Monday, April 21, 2014

RG2011... Fw: Hudud - Wanita maafkan pembunuh anaknya disaat

 



Hudud: Wanita maafkan pembunuh anaknya disaat tali gantung sudah dijerut di leher pembunuh tersebut 

telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
 
Betapa mulianya wanita ini. Dia sanggup memaafkan pembunuh anaknya, sekali gus menyelamatkan lelaki berkenaan beberapa saat sebelum digantung.

Aksi berkenaan ditonton oleh orang ramai dan tindakan wanita itu yang memaafkan lelaki tersebut, ketika saat-saat akhir hayatnya, mendapat pujian ramai.

Wanita itu sanggup naik ke tempat hukuman itu dijalankan, lalu menampar pipi lelaki tersebut dan kemudiannya memilih untuk memaafkannya.

Dia kemudiannya membuka tali yang melilit Balal dan melepaskannya daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas Balal kerana menikam anak lelaki wanita itu yang berusia 18 tahun, tujuh tahun lalu.
Gambar mangsa bunuh.
Suspek terselamat dari digantung.
 
Menurut bapa mangsa, Abdolghani Hosseinzadeh, isterinya itu menukar fikiran selepas bermimpi arwah anak mereka, beberapa hari sebelum hukuman itu dijalankan.

"Dalam mimpi itu anak saya memberitahu ibunya bahawa dia berada di tempat yang baik dan memintanya supaya tidak membalas dendam,'' kata Abdolghani.

Sejak mimpi itu, katanya, isterinya telah berfikir dan kemudian mengambil keputusan memaafkan Balal.

Abdolghani Hosseinzadeh juga yakin bahawa Balal tidak berniat membunuh anaknya.
"Anak saya telah menendang Balal dan pada masa sama Balal telah mengeluarkan pisau dari stokinnya. Balal tidak tahu mengendalikan pisau. Dia sungguh naif,'' katanya.

Sumber -mynewshub

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment