Budak Kampung |
Posted: 24 Apr 2014 09:27 PM PDT Membetulkan salah faham. Berkenaan suara wanita, 1. bilakah masanya aurat? 2. bilakah masanya harus? Dalil bahawa HARAMnya wanita menyanyi depan bukan mahram. Suara wanita hukum asalnya bukan aurat. Tapi suara wanita yg dilembutkan atau dilenggok-lenggokkan menjadi alunan atau nyanyian yg merdu atau lunak, itulah aurat. Dalilnya:
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137) Imam As-Suddi berkata: larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161) |
Life, In All Its Beautiful Forms - الحياة ، بكل أشكال جميلة Posted: 24 Apr 2014 08:42 PM PDT |
Tidak Mengharapkan Balasan dan Pertolongan Posted: 24 Apr 2014 08:26 PM PDT Kita tidak perlu terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang telah kita lakukan seperti balasan daripada pertolongan yang telah diberikan. Dan kita juga tidak boleh mengharapkan bantuan orang tanpa berusaha atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dan dilakukan oleh manusia biasa. Kita perlu memeliharan hati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam kehidupan seharian antaranya adalah seperti berikut: 1. Tanpa mengharapkan balasan di atas pemberian atau pertolongan yang diberikan dan mesti menerima dengan hati yang ikhlas. 2. Memohon sesuatu atau berdoa kepada Allah S.W.T, mesti diiringi dengan usaha dan menyedari bahawa Allah S.W.T yang Maha Mengentahui dan hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan permintaan dan harapan seseorang. 3. Jangan mengharap dan meminta bantuan orang lain semasa menghadapi masalahsebolehnya cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri masalah itu. 4. Jangan mengharap sumbangan atau ehsan daripada orang lain semasa mengalami kesempitan hidup sebolehnya mestilah berusaha untuk memperbaiki hidup. Setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan keizinan Allah S.W.T tetapi seseorang tidak boleh mengharapkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa usaha. Oleh itu setiap manusia perlu berdoa, berusaha dan bertawakal. Begitu juga dalam menjalani dalam kehidupan seharian, jangan mengharap bantuan orang lain.. From: Fairlady Shania Sent: Monday, June 20, 2011 4:16 AM To: undisclosed recipients: Subject: [Mahligai] ~~~Tidak Mengharapkan Balasan dan Pertolongan~~~ |
Doa bagi mengekalkan kasih sayang Posted: 24 Apr 2014 08:14 PM PDT Assalamualaikum warahmatullah, Saya bukanlah seorang yang pandai berfalsampah berfalsafah, tetapi untuk sesekian kalinya, saya berehat seketika daripada memikirkan persoalan yang berat-berat dan hari ini cuba bercakap mengenai perkara yang relax dan ringan iaitu tentang kasih sayang. Hari ini saya dikejutkan dengan kisah perceraian Azrinaz. Esok lusa entah siapa pula yang bercerai-berai. Begitulah episod kehidupan suami isteri yang goyah dilambung badai. Saya pernah diberitahu oleh seseorang, katanya, "Aku ni sayang lagi dengan mem aku, tapi kasih tu sudah tak ada." Aik...? Kasih dan sayang tak samakah? Hemm.. Menurutnya lagi, tak sama. Adapun perasaan kasih itu 'akan menyebabkan diri ingin mengasihi dan dikasihi' oleh pasangan (selalunya kekasihlah). Manakala perasaan sayang itu sekadar 'satu perasaan sementara masih ada'. Ini serba sedikit penjelasan yang diberikan yang masih saya ingati dan faham. Huraiannya panjang, agak sukar untuk saya menuliskan ke semuanya di sini. Apa perbezaan antara kasih dengan sayang? Siapa yang boleh berikan penjelasan, sila-silalah kongsikan dengan saya. Mungkin perasan kasih itu sudah tiada kerana sudah bertukar menjadi kasih + an = kasihan… ? Hemmm… Jika kasih bertukar kasihan, itu sudah petanda parah namanya... Apakah erti kasih sayang dan cinta dalam Islam? Menurut laman sesawang web JAKIM, kasih sayang dan cinta adalah fitrah manusia yang normal yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dalam Islam fitrah sedemikian mestilah disalurkan mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Bagaimana pula caranya untuk memelihara perhubungan yang baik dan suci? Menurut JAKIM lagi, perhubungan yang baik dan suci sesama manusia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan hubungan manusia itu dengan Pencipta iaitu dengan Allah SWT. Oleh yang demikian setiap manusia mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT demi memastikan hubungan yang baik diperolehi sesama manusia, sebagaimana firman Allah SWT, mafhumnya,
Untuk lebih mudah faham, maksudnya, pasti ditimpa kehinaan ke atas mereka (manusia) di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT dan manusia. Kasih sayang tergantung di Arasy Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud,
Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan tidak akan pula mencintai dan dicintai. Dalam apa-apa saja perhubungan yang telah pudar kasih dan sayangnya, kenalah muhasabah diri dan buat check list, adakah kita masih menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya? Kasih dan sayang bukanlah sesuatu yang boleh dikekalkan dengan hanya berpeluk tubuh tanpa perlu berbuat apa-apa. Kasih dan sayang perlu dipupuk dan dibajai selalu. Cuba kita lihat perhiasan tembaga tinggalan nenek, jika tidak digilap, sudah tentulah rupanya suram dan muram. Kalau ada kenduri kahwin yang memerlukan penggunaan perhiasan tembaga ini, barulah sibuk anak-cucu menggosok tembaga dengan 'brasso', hem.. berkilat semula setelah digilap. Secara logiknya, mana mungkin sebiji benih boleh tumbuh menjadi sebatang pokok yang gagah dan sihat, tanpa perlu disiram, dibajai, digembur-gemburkan tanahnya, dirumput dan sebagainya. Begitu juga dengan kasih dan sayang. Jangan campan benih dan tunggu sahaja atau hanya menggilap tembaga sekali dua dalam setahun. MESTI baja hari-hari, MESTI gilap hari-hari... erk... penat weh! Tapi, insya Allah, berbaloi hasilnya nanti. Jika sayang masih ada tetapi kasih sudah pudar, apa kata kita cuba amal-amalkan doa yang saya petik dari Jakim. Ini adalah antara ayat yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita sahaja. [QS3:31] Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi 'u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum waallahu ghafu-run rahiim. Terjemahannya :
Hendaklah diamalkan ayat di atas dengan membacanya sehingga akhirnya dan diniatkan selepas membaca supaya hubungan suami isteri atau keluarga rapat dan bahagia serta aman damai. Wallahu 'alam. Mudah-mudahan bermanafaat. Selamat beramal! * Sumber :: |
Posted: 24 Apr 2014 07:31 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from Kampung Cekok | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



















No comments:
Post a Comment