22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat
Malang betul sesiapa yang masih menyokong Pas ketika ini, si balaci bawahan sibuk ke hulu ke hilir mendakwa diri bangga bersama parti yang kononnya mahu memperjuangkan Islam dan hukum hakam, alih-alih segalanya hanya sembang mengalahkan penjual ubat di jalanan.
22 tahun Pemimpin Pas menjual ayat Al-Quran dan hadis peri pentingnya hukum hudud dilaksanakan di Kelantan tapi satu mesyuarat khas untuk jawatankuasateknikal pun tak mampu dan tak pernah dibuat dek kerana sibuknya pemimpin Pas dengan urusan politiking duniawi mencari salah silap parti lawan.
Inilah realiti wajah parti Pas yang sebenar. Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci Al-Quran yang kumat kamit di baca di atas pentas politik hanya sekadar umpan saja demi memenuhi tuntutan mengejar kuasa untuk kepentingan diri dan puak.
Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh
KOTA BHARU 18 April – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan
masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd.
Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum
ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai
pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan
kehadiran Ahmad.
"Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana
pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal
dan sahkan.
"Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi
masalah jika ia mengambil sedikit masa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
Bab sembang secara teori separa masak, hipotesis mencecah awan dan gebang kosong bolehlah serah pada Pas, sebabnya dalam bidang bercakap, berjanji dan berceramah ikut suka mulut dah terbiasa dan sinonim dengan pengalaman gebang merata kampung selama 61 tahun Pas hidup atas muka bumi ini.
Tapi kalau sentuh bab perlaksanaan, teknikal dan praktikal bersandarkan realiti semasa, harus mati hidup semula pun tak termampu untuk Pas tunaikan & realisasikannyasecantik teori dan hipotesis yang digembar gemburkan.
Hatta untuk dimasukkan declaration rasmi bahawa hukum hudud akan menjadi dasar bersama pakatan pembangkang pun Pas tak mampu lakukan apatah lagi untuk dipraktikkan seperti janji-janji manis yang ditabur sewaktu berceramah dihadapan pengundi dan masyarakat Melayu Islam.
Dulu Hadi Awang dengan janji retoriknya yang gah mahu melaksanakan hudud di Terengganu sebaik ayam jantan belum habis berkokok, hakikatnya ayam jantan sampai dah serak anak tengkuk pun hanya draf saja mampu dibuat sekadar melepas batuk di tangga.
Bila ditanya bila nak dilaksanakan mulalah konar baring yang hudud itu cuma 0.0001% sahaja dalam Islam. Padahal yang 0.0001% itulah yang di gebang keliling kampung selama ini hingga dijatuhkan hukum terhadap orang UMNO sebagai kufur dan anti Islam.
22 tahun mengusung hukum hudud hingga satu peringkat pemimpin negara di tuduh unIslamic, anti Islam dan anti hukum Allah, hari ini dengan takdir Allh s.w.t ditunjukkan kepada khalayak sekalian alam betapa munafik dan celakanya perangai pemimpin Pas yang hanya pandai sembang dan menghukum sana sini. Mudah untuk bercakap, senang untuk menghukum.
Hakikatnya Pas sendiri dah terjebak dengan mainan politik sendiri yang gemar menjaja agama untuk kepentingan politik natijahnya bila tiba desakan untuk perlaksanaan semuanya barai dan gagal. Yang termampu Pas lakukan untuk melepaskan diri hanyalah dengan menuding jari – satu jari tunjuk pada UMNO baki empat jari hala pada batang tubuh Pas sendiri.
No comments:
Post a Comment