Wednesday, August 24, 2011

RG2011... Re: Fw: [Islamic-ebook] NGO Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg (Edisi Ramadan 20hb Ogos 2011): Mencari Janji Tuhan

 

Wasalam,

Terima kasih byk2

Kami just DO IT apa yg mampu
Kami just a POSMEN penunjuk jalan utk kawan2
Kami just want to SHARE dgn kawan2 utk sama2 cari pahala
Kami just NGO kecik yg tak de FUND utk membantu sendirian

So menjadi harapan kami utk tuan puan semua bergabung tenaga dgn kami dlm melaksanakan sebarang aktiviti yg direncanakan

Jutaan terima kasih kepada semua pemyumbang2
InsyaAllah jika ade sebarang program , kami akan war2kan lagi.

Saya bagi pihak NGO wargakilang mengucapkan
" Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"

Shukri
NGO Wargakilang

From: norhisham shah zulkifli <radensham@gmail.com>
To: Islamic-ebook@yahoogroups.com
Sent: Thursday, August 25, 2011 9:45 AM
Subject: Re: Fw: [Islamic-ebook] NGO Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg (Edisi Ramadan 20hb Ogos 2011): Mencari Janji Tuhan

 
Salam,

Kepada NGO Wargakilang...

Syabas di atas usaha Tuan Tuan.. dan juga kepada semua penyumbang bantuan.. semuga Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada anda semua.

diharap usaha usaha sebegini akan dapat membuka mata Pusat Pusat Zakat, Baitulmal, Jabatan Jabatan Agama Islam dan Majlis Majlis Agama Islam yang dibayar gaji untuk menajaga kepentingan orang orang Islam yang kurang bernasib baik ini... 

Semuga usahahmurni ini akan dapat mengelakkan akidah mereka iini daripada tergelincir kepada kekufuran oleh kerana kefakiran...

Walaubagaimanapun.. kepada NGO Wargakilang.. teruskan usaha murni Tuan tuan dan Puan puan kami sentiasa mendoakan Allah memberi kekuatan kepada anda semua


Wassalam.


2011/8/24 MohdMasri Jamaat <masrij@technip.com>
 
[Attachment(s) from MohdMasri Jamaat included below]

Takhniah & syabas
Semoga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat ganjaran dari Allah

Selamat Berpuasa

Wassalam
Masri Jln.TunRazak KL

----- Forwarded by MohdMasri Jamaat/TECHNIP-MALAYSIA on 08/24/2011 04:04 PM
-----

z1star@gmail.com
Sent by:
Islamic-ebook@yah To
oogroups.com Islamic-ebook@yahoogroups.com
cc

08/24/2011 03:56 Subject
PM Re: [Islamic-ebook] NGO
Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg
(Edisi Ramadan 20hb Ogos 2011):
Please respond to Mencari Janji Tuhan
Islamic-ebook@yah
oogroups.com











Syabas kpd rakan2 ngo wargakilang dan lain2 individu yg terlibat dlm
program JJMK ni

Saya nak ambil kesempatan ini utk ucapkan selamat aidilfitri maaf dzahir
batin kpd semua sahabat2

Salam
Latif, seberang jaya, penang



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: "Dahlan Dollah" <dahland@tnb.com.my>
Sender: Islamic-ebook@yahoogroups.com
Date: Wed, 24 Aug 2011 14:20:06 +0800
To: <Islamic-ebook@yahoogroups.com>
ReplyTo: Islamic-ebook@yahoogroups.com
Subject: RE: [Islamic-ebook] NGO Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg (Edisi
Ramadan 20hb Ogos 2011): Mencari Janji Tuhan




Alhamdulillah.. terharu baca..


Insyallah kalau di izinkan.. ingin jgk kiranya sy bersama2 saudara/saudari
Jalan2 masuk Kg: Mencari Janji Tuhan..


Alhamdulillah, saya doakan kekuatan dan kesihatan agar program2 mcm ni di
pergiatkan..








From: Islamic-ebook@yahoogroups.com [mailto:Islamic-ebook@yahoogroups.com]
On Behalf Of Mohd Shukri Mohamed Talib
Sent: 24 Ogos 2011 09:57
Subject: [Islamic-ebook] NGO Wargakilang: Jln-Jln Masuk Kg (Edisi Ramadan
20hb Ogos 2011): Mencari Janji Tuhan





As Salam Semua,

Bagi pihak wargakilang, saya ucapkan jutaan terimakasih kepada semua
penyumbang2 dan perserta2 yg mengikuti program JJMK Edisi Ramadan pada 20hb
Ogos 2011 yg lalu. Semoga Allah memberkati kerja2 kita semua. InsyaAllah

Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada semua org2 kuat team wargakilang
Monier, Aznee, Fendi, Wahab,Halim,Lukman dan Sattar.

Dibawah adalah nukilan dari penulis tetap wargakilang sebagai penutup JJMK
Edisi Ramadan 2011.

Shukri
NGO Wargaklilang


Ko-ordinator Zon Utara





Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Janji Tuhan


Kejap tadi ada kawan dari pedalaman Kuala Ketil, Kedah call; dia tanya tak
dak bantuan ka tahun ini? Saya tanya bantuan apa, dia kata ya lah bantuan
untuk org2 miskin yang hangpa selalu dok buat tiap-tiap tahun bulan posa
tu. Saya kata, baru kelmarin dulu 20 Ogos 2011 kami masuk belah area
Belantek sana nu, dekat 60 buah kereta lebih.

Tadi pulak kat Surau, lepas Isyak tunggu terawih, Cikgu Din yang jadi
penunjuk jalan untuk kami masuk kampong area Kubuq Panjang, Pendang Kedah
tahun lepas habag, waktu dia balik kampong di Pendang sana nu semalam, Tok
Imam masjid tu tanya dia, tak dak lagi ka program macam tahun lepas tahun
ini? Cikgu Din kata, tahun ini depa (NGO WARGAKILANG) pi kot lain pulak
kot.

Ahad weekend baru ini, waktu saya bawa balik satu Triton kain baju terpakai
yg kwn-kwn bagi, bawa balik ke kampong halaman saya di Baling sana nu;
waktu depa pakat dok berebut pilih baju tu, Tok Esah cakap depa dok sebut
nama saya sejak awal posa lagi, bila la si Munir ni nak bawa balik
baju-baju ni macam tahun sudah-sudah?

Hish, rupa-rupanya dalam sedaq tak sedaq, kerja amal yang kawan-kawan dok
buat thru WARGA KILANG ini, walaupun tak organize tara mana, tapi hebat
jugak kesannya; rasa bersalah pulak bila dok terima call dan feedback macam
tu. Orang dok mengharap, tapi kita tak berkemampuan.

Kami ni bukanlah NGO besaq2 yang ada ramai kakitangan dan dana
berpikoi-pikoi. Kami hanyalah sebuah NGO kecik, yang penerajunya tak sampai
pun 10 orang, di mana kami sesama kami selalu mengingatkan antara kami
bahawa modus operandi kami ialah sebagai PENUNJUK JALAN mcm kaum Aborigin
yang menjadi pemandu arah dan pemikul brg kpd expedisi masuk rimba di
hutan-hutan Amazon sana nu.

Bezanya, kami tak charge apa-apa, cumanya mengharap janji-janji Allah SWT,
sebab kami yakin janji Allah adalah benar seperti mana firmannya dalam
surah At-Taubah 111, barangsiapa yang mengorbankan masa dan tenaga, jiwa
dan raganya untuk kerja-kerja macam ini, insyaallah akan dibalas dengan
balasan syurga di sana kelak, di hari yg tiada apa yang mampu membantu kita
melainkan kerja amal dan kerja buat kita yang baik sewaktu masih hidup di
dunia ini.

Kerana memikirkan kami ini hanyalah sebuah NGO keciklah, makanya pada hari
Sabtu 20 Ogos 11 lepas, saya agak terkejut bila melihat lebih drpd 60 buah
kereta/MPV/4WD berbagai jenama menyertai expedisi Jln-Jln Masuk Kg membantu
fakir miskin di bulan Ramadhan kali ini. Tak sangka pula ramai yang nak
ikut mai.

Walaupun nama kami WARGAKILANG, tapi waktu saya bagi bagi briefing di
Masjid Lubuk Merbau itu, saya nampak ramai juga yang datang bukan geng
kerja kilang.

Antara bukan orang kilang yang saya ingat ialah Pak Ya dan Team Rukun
Tetangga Tmn Utama, Mergong, Dr Nazri dari UUM, Sdra Azrul dari UiTM
Permatang Pauh bersama para pelajarnya, Sdra Shamsul daripada sebuah NGO
bernama PAKSI dari Perak, Encik Yusuf Presiden NGO Pertama dari Kuala
Lumpur dan yang tak sangka sekali ialah seorang Tuan Imam dari Bertam
Perdana, Hj Elias bersama beberapa orang anak kariahnya. Mereka ini
masing-masing datang kerana ingin menyumbang dan melihat sendiri
kerja-kerja amal dan CSR ini secara lebih dekat.



