KUANTAN, 11 April - Umat Islam di negeri ini kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang membenarkan penganjuran Miss Malaysia 2010 di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Metro Ahad semalam. Mengejutkan apabila pertandingan ratu cantik itu disertai oleh golongan Mak Nyah (pondan). Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sini dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu. Salah seorang peserta yang menyertai acara tersebut mengakui pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik," kata peserta terbabit.
Aksi perserta pertandingan Miss Malaysia 2010 menjawab soalan juri
Ini pula Youtube video acara tersebut, tapi telah dihalang untuk semua
melihatnya selepas isu ini dibongkarkan di internet dan Metro Ahad
No comments:
Post a Comment