Pelajar kesal jadi 'korban' UM sambut Obama
telokbakong.blogspot.
wargamarhaen.blogspot
Posted & copy by Rakyat Marhaen
Empat pelajar UM terima surat tunjuk sebab kerana bantah Obama
telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
Empat pelajar Universiti Malaya (UM) yang mengadakan bantahan semasa kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke universiti itu mempersoalkan tindakan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka.
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Fahmi Zainol berkata surat tunjuk sebab sewajarnya diberikan kepada pelajar yang mengajukan soalan kepada Obama kerana perbuatan mereka memalukan universiti.
"Kami beranggapan UM iaitu timbalan naib canselor silap menghantar surat tunjuk sebab tersebut yang sepatutnya diberikan kepada mahasiswa yang mengajukan soalan.
"Tindakan merekalah ternyata memalukan nama UM dengan soalan yang tidak melambangkan keintelektualan mahasiswa UM," katanya pada sidang media di Kompleks Perdanasiswa UM di Kuala Lumpur, hari ini.
Semasa sesi soal jawab Obama bersama pelajar Asean di Dewan Tuanku Canselor UM pada 27 April lalu, sekumpulan pelajar mempamerkan plakad membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan isu pergolakan Mesir.
Berikutan tindakan provokasi itu, seramai empat mahasiswa menerima surat tunjuk sebab yang memerlukan mereka menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari, jika tidak tindakan tatatertib akan diambil.
Fahmi berkata apa yang dilakukan pihak UM dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab berkenaan merupakan tindakan 'lebih sudu dari kuah' kerana kedutaan Amerika Syarikat sendiri tidak mengambil tindakan terhadap mereka.
Katanya, HEP juga menyalahgunakan kuasa dengan menghalang kebebasan bersuara, berpersatuan dan hak mahasiswa.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan saman setelah mendapatkan nasihat dari pihak peguam terhadap UM.
"Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dikaji semula sama ada masih relevan atau sebaliknya. Kerajaan tidak perlu takut dengan mahasiswa. Kami bukan penjenayah," katanya kepada pemberita yang hadir.
Ketika ditanya bagaimana jika pihak universiti mengambil tindakan lebih drastik selepas ini, Fahmi berkata: "Tiada masalah kerana kami memperjuangkan konsep keadilan dan kami rela digantung jika ribuan mahasiswa lagi masih disekat suara.
"Perjuangan lebih penting daripada kepentingan peribadi. Biarlah mahasiswa bebas bersuara untuk menjamin masa depan negara," katanya lapor The Malaysian Insider

Comments
abrahamalley ·
puak puak umporno yang songlap duit lembu sampai beli kondo tak pulak bagi surat tunjuk sebab kenapa songlap duit. dasar macai
no2ajal ·
ini la peluang nak tunjuk bukan semua orang suka sama dasar amarika bapa penjenayah perang dunia
tunjuk depan depan bukan bila dia dah balik
syabas anak muda yang berani

JIHA-DISC ·
pemain golf amatur si muhyidin berkata ranking di dunia IPTA malaysia terjelepuk merundum x menunjukkan taraf yg sebenar .... ( kata2 tu hanya utk menyedapkan hati dia shj).
penipu rakyat pkr ·
memang betul semua di ajar anwar untuk berdemo aje, sebab ranking di dunia IPTA jatuh
JIHA-DISC ·
x kan lah pelajar begitu bodoh utk terpengaruh dgn idea perjuangan anwar...kecuali yg takut utk berumah ditepi pantai
JIHA-DISC ·
ali tinju lahabau tu lah pengasas senaman bontot...skg dia sudah dpt bala konon2nya x suka umgok tapi akn masih undi BABI-N...bodoh ke apa ??? ( dia takut puak umgok balas dendam kat dia itu pasal dia cakap masih sokong BABI-N )

No comments:
Post a Comment