From: dsj <dsjkamarul@gmail.com>
Sent: Monday, 11 April 2011 16:31:12
Subject: RG09... Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM
fuhhhhhhhhhhhhh....adakah ini adalah PETANDA yang mana Sarawak akan ada perubahan...Wala'hualam Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM |
Regina Lee & Wong Teck Chi | Apr 11, 11 2:45pm |
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. |
--
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
(='.'=)
(")_(") Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
dsjkamarul
November 26th 2010
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment