Sunday, February 16, 2014

RG2011... Fw: Proton Exora Tiba2 Terbakar Di Hospital Selayang

 



 

Kereta terbakar, orang awam selamat tiga kanak-kanak

hmetro.com.my
 

Kereta Proton Exora Tiba-Tiba Terbakar Di Hospital Selayang

pahangdaily.blogspot.

SHAH ALAM -  Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam.

Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.

Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.

Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut  namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu. #sumber
 
 

KERETA TERBAKAR, ORANG AWAM SELAMAT 3 KANAK-KANAK YANG DITINGGAL IBU

telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot
SELAYANG: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan tiga kanak-kanak daripada rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Hospital Selayang, petang semalam.
foto ihsan bomba
Difahamkan, ibubapa kepada kanak-kanak terbabit meninggalkan mereka dalam kenderaan berkenaan untuk ke hospital berkenaan menziarahi seorang ahli keluarga mereka, pada 3.45 petang
Menurut sumber, Proton Exora terbabit tiba-tiba terbakar menyebabkan kanak-kanak berkenaan menjerit meminta pertolongan untuk keluar daripada kenderaan terbabit. 

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dikatakan terpaksa memecahkan cermin kenderaan terbabit sebelum mengeluarkan semua kanak-kanak terbabit.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 3.53 petang.
Katanya, bomba menghantar sebuah jentera serta tujuh anggota ke lokasi kejadian. 

Katanya, setibanya bomba di lokasi kejadian, semua kanak-kanak terbabit sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam tanpa sebarang kecederaan. 

"Kenderaan terbabit gagal diselamatkan dan sebuah lagi motosikal yang diletakkan bersebelahan kenderaan berkenaan turut rosak selepas terkena bahang api

"Api berjaya dikawal 12 minit kemudian sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.19 petang selepas pihak bomba memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya ketika ditemui. 

Menurut Mohd Sani, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan untuk mencari punca dan jumlah kerugian dalam kejadian kebakaran berkenaan. 

Sehubungan itu, Mohd Sani menasihati kepada orang awam supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa sebarang pengawasan sama ada di dalam kenderaan ataupun di rumah
sumber

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment