Kekayaan yang dimiliki, biasanya akan disusuli dengan
ujian Allah. Biasanya dalam keadaan ini banyak orang
yang tidak berupaya untuk menahan ujian berkenaan.
Justeru, Islam sentiasa memperingatkan manusia akan
bahaya harta. Sebabnya cukup jelas iaitu harta berpotensi
menyeret manusia kepada kebinasaan di dunia dan akhirat.
Juga berpotensi melalaikan manusia dari Allah, juga bakal
melupakan manusia dari tujuan hidupnya yang hakiki, iaitu
mencari kesenangan yang sebenarnya di akhirat kelak.
Memang benar kemewahan dan kesenangan mesti diterokai.
Harta mesti dicari selagi kita ada usaha,tenaga, ikhtiar yang
mampu untuk melakukannya. Namun jangan sekali meletak-
kan keutamaan dalam kehidupan melebihi daripada tuntutan
agama yang diperintahkan kepada kita melakukannya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) di dunia."
(al-Qasas:77)
Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia,
manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan
syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan,
merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta
untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.
Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa apa-apa
erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.
Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabda-
nya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba
(manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal harta-nya
itu sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan
kepada orang lain".
(Muslim)
--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment