Saturday, April 19, 2014

RG2011... Tulisan Yang Menghidupkan

 

On 20/03/2014, in motivasi, peribadi, by myilham.com

 

Sebuah ilham.

Dalam sejarah penulisan saya, itulah yang saya jadikan tema. Ilham ; yang menjadi asbab saya terus berkarya hingga hari ini.

Tulisan-tulisan saya, tidak bertaraf mega pun. Ia cuma tulisan biasa-biasa. Adakala ia hanya lontaran pandangan. Adakala, motivasi. Adakala juga nasihat.

Sehingga akhirnya identiti sebagai penulis itu terus dihidupkan dalam jiwa. Rohnya ada meskipun jasad kadangkala melangkah laju, kadangkala agak lama kelihatan kaku.

Menulislah, kerana ia syarat kekalnya ilmu.

Menulislah, kerana akhirat kelak ia adalah saham untuk kamu.

Menulislah, kerana di penjuru-penjuru sana masih terlalu ramai yang perlu.

Semua bisikan semangat itu tidak pernah mati. Ia meniup kekuatan saban waktu. Biarpun ada ketikanya, warna cerah bertukar pudar, jemari yang cergas beransur lemah. Akhirnya yang ditekan hanya Ctrl + A  , delete.

 

Cabaran Meraih Kekuatan

Benar, kadangkala ilham ada.

Betul, kadangkala idea mencurah-curah.

Tapi, kekuatan pula tiada. Kudrat tak seperti dijangka. Bagai ada sesuatu yang hilang, yang membataskan tulisan itu dari terus disiarkan. Mulut mahu berbicara, tapi bibir merapat kejap, enggan terbuka.

Itulah petanda kekuatan dalaman telah hilang. Ia suatu azab buat para penulis, para pengkarya, khususnya yang menulis dan berkarya untuk tujuan menghidupkan jiwa-jiwa..bukan berinteraksi dengan akal fikiran pembaca semata-mata!

Kekuatan itu tidak boleh diraih dengan minuman-minuman tenaga, atau ubat-ubatan mahupun vitamin-vitamin pelbagai nama.

Kekuatan itu datangnya dari Allah. Ia menguatkan jiwa, memekarkan hati, mengutuhkan rohani.

Para ulamak sering berpesan mengingatkan kita ; bagaimana mungkin jiwa yang mati boleh menghidupkan jiwa-jiwa yang juga mati?

Tidak mungkin.

Penulis yang hatinya mati – yang tidak berupaya menulis dari hati yang hidup – tidak akan mampu sama sekali untuk menghidupkan hati-hati pembacanya yang mati!

Lalu tulisannya itu bukan tulisan yang menghidupkan.

Ia cuma tulisan yang dibaca sekadar sebuah tulisan. Tulisan yang hanya tinggal bingkai-bingkai kata, bukan roh yang mampu menggetarkan jiwa-jiwa.

 

Memberi, Jangan Hingga Terabai Diri Sendiri!

Bila saya menjadikan ‘ilham’ itu sebagai tema, sebagai nama, saya mengikat rapat perkaitannya dengan hati. Saya ingin menjadi penulis, pengkarya, pemberi motivasi yang menyebarkan kekuatan dan ‘kehidupan’ dari hati kepada hati. Dari roh kepada roh. Sehingga perjalanan masa yang berlalu sepanjang liku-liku bergelar penulis, pengkarya dan pemberi motivasi ini menjadi sungguh bermakna.

Bukan hanya bermakna untuk orang lain.

Bukan hanya untuk pembaca-pembaca, pengunjung setia, mahupun pengucap ‘terima kasih’ saat dirungkai soalan-soalan mereka.

Tetapi untuk diri saya.

Tulisan itu, selepas berpindah dari otak dan hati saya kepada sebuah bingkaian tulisan yang cantik dan menyenangkan untuk dibaca, ia menjadi suatu ‘jiwa yang kedua’.

‘Jiwa’ yang diharapkan boleh memberi syafaat buat saya.

‘Jiwa’ yang diharapkan mampu menghidupkan jiwa saya.

‘Jiwa’ yang diharapkan mampu menghidupkan jiwa-jiwa pembaca.

Lalu, tiada lain yang saya harapkan melainkan keredhaan dari Allah. Buat saya yang menulis dan anda yang membaca, yakinlah, bila kita sering merasakan kehadiran Allah dalam setiap kerja kita..Allah akan pandu tiap usaha kita. Allah akan hindarkan kita dari kesilapan dan kesalahan, apatah lagi jalan kesesatan menuju neraka yang kita sangkakan sebagai jalan bahagia menuju syurga!

Moga karya-karya saya terus diberkati oleh Ilahi.

Buat para pembaca yang saya hormati, teruslah berkunjung ke sini dan cedoklah manfaat dari apa yang saya titipkan. Besar harapan saya agar firman Allah ini dapat terus kita hayati bersama-sama :

 

 

” Maka berilah khabar gembira kepada sekalian hamba-Ku ( iaitulah ) mereka-mereka yang apabila mendengar sesuatu perkataan maka mereka mengikuti apa yang terbaik daripadanya. Mereka-mereka itulah golongan yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka-mereka itulah golongan yang berfikir.” ( Az – Zumar : 17 – 18 )

Sekian.

Jadilah Sebahagian Dari Pembaca Myilham.Com. Sertai Facebook/Myilham.com. Terima Kasih.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment