Tuesday, April 22, 2014

RG2011... Fw: Gua Pernah Upkan Cerita Nih

 



Gua Pernah Upkan Cerita Nih

telokbakong.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
 
Bhai/DeeDee semua...

Isu nih gua dah pernah upkan dulu... Gua ader ramai kawan dalam JPJ... Dan diorang semua citer benda yang sama gak...

Sampai ke hari ini takder seorang pon pemandu bas dua tingkat yang kompeten dengan pemanduan bas dua tingkat... Tambah lagi tidak ada sekolah nemandu yang menyediakan bas dua tingkat sebagai alat latihan dan bantuan mengajar...

Malah... Sampai ke hari ini JPJ tak pernah mengeluarkan atau meluluskan mana-mana silibus latihan pemanduan bas dua tingkat..

So... Aper kejadahnyer bas dua tingkat ini dibenarkan berkhidmat diatas jalan di Malaysia... Bawak bas dua tingkat tak sama macam bawak bas setingkat... Ader pusat graviti yang berbeza... Ader teknik pemanduan yang khusus... Ader kelajuan yang sepatutnya...

Siapa sebenarnya yang kaya hasil dari bawak masuk bas dua tingkat nih... Saper krono yang bawak masuk... Macam mana SPAD, JPJ, JKJR dan MIROS boleh benarkan bas nih beroperasi diatas jalan di Malaysia...

Hahaha... Ini serupa macam kong kali kong JPJ, PUSPAKOM dan Kerajaan Malaysia pasai tinted kenderaan jer ... Hahaha... Satu kata tahan... salah... tapi bisnes tue macam bercambah jer.. takder kena tahan pon peniaga kedai tinted tue... Hahaha

Macam sial jer kan.... Hahaha... 


 
 

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara, tapi sejak bila Gunung Jerai guna Bas 2 tingkat..??

kedahlanie.info
 
Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara

Perkhidmatan bas dua tingkat di enam laluan tinggi - Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Larut, Gunung Jerai, dan Bukit Tinggi akan dihentikan sementara mulai Mei depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar) berkata langkah ini diambil susulan beberapa kemalangan bas yang melibatkan maut sebelum ini.

"Keenam-enam jalan ini akan kita tangguhkan perkhidmatan bas dua tingkat sehingga kajian atau kelemahan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kemalangan bas di Putrajaya hari ini.

Katanya, keputusan ini dibuat susulan dari syor Panel Penasihat Bebas mengenai Kemalangan Bas Genting Highlands yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye kepada kementerian.

"Kita juga bersetuju untuk mengguna pakai 'UN Regulations' dalam pembinaan bas menggunakan R36, R16, R32, R66, R80 dan R107, yang akan memastikan pembinaan struktur kenderaan itu mesti mengikut standard ditetapkan badan tersebut," katanya.

Abdul Aziz berkata ini termasuk penggunaan tali pinggang keledar di setiap tempat duduk bas ekspres dan pematuhan ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2015. Bernama, 22 April, 2014.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment