Boleh ziarah kubur untuk mengingat kan bahawa kita akan kesitu juga. Keduanya: Nabi ada menyebut " Barang siapa ziarah kepadaku, nescaya dia ku tunggu sebagaimana ketika hayatku" CUMA...yang berziarah tu siapa? Kok yang datang bawak Jembalang tak kan yang menunggunya .........
Macam kita nak ziarah kawan tapi ayng kita bawak musuh kawan ayng nak kita ziarah tu...tentu lah kawan kita tu bla sebab yang kita bawa tu musuh dia. Sama juga analoginya bila kita nak solat atpi ayng dibawak bersama adalah Iblis kebuyutan musuh Allah Ta'ala. Tentu lah ' Salam tak bersambut'
Dengan maaf ya...Ni logika jer ni.
Macam kita nak ziarah kawan tapi ayng kita bawak musuh kawan ayng nak kita ziarah tu...tentu lah kawan kita tu bla sebab yang kita bawa tu musuh dia. Sama juga analoginya bila kita nak solat atpi ayng dibawak bersama adalah Iblis kebuyutan musuh Allah Ta'ala. Tentu lah ' Salam tak bersambut'
Dengan maaf ya...Ni logika jer ni.
On Sunday, 20 April 2014 9:18 PM, Ikhwan Hashim <ikhwan.hashim@gmail.com> wrote:
Thanks brother for the information, sekarang nie ramai orang ziarah kubur untuk mencari berkat tok tok wali 😞—
Sent from Mailbox for iPhoneOn Sat, Apr 19, 2014 at 11:25 AM, ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com> wrote:Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
- Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan ghuluw yang boleh membawa kepada syirik.
- Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, tasik bunian, tasik biawak dan pokok disula adalah syirik.
- Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.
- Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.
- Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam dan menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah meragukan dari aspek hukum syarak dan perlu dihentikan.
- Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah.
- Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang dilakukan di Pulau Besar Melaka adalah merupakan perkara bida'ah dhalalah dan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ianya boleh membawa kepada syirik.
- Sehubungan itu juga, Muzakarah menggesa supaya tindakan penguatkuasaan bagi membenteras amalan khurafat di Pulau Besar dilaksanakan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat awam hendaklah dilaksanakan supaya amalan khurafat yang berleluasa di Pulau Besar tersebut dapat dihentikan.
On Saturday, 9 November 2013 2:07 AM, ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com> wrote:
Kepercayaan Khurafat & Syirik Dalam Tasawuf
Menurut kepercayaan penganut sufi/tasawuf, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar mereka dengan wahyu dan ilham. Semasa malaikat Jibril 'alaihis salam pertama kali turun, ia terlebih dahulu membawa syariat. Setelah beberapa kali turun barulah (Jibril) membawa hakikat (ilham yang ditiupkan oleh iblis) yang dikhaskan kepada individu-individu tertentu tanpa diberikan kepada orang-orang kebanyakan. Adapun orang yang pertama yang memperkatakan tentang hal ini dan melahirkannya ialah Ali dan kemudian diturunkan kepada a1-Hasan al-Basri. (Ibn Ajibah. "Eikadzul Himam, Bisyarah al-Hakam", hlm. 5)
Itulah cerita-cerita palsu, karut, khurafat, tahaiyul dan tiada asal-usulnya hasil ciptaan orang-orang sufi/tasawuf. Cerita rekaan ini dipenuhi pembohongan dan bid'ah. Cerita-cerita begini sebenarnya merupakan satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian ummahnya. Mereka (orang-orang sufi/tasawuf) telah membuat fitnah atau tuduhan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam masih ada menyembunyikan hakikat yang berupa ilmu batiniah tarikat kesufian, atau ilmu-ilmu tentang kesufian/tasawuf atau juga agama sufi, ini adalah merupakan jenayah terhadap agama Allah dan perbuatan ini terlaknat. (Abdulrahman al-Wakil, (هذه هى الصوفية), hlm. 20)
Dengan adanya keyakinan, keimanan yang kuat dan ilmu agama yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith yang sahih di hati setiap mukmin, jika sekiranya benar-benar beriman kepada kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka sudah pasti mereka akan menolak fitnah, khurafat, tahaiyul, pembohongan dan bid'ah serupa ini.
Setiap mukmin yang beriman dan berilmu akan tetap berkeyakinan bahawa terlalu mustahil bagi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyembunyikan wahyu atau ilmu agama walau sekecil mana sekalipun, apatah lagi bersikap pilih kasih dalam penyampaian baginda. Kerana antara sifat-sifat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia ialah tabligh (menyampaikan) siddiq dan amanah. Malah beliau pernah menegaskan dengan sabda baginda:
مَنْ كَتَمَ عِلْمًايعْلَمهُ اللهُ اِيَّاهُ اَلْجَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلَجْمٍ مِنَ النَّارِ."Sesiapa yang menyembunyikan Ilmu yang telah Allah berikan kepadanya, akan disarungkan kepadanya di Hari Kiamat pakaian dari api neraka". (Ahmad, (10082). Ibn Majah, (261))
Ibnu Arabi, yang menjadi penaja falsafah kuffar ke dalam Islam, yang mana telah dianggap sebagai perintis, pemimpin, syeikh dan imam bagi orang-orang sufi, beliau mengimani bahawa hakikat Allah adalah seorang manusia yang raksasa dan kekal selama-lamanya (tidak mati). (Burhanuddin al-Baqaii, مصرع التصوف)), hlm. 31) Awas! Sesiapa yang meyakini kenyataan ini akan menyebabkan berlaku pada dirinya syirik tasybih atau syirik tamsil kerana mensetarakan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya (manusia).
Ibrahim bin Adham yang dianggap sebagai ketua sufi/tasawuf yang besar sehingga ke saat ini, pernah menceritakan asal usul tarikat tasawuf ini sebagaimana pengakuan beliau:
"Aku pelajari pengetahuan sufi/tasawuf ini dari seorang paderi yang bernama Sam'an". (Doktor Tal'at Gannam, "adzwa 'Ala at Tasawuf" hlm. 30)
Pengakuan Ibrahim bin Adham ini (jika sekiranya para panganut sufi/tawawuf benar-benar berakal), pasti meraka memberikan tanda soal, apakah seorang Paderi Keristian dapat menunjukkan seorang mukmin untuk mengenali dan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya? Dapatkah pula seorang itu memahami agamanya yang sebenar melalui paderi Nasara? Sedangkan hakikat sikap setiap Yahudi dan Nasrani amat menentang agama Islam dan sentiasa merancang mahu menghancurkan agama dan orang-orang yang masih beriman kepada Allah melalui berbagai-bagai cara, rancangan, penipuan dan konspirasi. Allah Azza wa-Jalla telah mengkhabarkan hakikat kenyataan ini sebagaimana firmanNya di dalam al-Quran:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ."Tidak akan senang orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu kecuali kamu mengikuti kesesatan yang mereka lakukan". (al-Baqarah, 2:120)
A1-Hallaj atau nama sebenarnya ialah Husin bin Mansur al-Hallaj dilahirkan di Baidhaa (Parsi) pada tahun 244H/858H. Ia mati kerana menjalani hukuman bunuh dan disalib pada 18 Dzulqaidah 309H. al-Hallaj dianggap oleh penganut sufi/tasawuf sebagai seorang tokoh, ulama besar dan wali. Sebenarnya al-Hallaj adalah seorang tokoh sufi yang berfahaman ekstrim dan redikal kerana beliau membawa fahaman yang keterlaluan, antara contohnya dia pernah menyebarkan ajaran atau fahaman:
1 - Hulul (Pantheisme), iaitu ketuhanan menjelma ke dalam diri manusia atau bersatunya hamba dengan Tuhan.
2 - Al-Hakikatul Muhammadiyah, atau dikenali sebagai Nur Muhammad sebagai asal kejadian segala sesuatu dan qadim.
3 - Kesatuan segala agama. Segala agama hakikatnya sama tujuan dan intinya, yang berbeza hanya nama dan syariatnya. Tidak ada faedahnya pertikaian tentang masalah agama baik Kristian, Budha, Hindu atau Islam.
4 - Beliau juga pernah berkata:
"Dunia ini kekal dan Allah itu adalah hadith (baru)".
5 - Al-Hallaj dianggap mempunyai sifat ke Mahdian dimasa hidupnya dan itulah kepercayaan mereka yang terpengaruh dengan dokterin al-Hallaj:
اَنَّ اَصْحَابُهُ كَانُوْا يَنْتَظِرُوْنَ عَوْدَتَهُ حَتَّى لَقَدْ زَعَمَ بَعْضُ اَصْحَابِ الْحَلاَّجِ اَنَّ الْمَضْرُوْنَ عَدُوُّ الْحَلاَّجِ اَلْقَى عَلَيْهِ شِبْهَهُ (كَمَا قَالَ الشِّيْعَةُ الْغُلاَةُ فِى جَعْفَرِ الصَّادِقِ وَاَبِى الْخَطَّابِ)"Bahawa para sahabat al-Hallaj menanti-nanti (menunggu) kembalinya al-Hallaj sehingga sebahagian sahabatnya mengira bahawa yang dibunuh itu sebenarnya musuh al-Hallaj yang diserupakan dengannya (sebagaimana kaum Syiah yang Ghulat menganggap terhadap Ja'far dan Abu al-Khatab)". (Lihat: الصلة بين التصوف والتشيع hlm. 467. Dr. Kamal Mustafa asy- Syibaie. Darul Maarif, Mesir. l969)
Ucapan ini telah dikomentar oleh Syeikhul Islam Muhaiddin an-Nawawi as-Syafie rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul "Ar Raddatul ar Raudah":
وَمَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا فَهُوِ زِنْدِيْق ، اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَق : صُوْفِىفَالصُّوْفِيَّةُ مُرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ اْلاِيْمَان الْحَقّ."Sesiapa yang beragama (menganut agama) sufi-tasawuf (yang dipelopori oleh al Hallaj) maka dia adalah zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas : Dia sufis, maka penganut sufi (seperti ini) samalah seperti seseorang yang menentang keimanan". (Burhannuddin al-Baqii, مصرع التصوف)), hlm. 31)
Imam Syafie rahimahullah pernah memperkatakan tentang kebodohan sufi/tasawuf:
اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ ، وَلَوْ تَصَوََّفَ رَجُلٌ اَوَّل النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْر اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَق."Tasawuf dibina dia atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut tasawuf di pagi hari, tidak akan sempai ke Zohor dia akan jadi seorang yang biul/goblok". (Lihat: مصرع التصوف او تنبيه الغبى الى تكفير ابن عربي Bahruddin al-Baihaqi. Tahqia Abdulrahman al-Wakil)
Dizaman Hasan Basri rahimahullah (21H) lahir seorang yang mula-mula digelar sufi yang pertama, iaitu Abu Hasyim al-Kufi berasal dari Kufah. Dia banyak melahirkan kata-kata yang anih, pelik dan bertentangan dengan naluri manusia dan syarak.
Dan Imam Syafie rahimahullah terlalu benci terhadap keektriman, keradikalan dan kezindikan Sufi/tasawuf, beliau berkata:
"Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan". (Lihat: تلبيس ابليس hlm. 370. Ibn Qayyim al-Jauzi)
Amalan Sufi/tasawuf dianggap oleh Imam Syafie sebagai amalan yang fasik dan beliau banyak memperkatakan tentang penyelewengan kaum sufi/tasawuf, antaranya beliau pernah berkata:
"Tiada yang sanggup melakukan amalan itu (sufi/tasawuf dan tahlilan) kecuali orang yang fasik" (Lihat: حقيقةالتصوف وموقف الصوفية من اصول العبادة والدين Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan)
Menurut kekarutan Ibnu Arabi lagi di dalam teori wahdatul wujudnya:
"Allah itu adalah segala-galanya, tidak ada sesuatu kecuali semuanya itu adalah Allah, oleh kerana itu apa sahaja yang disembah adalah Allah, sama ada berbentuk berhala, patung dan sebagainya kerana itu semua adalah hakikat Allah". (Lihat: مصرع التصوف. Hlm. 49-50. Burhanuddin al-Baihaqi)
Abu Yazid al-Bustami pula adalah orang sufi pertama yang mempunyai fahaman ittihad dan menyebar-luaskan ajaran ini. Antara kata-kata beliau yang ditentang oleh ulama akidah ialah:
اِنِّيْ اَنَا اللهُ لاَ اِلَهَ اَلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ"Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan selain aku, maka sembahlah aku".
Disuatu kejadian pernah berlaku kepada Abu Yazid ucapan yang bertentangan dengan syarak:
اَتَى رَجُلٌ اَبَا يَزِيْدَ ، وَدَقَّ عَلَيْهِ الْبَابَ فَقَالَ : مَنْ تَطْلُبُ؟ قَالَ : اَبَا يَزِيْدُ قَالَ : مُرَّ فَلَيْسَ فِى الْبَيْتِ غَيْرُ اللهِ عِزَّوَجَلَّ."Seorang lelaki mendatangi rumah Abu Yazid dan mengetuk pintunya. Abu Yazid bertanya: Siapa yang engkau cari? Jawabnya: Abu Yazid. Lalu Abu Yazid berkata: Pergilah! Di rumah ini tak ada sesiapa kecuali Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi".
Di dalam perkataan Abu Yazid di atas menunjukkan bahawa beliau mengaku sebagai Allah. Pernah juga dia berkata:
لَيْسَ فِى الْجُبَّةِ اِلاَّ اللهُ"Tiada (apa-apa) di dalam jubahku (bajuku) selain Allah". (Lihat: Analisa Kritis Terhadap Tasawuf. hlm. 18-19. Samudi Abdullah. Pustaka Nasional. Singapura)
Mereka yang mempunyai akal yang sihat dan memahami persoalan syara walaupun sedikit, tentu mengingkari semua kenyataan para tokoh-tokoh sufi di atas kerana bertentangan dengan syarak.On Thursday, 7 November 2013 1:20 AM, ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com> wrote:
MEMPERCAYAI KUBUR SEBAGAI KERAMAT(Bilangan 103 Siri Akhir)Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman WalaahDEMIKIAN juga halnya dalam urusan memberi rezeki. Tidak ada satu kuasa pun yang dapat memberikan rezeki kecuali kuasa Allah. Firman Allah Subhanahu Wataala.Tafsirnya: "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersebut dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada Malaikat yang berkenaan)." (Surah Huud: 6).Berdasarkan ayat dan hadis di atas, memelihara atau memuja kubur, pungsu dan seumpamanya dengan kepercayaan ia mempunyai keramat atau kuasa yang boleh membawa tuah dan memberi rezeki, maka adalah ia suatu perbuatan syirik dan hukum syirik itu adalah dosa yang paling besar.Kita hanya dituntut supaya bermohon kepada Allah bukan kepada yang lain-lain sepertimana yang disebut oleh hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Maksudnya: "Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah." (Hadis riwayat At-Tirmizi).Meminta atau memohon kepada Allah merupakan doa, dan doa itu pula suatu ibadat. Ibadat tidak boleh dilakukan melainkan kepada Allah semata-mata, bukan kepada yang lain yang terdiri daripada makhluk-makhluk Allah, lebih-lebih lagi jika benda-benda itu tidak bernyawa seperti batu, kayu, kubur, pungsu dan lain-lain yang tidak dapat memberi manfaat atau mudarat, sebagaimana patung-patung tidak dapat memberi manfaat atau mudarat. Kepercayaan kepada benda-benda seperti ini adalah karut dan wajib ditolak.Wajib pula diketahui bahawa meminta atau memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada Allah itu mestilah dengan cara langsung bukan melalui sesiapa seperti melalui manusia, melalui pungsu, kubur, batu atau kayu. Maka sesiapa yang berbuat demikian adalah dia berbuat bida'ah dalam agama dan tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman, bahkan ditakuti mati dalam keadaan syirik jika tidak bertaubat.Oleh yang demikian memuja kubur, pungsu dan seumpamanya dengan meletakkan barang di atasnya seperti wang, lilin dan kain kuning, dengan kepercayaan bahawa benda-benda tersebut mempunyai kuasa yang boleh membawa tuah atau menambah rezeki atau mempercayainya mempunyai keramat adalah perbuatan sesat yang boleh membawa syirik, kerana dia menafikan kuasa Allah yang Maha Pengurnia, sebaliknya mempercayai kepada benda-benda tersebut sebagai mempunyai kuasa.Satu perkara penting yang wajib dijaga serta dipelihara dalam mencari kesenangan hidup di dunia ialah segala usaha kita ke arah itu mestilah tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan syirik atau melafazkan perkataan yang boleh membawa kepada syirik. Perlumbaan mencari kesenangan kadang-kadang menjadi fitnah jika ianya tidak disertai dengan iman yang kuat, kerana iman yang lemah akan mudah dipengaruhi walaupun dengan hanya sedikit kesenangan yang diperolehi itu.Hal ini dijelaskan oleh Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya:Maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal (yang berkebajikan) sebelum muncul pelbagai fitnah yang bagaikan bahagian-bahagian malam yang gelap- gelita, di mana pada waktu pagi seseorang itu beriman tetapi pada waktu petangnya dia menjadi kafir, atau pada waktu petang dia beriman tetapi pada waktu paginya dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan harta benda dunia." (Hadis riwayat Muslim).Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga mengingatkan kepada umatnya supaya sentiasa berlindung daripada perbuatan atau perkataan yang boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah). Hal ini disebutkan dalam sabda Baginda yang bermaksud :"Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyampaikan khutbah kepada kami: "Wahai manusia takutlah kamu mengenai syirik, kerana syirik itu lebih tersembunyi daripada rayapan perjalanan semut." (Abu Musa) berkata kepada Baginda: "Sesiapa dengan kehendak Allah, dengan berkata bagaimana kita menjauhi syirik dalam keadaan ia lebih tersembunyi daripada rayapan perjalanan semut? Baginda bersabda: "Kamu ucapkan :"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan engkau daripada sesuatu yang boleh menyekutukan- Mu sedangkan ianya kami tidak mengetahui." (Hadis riwayat Ahmad).Maka adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu Muslim supaya berhati-hati terhadap perkara yang boleh membawa syirik, dengan apa jua sebabnya lebih-lebih lagi untuk mengaut keuntungan harta atau dunia jika dibandingkan dengan akibat yang ditanggung kemudian hari.<image001.gif><image002.jpg>--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "BEKAM" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to bekam+unsubscribe@googlegroups.com.
To post to this group, send email to bekam@googlegroups.com.
Visit this group at http://groups.google.com/group/bekam.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "thesilaturrahim" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to thesilaturrahim+unsubscribe@googlegroups.com.
To post to this group, send email to thesilaturrahim@googlegroups.com.
Visit this group at http://groups.google.com/group/thesilaturrahim.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (9) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment