Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Sebelum ni Blog MiLo SuaM telah mendedahkan kemelut dalaman Universiti Industri Selangor, UNISEL dalam artikelnya yang gua copy & paste dekat bawah:
Bongkar kemelut Universiti Industri Selangor, UNISEL!Pagi ni bila gua bukak Laptop gua sementara menunggu waktu imsak, gua terjumpa laporan ni dalam Utusan Malaysia Online... Beritanya dekat bawah:
Sejak semalam media elektronik dan akhbar-akhbar menyiarkan berita Rokmaa Mat, bekas Pendaftar Unisel akan "dikembalikan" ke Pejabat Menteri Besar atau Yayasan Selangor, akibat kemelut Unisel.
Pada tahun 2001, atas kuasa Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor, Rokmaa Mat yang asalnya hanya seorang guru biasa dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Pendidikan Yayasan Selangor dengan gred 54.
Semasa di Yayasan Selangor, beliau bukanlah seorang "performer" kerana prestasinya hanya biasa-biasa sahaja, selain menjadi mata dan telinga Khir Toyo. Akibatnya, beberapa pegawai yang tidak disenangi oleh Khir Toyo ditekan, dipindahkan ke tempat yang jauh atau dibuli, dengan cara tertentu.
Semasa menerajui bahagian pendidikan Yayasan Selangor, keputusan pelajar jadi merosot kerana dia suka melaga-lagakan pegawai atas faktor pilih kasih.
Maka sesiapa yang pandai bermuka-muka akan mendapat perhatian beliau. Maklumlah, sebagai Timbalan pengurus Besar Pendidikan, beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pengurusan tertinggi. Sebab itu Rokma tidak disenangi oleh kakitangan bawahan.
Apabila wujud kekosongan jawatan pendaftar di Unisel, beliau diarahkan oleh Khir Toyo untuk mengisi jawatan itu, demi meluaskan pengaruhnya sebagai MB di universiti swasta itu.
Untuk itu, beliau meletakkan jawatan di Yayasan Selangor pada tahun 2006 untuk menerima jawatan gred Jusa C dan lebih berprestij di Unisel.
Sejak itu, bermulalah episod cengkaman beliau di Unisel, maklumlah dia orang Khir Toyo.
Rupa-rupanya Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo. Patutlah beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.
Sumber dalaman Unisel menunjukkan bahawa kakitangan Unisel memang tidak menyukai beliau, kerana sering menghalang aktiviti pelajar dan pensyarah yang tidak menyokong UMNO/BN.
Ini ditambah pula dengan usaha beliau yang dikatakan mensabotaj pengambilan pelajar baru Unisel sehingga kemasukan pelajar merosot. Beliau melakukan pelbagai cara dengan "menyimpan" fail permohonan pelajar, menutup khidmat kemasukan pelajar onlne dan mengurangkan publisiti pengambilan pelajar. Tujuannya ialah untuk menunjukkan kerajaan Tan Sri Khalid gagal mentadbir Unisel.
Adakah patut seorang pegawai kanan bertindak demikian?
Dia pula bersekongkol dengan Naib Canselor, Dr. Rosti.
Dibongkar juga cerita sebenarnya Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang profesional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.
Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong "geng UMNO" dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.
Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Hal ini diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai-pegawai kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.
Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.
Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.
Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.
Oleh itu, cerita Rokma kononnya akan kembali ke jawatan asalnya di Yayasan Selangor adalah tidak benar. Dia sudah meletakkan jawatan pada tahun 2006.
Jika dihantar ke Yayasan Selangor, beliau hanya akan menjadi "penumpang" yang tidak dikehendaki. Dia sudah pasti akan membuat "onar" dan menganggu pengurusan sedia ada.
Jawatannya di Unisel hanyalah bertaraf kontrak. Oleh itu, dia akan ditamatkan kontraknya mengikut masa yang ditetapkan.
Jika Rokmaa Mat mempunyai maruah, dia sepatutnya meletakkan jawatan. Jika dia menerima untuk dihantar ke Yayasan Selangor, bermakna dia memang muka tak malu!
Pemangku NC Unisel dakwa Dr. Rosti, tiga pegawai punca masalahGua rasa agak pelik bila Utusan Malaysia yang kita sedia tau tak pernah menyiarkan berita yang membenarkan kenyataan dari Pimpinan Pakatan Rakyat tiba-tiba hari ni telah mengeluarkan berita yang secara jelas telah mengiakan kemelut yang berlaku dalam UNISEL sedang dalam masa yang sama media-media pro UMNO/BN yang lain-lain asyik membantai kepimpinan Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor dalam kemelut UNISEL.
SHAH ALAM 16 Ogos - Pengurusan baru Universiti Selangor (Unisel) menafikan wujudnya salah guna kuasa atau campur tangan politik dalam tindakan melucutkan jawatan tiga pegawai kanannya sehingga menyaksikan peletakan jawatan Naib Canselor, Datuk Dr. Rosti Saruwono baru-baru ini.
Pemangku Naib Canselornya, Prof. Dr. Anuar Ahmad sebaliknya memberi alasan, ketiga-tiga pegawai itu gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan universiti berkenaan menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan.
''Sejak Rosti dan ketiga-tiga individu terlibat memegang jawatan tertinggi di Unisel pada 2009, kami menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan.
''Jumlah pelajar juga menurun daripada 12,000 kepada 8,000 orang manakala pelajar kursus perniagaan menurun tidak sampai 3,000 daripada jumlah asal iaitu seramai 5,000 pelajar. Jika ini terus berlaku, bagaimana hendak membayar gaji pensyarah," katanya pada sidang akhbar di kampus Unisel Shah Alam di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam.
Pada 2 Ogos lalu, Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24 jam dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Ketika memberi penjelasan mengenai peletakan jawatannya, Rosti berkata, beliau mengambil tindakan itu selepas tidak bersetuju dengan arahan Jawatankuasa Pengarah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melucutkan jawatan ketiga-tiga individu terbabit kerana dakwanya, ia dibuat tidak mengikut peraturan.
Beliau tidak setuju menurunkan pangkat ketiga-tiga individu terbabit kerana sepanjang berkhidmat bersamanya, mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.
Ketiga-tiga pegawai kanan universiti tersebut yang menghadapi tindakan dilucutkan jawatan tanpa diberi sebarang surat tunjuk sebab ialah Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman; Pendaftar, Rokmaa Mat dan Pengarah Pemasaran, Halid Hasbullah.
Anuar berkata, di bawah pentadbirannya sebagai pemimpin tertinggi Unisel, beliau akan sentiasa patuh kepada arahan Abdul Khalid termasuk dalam isu pelucutan jawatan ketiga-tiga individu tersebut.
''Kita sudah turunkan jawatan Khalifah sebagai pensyarah biasa manakala Rokmaa yang sebelum ini dipinjamkan akan kembali bertugas di Perbadanan Menteri Besar Selangor dan ia adalah arahan daripada Menteri Besar sendiri.
''Kita sudah ada calon berpengalaman untuk mengisi jawatan Pendaftar manakala status Halid pula belum ditentukan termasuk pengganti yang bakal mengisi tempat beliau," katanya.
Pada gua... Ni mesti ada yang tak kena..!


--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 8/17/2011 04:34:00 AM
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment