Sunday, May 4, 2014

RG2011... 2 suri rumah didenda kerana cederakan jiran angkara komen dalam Facebook

 

2 suri rumah didenda kerana cederakan jiran angkara komen dalam Facebook
Posted on Friday, May 02 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Berita "

Buek malu oghang Nismilan yo. Mano poei eh semangat ukhuwwah Islamiah dan semangat kejiranan kito? Jangan pulak ado cikgu yang tumbuk guru bosa lopeh ini angkara Whatsapp atau Facebook sudahlah, buek malu anak mughid yo! Campak an yo telipon tu kok buek doso yo, dongan kekawan bukan main laei bebughak dalam Fesbuk dan Watsup, dongan dongan mak ayah kek kampung tak di jongok eh.

2 suri rumah cederakan jiran angkara komen dalam Facebook didenda

1 Mei 2014 Seremban: Gara-gara mencederakan jiran mereka, dua suri rumah masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa akibat tidak puas hati dengan komen dibuat dalam laman sosial Facebook.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut kertas tuduhan, Maziah dan Melor didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap Saridah Sohib, 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, 21 Februari lalu, kira-kira jam 10 malam.

Mengikut fakta kes, ketika Saridah (pengadu) berada di rumahnya di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin, dia didatangi kedua-dua tertuduh dan berlaku pertengkaran antara mereka."

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment