Monday, April 21, 2014

RG2011... Fw: SIAPA PATUT DIPERSALAH ?

 



SIAPA PATUT DIPERSALAH JIKA ORANG BIASA YANG DITIMPA MALANG?

telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot
 
Yong balik Ipoh.

Andak sedang bagi makan kucing jiran. Yong tanya kenapa jiran biarkan kucingnya kelaparan dan berjalan ke sana sini? Andak kata suami jiran kemalangan jalanraya. Patah kedua kaki. Jadi isteri sibuk ulang-alik ke hospital, selain jaga anak. Takde kesempatan jaga kucing. Andakpun cerita bagaimana kejadian berlaku dekat pasar. Suami jiran sedang melintas jalan dan dilanggar kereta. Kejadian yang jarang-jarang berlaku di kawasan pasar yang sibuk dengan orang melintas jalan.

"Boleh dapat pampasam insuran tak?" Tanya Yong.

"Pampasan apa? Si India tu KP takde, lesen memandu takde. Keretapun takde insuran dan takde cukai jalan..." Jawab Andak.

??????????????

Serius ni!!!

"Seorang perempuan yang bersama dengan India tu masa kejadian dah lari..." Kata Andak lagi.

"Mana tau dia lari?"

"Aku ada masa kejadian. Engkau tahu le, aku ni takut darah...jadi berdiri jauhjer.... Aku nampaklah pemandu India tu keluar... Masa tu ramai dah orang berkerumun. Tak dapat dia lari... Tak tau pulak jiran yang asiden." Andak bercerita dengan nada agak kesal.

"Polis tak dapat tangkap ke perempuan tu?"

"Dengornya dah hilang entah kemana. Yang jantan KP takde. Yang betina sama kot... Dalam kereta ada budak. Anak demer." Cerita Andak lagi.

"Heran jugak. Yang jantan dah kena tangkap langgar orang, takkan takdapat tangkap yang betina?"

"Itule pasal... Entah-entah ada skandal apa. Entah-entah pendatang haram. Entah-entah keretapun curi... Entah-entah dah buat jenayah di mana-mana...Dah lama buat kerojer dajje." Andak terus berspekulasi. Nampak risau sungguh dia ada pendatang haram berkeliaran di kawasan elit Melayu Persiaran Bukit Meru, Ipoh.
MALAYSIA NEGARA PALING AMAN?

Siapa salah kalau orang biasa kemalangan? Siapa yang harus bertanggungjawab? Siapa yang menyusahkan rakyat jelata dengan kebanjiran pekerja asing yang kemudian jadi pendatang haram apabila visa kerja luput? Lepas itu beranak-pinak di Malaysia!
BERAPA RAMAI ANTARA PENDATANG INI YANG MEMANDU KERETA TANPA LESEN? (GAMBAR INTERNET)

Pendatang sekarang berlagak macam negara ini milik demer. Sukar untuk bezakan sama ada pendatang haram, pendatang halal atau rakyat India tempatan. Tapi yang sah jadi mangsa rakyat Malaysia.
INI DI SABAH

Jangan sangka warga India yang dapat KP palsu di Sabah akan kekal tinggal di sana. Siapa yang akan menghalang demer berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan melakukan jenayah? Pengkhianatnya Melayu...
6 TAHUN UNTUK PENGKHIANAT NEGARA?

Harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau di negara China, pagar yang makan padi hukumnya amat berat!
INI BUKAN DI MALAYSIA
INI BARU DI MALAYSIA
Bilakah kita dapat menjadi saksi kepada keadilan yang sebenarnya?
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment