Wednesday, November 30, 2011

RG2011... Fw: Anak emas dapat RM200

 

----- Original Message -----

Anak emas dapat RM200
 
selatanonline
Kiriman -NSA-
 
 
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan menaikkan bayaran bagi Program Anak Emas yang dianjurkannya daripada RM100 kepada RM200 untuk semua bayi yang baru lahir bermula 1 Januari tahun depan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan Awal Muharam 1433 Hijrah di sini berkata, cadangan itu akan dibentangkan pada mesyuarat Exco minggu hadapan.

Katanya, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas yang memberikan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk urusan jenazah kepada waris warga emas, menyebabkan beberapa pihak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri menganggap Program Anak Emas ini adalah satu cadangan baik untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru.

"Program Anak Emas telah dicadangkan awal tahun ini dengan bayaran RM100 one-off dibayar untuk semua bayi kelahiran mulai 1 Januari 2011 dengan syarat salah seorang ibu atau bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.

"Bayaran untuk program ini diperoleh daripada lebihan bajet yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat setiap tahun memerintah di Pulau Pinang.

"Lebihan bajet pada 2008 adalah RM88 juta, 2009 (RM77 juta) dan 2010 (RM33 juta)," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua ibu bapa untuk mendaftarkan diri dengan Pejabat Daerah, pejabat Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ataupun pejabat Pegawai Penyelaras Dun.

Katanya, bayaran pertama Program Anak Emas akan dibuat pada Disember
. SH

p/s. Tertunggu-tunggu jugak bila pulak k'jaan BN yg hebat memerintah nak wat kebajikan camni kpd rakyat JOHOR....

Posted by CucUtAlIb

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment