thanks mat rock for the info
2012/4/17 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
22 Februari 2012.. 3.30pm.. 1st time wa tengok Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah, wa cukup terpegun! Indahnya masjid nie! Allahuakbar!Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah adalah masjid kedua dibangunkan oleh Rasulullah SAW, masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW adalah Masjid Qubah terletak antara Makkah & Madinah. Masjid Qubah dibangunkan ketika Rasulullah SAW menunggu Ali bin Abi Thalib yg berhijrah dari Makkah ke Madinah.Wa sebenarnya nk berkongsi dgn kengkawan pasal Raudhah di Masjid Nabawi. Apakah sebenarnya Raudhah?Raudhah adalah satu tmpt yg sangat mulia di dlm Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW & para sahabatnya beribadah & tmpt turunnya wahyu kpd baginda, ia juga merupakan taman syurga.Kedudukannya terletak di antara rumah Rasulullah SAW dgn isterinya Saiditina Aisyah dan mimbarnya terletak ditepi Masjid Nabawi inilah dikenali sebagai Raudhah atau Raudhatul Jannah (Taman Syurga). Para alim ulama' mengatakan berdo'a di Raudhah akan dikabulkan oleh Allah swt.Mehrab Nabi dan Di Sebelah Kanan Ialah Mimbar NabiArea Raudhah dibezakan dgn karpetnya berwarna hijau dan tiang putih berukir keemasan.Ketika Rasulullah SAW wafat, baginda dimaqamkan di dlm rumahnya. Disebelah maqam Rasulullah SAW adalah maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan sebelah maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA adalah maqam Saidina Umar Al-Khathab. Posisi kuburan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar Al-Khathab mcm posisi solat antara Imam dan Ma'mum.. Abu Bakar menjadi ma'mum Rasulullah, kemudian Umar Al-Khathab menjadi ma'mum Abu Bakar.Wa dpt solath di Raudhah 2 kali. Berebut-rebut jemaah mahu solat di dalam Raudhah. 1st time solath di Raudhah, masa tgh sujud, org langkah kepala.. kaki kena pijak usah cerita la! Pergh.. mencabar sungguh! 2nd time baru dpt solath dgn selesa.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan wa solath & berdoa di raudhah.Berebut-rebut beb nk solath kt Raudhah hinggakan sanggup menolak & menyakiti jemaah lain ingin mencari jalan 'short cut' masuk ke dlm tmn syurga.Dlm hadis yang lain, tmn syurga juga dimaksudkan dgn majlis zikir (ilmu). Pelik bin hairannya, umat Islam xde pulak nk berebut masuk ke dlm majlis ilmu! Jemaah dari Malaysia pun tidak ketinggalan. Sedangkan terkenal di Bumi '1Malaysia' ni, masjid dan kuliah ilmunya kosong dan lengang!Pendapat Ibn Abdil Barr mengatakan maksud Raudhah sebagai majlis zikir (ilmu) adalah dikuatkan dengan hadis Rasulullah SAW yg bermaksud: "Apabila kamu melalui salah satu Tmn Syurga, hendaklah kamu berhenti". Sahabat lalu bertanya apakah Taman syurga itu? Rasulullah SAW menjawab: Majlis zikir (majlis ilmu)" (ad-Durrah ath-Thaminah 134)wa nk berkongsi gak dgn kengkawan foto-foto Raudhah yg sempat wa amik utk tatapan kengkawan:foto 1: Kubah Hijau.. di bwh Kubah Hijau nilah terletaknya Raudhahfoto 2: Nilah pintu masuk Raudhah.. one-wayfoto 3: ni plak mimbar Rasulullah.. wa dpt solath berdekatan dgn mimbar ni.. Alhamdulillahfoto 4: sebelah kiri adalah Raudhah.. sebelah kanan berjeriji tu maqam Rasulullahfoto 5: bermula maqam Rasulullah - Saidina Abu Bakar - Saidina Umarfoto 6: Alhamdulillah wa dpt tengok maqam Rasulullah dan para sahabat dlm jeriji tu melalui lubang sebesar penumbukfoto 7: perkuburan Baqi.. menempat para syuhada, para sahabat dan keluarga RasulullahRock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment