Tuesday, April 22, 2014

RG2011... Fw: Misteri di Selangor - Air tak naik di EMPANGAN

 



BERITA YANG MEMBUAT NOH OMAR DAN PARA PARASIT SAKIT HATI ... CATUAN AIR DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AKAN DITAMATKAN MINGGU DEPAN!!!!!

omakkau.blogspot
 


Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak awal Mac lalu akan ditamatkan minggu depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Misteri di Selangor - Air tak naik di EMPANGAN tapi naik dalam SERDANG

kedahlanie.info
 
Banjir berdekatan Stesen Komuter Serdang.

Kuala Lumpur: Banjir kilat dan ribut di Lembah Klang petang semalam, menjejaskan beberapa lokasi di Sri Serdang selain mengakibatkan beberapa kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Petaling Jaya.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan kawasan berhampiran Stesen Komuter Serdang dinaiki air sedalam satu meter, sekali gus menimbulkan kesesakan lalu-lintas. [KLIK SINI]


# Status paras air di dua empangan.

Empangan Sg Langat :
19-4-14 - 51.42%
21-4-14 - 51.71%

Empangan Sg. Selangor :
19-4-14 - 38.53%
21-4-14 - 38.82%

Hanya empangan Sg. Selangor yg merekodkan paras air rendah..

 Ini depan stesyen komuter Serdang.....tinggi air tuuu......
 
 

Banjir kilat, ribut landa Lembah Klang

Oleh Fitri Nizam | bhnews@bh.com.my
 

Kuala Lumpur: Banjir kilat dan ribut di Lembah Klang petang semalam, menjejaskan beberapa lokasi di Sri Serdang selain mengakibatkan beberapa kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Petaling Jaya.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan kawasan berhampiran Stesen Komuter Serdang dinaiki air sedalam satu meter, sekali gus menimbulkan kesesakan lalu-lintas.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata banjir kilat turut menyebabkan kira-kira 30 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang terperangkap berikutan pekarangan sekolah dinaiki air hingga paras lutut.

"Anggota bomba tiba ke sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk membantu memindahkan murid terjejas ke Dewan Rukun Tetangga berhampiran sementara menunggu diambil ibu bapa masing-masing.

"Di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Petaling Jaya, enam kenderaan dilapor mengalami kerosakan ditimpa pokok manakala beberapa bumbung rumah diterbangkan ribut," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Antara kereta yang dilaporkan rosak ialah dua buah kereta jenis Renault, dua PROTON Perdana, sebuah Toyota Camry dan sebuah PRODUA Myvi namun tiada mangsa tercedera ketika kejadian.

Beberapa laluan di lebuh raya Sprint dari Seksyen 16, Petaling Jaya dan Bulatan Dato Onn menuju Bangunan Parlimen, turut ditenggelami serta menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Aliran lalu-lintas dari Bandar Utama ke Taman Tun Dr Ismail dan dari Kelana Jaya ke SS2, Petaling Jaya turut sesak.

Bagaimanapun, banjir dilaporkan surut mulai jam 8.30 malam tadi selepas hujan berhenti.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment