Tuesday, August 16, 2011

RG2011... Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini::

FYI, renung2kan le , dah berapa ramai org Melayu tertipu

----- Forwarded Message -----
From: Razali Bin Md Yusoff <razali.mdyusoff@osram-os.com>
To: warga_kilang@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, August 17, 2011 8:52 AM
Subject: [warga_kilang] FW: [RNet] Fw: Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini::

 
 
 
 
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9673-400x300.jpg Taman Perindustrian Sg Chua
dan Taman Kajang Impian,
Kajang, Selangor
26 Jul 2011
12 tghri
 
Serbuan ini membabitkan 4 kategori ubat/kosmetik:
1 – Ubat tidak berdaftar
2- Kosmetik tidak dinotifikasi
3- Produk kosmetik mengandungi racun berjadual
4- Ubat yang dilabel tradisional (ubat papan) disyaki mengandungi racun berjadual
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9640-400x300.jpgRampasan ini bernilai kira-kira RM10 juta.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9603-400x300.jpgTiada yang benar, melainkan yang palsu, tiruan dan penipuan belaka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9718-400x300.jpgBukan mudah untuk melakukan serbuan ini.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9580-400x300.jpg9 buah premis stor termasuk sebuah pejabat dan sebuah banglo diserbu serentak sebentar tadi.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9671-400x300.jpgKawasannya di sekitar Taman Perindustrian Sg Chua dan Kajang Impian.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9625-400x300.jpg2 dari stor ini, tiada siapa yang mahu mengaku milik mereka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9633-400x300.jpgTindakannya, ialah dengan memotong kunci.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9645-400x300.jpgHasilnya – begitu memeranjatkan apabila dibuka…
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9667-400x300.jpg2 bulan kerja-kerja risikan dan intipan dilakukan.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9666-400x300.jpgPelbagai cara dan teknik digunakan, sehinggalah akhirnya keputusan dibuat, semuanya telah mempunyai bukti yang cukup untuk melakukan serbuan.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9579-400x300.jpg50 anggota Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan terlibat – dari Ibupejabat, cawangan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka membantu diketuai Pengarah Penguakuasanya, Mohd Hatta Ahmad.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9593-400x300.jpgHasilnya amat memeranjatkan malah di luar jangkaan sama-sekali.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9647-400x300.jpgRupanya, di sinilah segala mak bapak moyang taulan segala ubat yang anda beli di kedai-kedai runcit, di pedalaman atau bila balik kampung.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9658-400x300.jpgJuga di tanah rancangan Felda, Felcra, malah terdapat di mana sahaja.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9661-400x300.jpgTidak dapat digambarkan, betapa selama ini , anda membeli ubat yang sebenarnya palsu, tiruan, tipu dan membahayakan kesihatan anda.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9669-400x300.jpgAlamat yang tertera juga palsu.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9672-400x300.jpg Ada yang hanya tertulis sebagai Kota Kinabalu, tanpa alamat lengkap. Jadi, mana nak cari pengeluar sebenar (jika benar ada…) dan lengkap dengan hologram Kementerian Kesihatan palsu.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9679-400x300.jpgBayangkan, pakcik, makcik atuk, nenek di kampung yang tak tahu apa, terpedaya dengan ubat-ubat yang kononnya boleh menjadikan mereka kuat, gagah dan bernafsu.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9692-400x300.jpgPelbagai taktik digunakan bagi menarik mereka untuk membelinya.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9676-400x300.jpgLukisan-lukisan berlambangkan  orang tua, masjid, dan perkataan-perkataan yang melambangkan kekuatan, bertulisan jawi, malah ada tertulis berbagai ayat yang 'menggoda'.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9690-400x300.jpgIsinya ?
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9685-400x300.jpgAdalah kapsul-kapsul pelbagai warna yang tidak diketahui apakah bahannya, dimasukkan ke dalam paket-paket kecil ini dan dijual sebagai 'ubat papan'.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9620-400x300.jpgBagi wanita, produk-produk untuk melicin, memutih, melembut dan menjadikan wajah cantik, dibungkus sebegitu rupa.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9684-400x300.jpgBermacam-macam krim/losyen dan bedak pelbagai jenama dan bentuk ditemui.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9741-400x300.jpgApabila dibuka, ada antara losyen/krim/bedak ini yang telah berkulat dan berubah warna.
Malah baunya juga begitu berbeza dengan yang asal.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9660-400x300.jpgJika anda masih tidak mahu mengakui, pernah menggunakan jenama seperti di atas, bagaimana pula dengan jenama ini?
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9680-400x300.jpgYe, kelihatan sama, tapi sebenarnya tidak serupa.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9682-400x300.jpgPembungkusannya begitu berbeza dengan warna kotak yang agak gelap.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9691-400x300.jpgMalah bau/kesannya juga tidak seperti yang asli/asal.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9704-400x300.jpgAnda masih kurang yakin bahawa ini adalah barangan tiruan, palsu dan sebenarnya diimport dari negara luar?
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9710-400x300.jpghttp://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9696-400x300.jpgMari kita naik ke tingkat atas salah satu premis yang diserbu.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9714-400x300.jpgJutaan kotak-kotak kosong ada di dalamnya, malah hampir apa sahaja kotak produk terutama krim/bedak ada di sini, menunggu untuk pembungkusan.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9717-400x300.jpgDan siasatan juga mendapati bahawa syarikat ini menggunakan maklumat palsu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9711-400x300.jpgKononnya mereka menjalankan perniagaan pemborong dan juga perniagaan am, menjual sabun dan air galian.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9694-400x300.jpgTapi, inilah hakikat sebenarnya – tiada yang benar, melainkan semuanya palsu, tiruan dan bohong belaka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9727-400x300.jpgDan antara lokasi diserbu termasuk sebuah banglo terletak di Kajang Impian.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9730-400x300.jpgRibuan produk yang telah dibungkus juga dirampas dari banglo ini.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9576-400x300.jpgBegitu juga di sebuah premis yang dijadikan pejabat.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9578-400x300.jpgMalah ubat -ubat ini juga dijual secara terbuka di kedai milik rangkaian mereka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9747-400x300.jpgRampasan bernilai kira-kira RM10 juta ini sebenarnya tidaklah banyak jika dibandingkan, betapa ramainya manusia yang telah rosak akibat darinya.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9749-400x300.jpgBetapa hukuman yang begitu ringan, menjadikan kegiatan ini bagai tidak akan kesudahan dan ditambah lagi dengan kebodohan pengguna sendiri.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9744-400x300.jpgSecara terus terang dan jujurnya, dianggarkan 90 peratus pengguna ialah berbangsa Melayu yang menggadaikan masa depan kesihatan mereka dan ada yang menggadaikan nyawa sendiri.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9748-400x300.jpgBetapa bodohnya Melayu-melayu ini  yang inginkan segala-galanya serba kuat, serba gagah, serba 'sempurna', serba cantik, serba menawan yang sebenarnya melambangkan betapa serba BODOHNYA mereka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9743-400x300.jpgJika anda masih percayakan semua 'khasiat' ubat-ubat kuat ini, silakanlah terus membeli dan mentekedarahnya.
Yang kaya raya, yang senang lenang, yang bergumbira dengan kebodohan anda, ialah mereka-mereka ini dan keluarga mereka.
http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9745-400x300.jpghttp://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/07/DSCN9746-400x300.jpg
 
Click here to report this email as spam.
 
This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com
 
 


No comments:

Post a Comment