(Embedded image moved to file: pic01616.jpg)





Pun begitu, majoriti yang memeriahkan aktiviti JJMK kali ini ialah
pekerja-pekerja kilang dari berbagai buah factory di sebelah sini, dari
level Security Guard, Clerk hinggalah ke level GM. Antaranya ialah dari
kilang INTEL (depa saja!), Osram, Motorola, Siltera, Toray, Fuji, Seagate,
Naza Gurun, Hoya, Celestica, Dell, Lumiled, Venture dan Schenker Logistic
dll yang tak sempat saya catat. Ada juga wakil daripada KCSC (Kulim Hi-Tech
Park Company Security Committee), gabungan lebih drpd 20 buah kilang-kilang
industri di Kulim Hi-Tech yg turut serta.

Ada juga yang datang secara sendiri dan tidak mewakili mana-mana kilang
atau pun pertubuhan seperti sdra Kamarul, sdra Zamros dan sdra Mansur suami
isteri dari Perlis.

Ada sahabat suruh saya tulis sikit sebagai penutup Jln-Jln Masuk Kg kami
untuk tahun ini.

Saya tak tau nak tulis apa sebab dok tengok ramai dah yang menulis dalam
blog masing-masing seperti Pak Ya Mergong, Tuan Lukman, Puan Azura, Cikgu
Shakir dan lain-lain.
Kalau saya nak tulis pun, saya nak habag kata perjalanan Jln-Jln Masuk Kg
kali ini memang antara yang paling best.

Apa tidaknya, makcik kakak dan para penerima sumbangan itu nampak seronok
dan gembira sungguh. Bila tengok wajah-wajah depa ini. Bila tengok depa
gembira, kami pun jadi tumpang gembira, tak rasa langsung keletihan atau
pun penat di bulan puasa ini.


(Embedded image moved to file: pic26358.jpg)





(Embedded image moved to file: pic17843.jpg)







Tapi, sepanjang pemerhatian saya, saya dok nampak yang paling seronok tak
sangga sekali ialah budak-budak. Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini:





(Embedded image moved to file: pic27807.jpg)






Anak-Anak di Kota Aur Belantek ini begitu seronok sekali dengan kunjungan
kami, selain dpt pelbagai jenis biskut dan makanan, dapat mainan pulak
lagi. Bagi mak ayah depa, benda-benda macam toys, teddy bear dan mainan ini
duduk last sekali dalam priority list depa. Nak beli teddy bear macam
mananya, nak beli barang makan pun kena berkira. T.kasih lah kpd sapa-sapa
yang terlintas hati bawa mai barang mainan tu. Saya pun tak terpikiaq nak
bawa benda-benda macam toys dan anak patung ini, dlm kepala dok ingat gula
beras kopi saja!

Di bawah ini pula ialah gambaq seorang budak kecik yang waktu kami pi
survey/riki seminggu sebelum ramadhan dulu, dia bertelanjang bogel saja,
tak pakai seluar dok berlari kat halaman rumah.


(Embedded image moved to file: pic07909.jpg)




Rumah pun daif ber-attap rumbia saja.



(Embedded image moved to file: pic00415.jpg)






Ini pula gambaq dia waktu kami pi bagi sumbangan untuk 8 buah keluarga di
rumah Che Ros hari itu.



(Embedded image moved to file: pic24765.jpg)



Bila saya tengok dia pakai baju Kedah KFA yang usang tu, memang nampak
sangat dia tak ada baju baru sebab menjadi kecenderungan orang kampong
untuk berhias pakai lawa-lawa bila ada tetamu mai dari jauh macam kami ini.


Orang-orang mcm depa ni lah yang selalunya berebut-rebut bila saya dok
hantaq kain baju terpakai kampong-kampung pedalaman seperti ini.



Cakap pasal anak-anak, lihat pula anak Puan Rashidah ibu tunggal yang
kematian suami 4 bulan yang lalu ini. Seronok tak kira dia bila dapat teddy
bear – besaq pulak tu; dan di celah-celah itu pula ada seorang cik kak itu
mai huluq kat dia pensil warna dan alat tulis Lagi sekali tak terpikiaq
pula saya nak bawa benda-benda macam tu bawa mai. So, t.kasih lah kpd
sapa-sapa yang terlintas hati nak bawa benda-benda macam itu, besaq
manafaatnya buat adik kita ini.


(Embedded image moved to file: pic04530.jpg)






Sebenarnya jiwa saya agak sensitive bila melibatkan anak-anak ini, mungkin
sebab saya sendiri anak ramai, maka jadinya saya mudah terasa kalau ada isu
bersangkut dgn anak-anak ini.



Mungkin itu juga antara sebabnya saya dan rakan-rakan di WK memilih untuk
membawa rombongan masuk kampong kali ini ke Pondok Mat Nahu sebagai
persinggahan akhir kami untuk JJMK kali ini.



Waktu kami mai melawat depa dua tiga bulan yang lalu, bila tengok betapa
daifnya tempat anak-anak di sini belajar, tempat depa tidur, makan dan
masak tu, saya bertekad suatu hari nanti kalau diizinkan saya nak bawa
kwn-kwn yang selalu dok ikut kami masuk kg tu mai singgah sat tengok pondok
ini.



Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga bawa team JJMK Wargakilang mai ke
sini, dan Alhamdulillah lah juga buat pertama kalinya dalam sejarah Jln-Jln
Masuk Kg Wargakilang, inilah kali pertama expedisi kami berakhir dengan
majlis tazkirah.




(Embedded image moved to file: pic10072.jpg)






Sesungguhnya lain benar rasanya berada dalam majlis tazkirah, dalam
madrasah usang, dalam kawasan pondok pengajian jauh di pedalaman,
disampaikan oleh seorang Mudir yang begitu humble sekali orangnya, dalam
bulan Ramadhan pulak tu. Satu pengalaman yang tersendiri buat kami.



Ustaz Kamel ini hebat ilmu mantiknya; antara yang saya ingat ialah bab yang
menyatakan perihal kelebihan bersedekah dan memberi sumbangan. Kata Ustaz,
bila mana kita bagi sedekah kpd org miskin katakan RM50, sebelum duit itu
sampai ke tangan org miskin itu, duit yg kita bagi tu akan sampai kat Tuhan
dulu, kemudian baru duit tu sampai kat org miskin tu. Hebatnya bersedekah -
nak habag katanya setiap amalan bersedekah itu akan dicatat di sisi Tuhan.



Lagi satu kata Ustaz, kita kena ingat satu perkara, duit yg ada di tangan
kita ini, katakan RM50, belum tentu lagi jadi milik kita, macam-macam boleh
jadi; tapi kalau kita bersedekah di jalan Tuhan, duit itu sudah tentu jadi
hak kita...di Akhirat kelak, kerana itulah janji-janji Tuhan dalam
Al-Quran.



Bila saya dengar Ustaz cakap mcm tu, saya teringat surah At-Taubah ayat 111
yg saya tulis di awal tulisan saya tadi; dlm surah tu Tuhan habag kata DIA
dah janji mcm tu dalam kitab Taurat, kitab Injil dan juga dalam kitab
Al-Quran; kemudian Tuhan tanya lagi siapakan yang lebih benar janjinya
berbanding janji Tuhan?



Tuan-tuan dan puan-puan, mendengarkan tazkirah ringkas Ustaz Kamel di
Pondok Mat Nahu ini menyedarkan saya bahawa antara sebab utama saya dan
rakan-rakan masih beristiqamah dengan kerja-kerja kebajikan ini ialah satu
sebabnya kerana mencari JANJI-JANJI TUHAN. Kami yakin Janji Allah itu
benar, akhirat itu benar dan balasan pahala syurga neraka itu benar.



Kerana itu juga, kami bertekad, dengan segala kudrat yg kami ada,
insyaallah akan kami usahakan agar suatu hari nanti Pondok Mat Nahu ini
akan punya sebuah Dewan Solat yang sempurna. Kpd rakan-rakan yang ingin
membantu, bolehlah hubungi coordinator kami, sdra Aznee at
aznee_othman@live.com 012-4323305 untuk tujuan koordinasi. Ini adalah satu
lagi pintu peluang untuk kita semua bertemu dengan janji-janjiNYA,
insyaallah.





Sumbangan boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor
1-00-5101-00003934-0 diatas nama " MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH"



(Embedded image moved to file: pic29317.jpg)







Last sekali, waktu dok browse thru gambar-gambar dalam FB Wargakilang, saya
terjumpa foto Makcik Tua di bawah ini, antara penerima sumbangan kami di
Masjid Nami. Cuba hangpa tengok, Makcik ini duduk bertinggung tak
bangun-bangun, dok jaga brg2 dia tu takut orang ambik. Nak habag kata,
beras 3 kampit 10kg itu bagi kita tak dak apa halnya, tapi bagi orang
miskin macam Makcik ini, mahal nilainya.



(Embedded image moved to file: pic07058.jpg)






Sesungguhnya wajah-wajah macam makcik inilah yang selalu muncul dalam sujud
akhir solat hajat saya tiap kali saya bertawasul mohon apa-apa bantuan dari
Tuhan!


Moga ada menafaatnya.


Monier.











NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.



This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
A bad score is 598. A good idea is checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment