupa untuk bertanyakan namanya.
"Nanti you baca blog saya, saya akan keluarkan kisah ini…"
Jam 3.24 petang, saya menerima email ini :
Dear Encik Shamsul,
Thank you very much for your help this morning! I have got my car fixed.
Thank you.
Regards,
Sheau Lan
Apa-apapun, dalam apa jua situasi terutama di saat kesulitan dan mungkin anda berseorangan, walau siapapun kita, InsyaAllah akan ada pertolongan sampai.
Cumanya, kita juga perlu berhati-hati , sebab kita tidak mahu kejadian lain pula yang mungkin berlaku sebaliknya.
Hati-hati di jalanraya , ingat yang tersayang…
Comments
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.




tuan memang insan hebat!
terbaik lah en Sham….saya pon kadang-kadang kalau nampak kes macam ni, dorang taknak bukak tingkap dan bagitau," tengah tunggu suami/kawan datang"…at least nak la tolakkan keta ke tepi…tak dela jem depan tol sunway tu…
Syabas saudara atas sikap perihatin dan pertolongan tersebut. Moga pertolongan saudara kepada yg memerlukan diganjarkan diakhirat. Anda insan yg hebat.
Respect you bro… Kalu la kita ader insan macam u lebih senang hidup kita….
Memer TERBAEK BOSSSS….!!!!!!!!!!!! SALUTEEEEEEE….
Good bro!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
God bless you, Bro Sham.
alhamduliLLAH….saya nak jadi macam en sham!
Alhamdulillah… semoga dipanjangkan usia untuk membantu pada mereka yang memerlukan pertolongan =)
Alhamdulillah..semoga Bro Sham dikurniakan rezeki,tubuh badan yang sihat dan hidup bahagia. Kesian juga kalau nampak wanita2,makcik2,aunty2,pakcik2 tambah lagi dengan anak2 kepanasan kereta rosak tepi jalan.
Alhamdu lILLAH… semoga saya juga mampu mencontohi saudara, amin.