Monday, October 31, 2011

RG2011... Fw: Lulus pinjaman RM55.1 billion tanpa jaminan Kerajaan.

 

----- Original Message -----

KWSP : Lulus pinjaman RM55.1 billion tanpa jaminan Kerajaan.
 
SELATANONLINE
 
Sebagai pekerja, kita semua tiap-tiap bulan mencarum duit ke dalam akaun KWSP sebagai bekalan simpanan untuk hari-hari tua nanti. Tapi cukup-cukup sedih bila duit simpanan kita ini telah digunakan oleh pihak KWSP dengan alasan melakukan pelaburan. Laporan audit 2010 pulak melaporkan bahawa KWSP telah memberi pinjaman tanpa jaminan kerajaan kepada 13 syarikat yang dikatakan layak untuk mendapat pinjaman.

Tapi kita sebagai pencarum duit dalam KWSP jangankan kata nak pinjam, nak keluarkan duit caruman kita sendiri pun, walau sesak macam mana pun tak boleh. Kena tunggu umur dah cecah 50 dan 55 tahun baru boleh merasa duit simpanan kat KWSP tu. Itupun kalau umur panjang la. Kalau pendek, kita cuma boleh tengok jer jumlah caruman kita dalam penyata tahunan KWSP tu.

Berbeza betul dengan syarikat yang ada sangkut paut dengan kerajaan Umno/BN ni. Senang-senang saja KWSP luluskan pinjaman tanpa jaminan pulak tu. Kalau syarikat ni bankrupt ke apa ke, lebuh la duit rakyat berbillion-billion.

Pihak berkuasa tak mau siasat ke kerana mungkin ada berlaku penyelewengan dalam pemberian pinjaman tersebut. Sebab yang meminjam ni bukan syarikat-syarikat kecik tapi tersenarai dalam Board Saham.

Yang mendapat pinjaman termasuk la TNB, PNB, Khazanah Nasional, Valuecap, AGN (milik menteri kewangan) dan macam-macam lagi syarikat yang besar-besar. Tu belum termasuk lagi pinjaman yang telah diberikan kepada FELDA yang kononnya mendapat untung yang tinggi setiap tahun.

Kalau masih tiada perubahan dalam PRU13 akan datang, rasa-rasanya duit caruman rakyat dalam KWSP akan habis begitu sahaja akibat membantu syarikat kroni yang mengalami kerugian diatas ketidakcekapan menguruskan syarikat-syarikat GLC dan subsidiari kerajaan. Krisis macam ni pernah berlaku dulu dalam tahun 1997 dimana DSAI telah dipecat dan dikenakan pertuduhan yang tak masuk akal kerana tidak bersetuju sistem 'Bail Out' macam ni la..

Posted by tok_aji

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment