Tak sampai 200 hengget tu makna nye berape?
199 hengget ke? Hehehee…
Apehal mahal eh? Sbb branding? Atau sebab kualiti?
Ada je tudung yg lebih murah tapi setanding kualiti ‘fareeda’kan?
Malah labuh lagik.. pehtu, takyah nak beratur seawal 4 pagi, ngalahkan org bangun tahajud.. ekekeke..
Dah nak wat cemane..
Adat orang berniaga, mesti nak untung kaw2..
Bukan senang nak qana’ah..
Pendedahan Fizo Omar Tentang Harga Tudung Fareeda Mahal
Posted on April 18, 2014 in Agama with 0 Comments
255 0 0 Digg0 Google +0
Pendedahan Fizo Omar Tentang Harga Tudung Fareeda Mahal
Pendedahan Fizo Omar Tentang Harga Tudung Fareeda Mahal | Baru-baru ini kecoh satu Malaysia yang mana Tudung Fareeda mempatternkan design tudung mereka. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapakah tudung fareeda ini berharga sangat mahal.
Pelakon terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.
Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.
1. Stok terhad – Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200
“Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran.” – Fizo Omar
2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.
“Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar
3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif
“Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.” – Fizo Omar
4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar‘
Apabila permintaan tinggi dan pengeluaran terhad, sesuatu barang akang meningkat harganya. Jadi, pandai-pandai lah kita fikir.. ada lagi produk yang lain dipasaran. Jadilah pengguna yang bijak.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment